Tengku Puteri Iman Afzan Titip 8 Kata Semangat Buat Semua Wanita Bergelar IBU

Bergelar seorang ibu merupakan momen terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, dalam masa yang sama terpaksa memikul tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak-anak tersayang.

Foto: Instagram @imanabdullah
Foto: Instagram @imanabdullah

Dalam situasi pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang berlangsung ini mungkin ‘menguji’ peranan seorang ibu. Apatah lagi buat ibu yang terpaksa bekerja dari rumah dan minggu depan lebih mencabar lagi apabila perlu bergelut dengan kelas online anak-anak yang akan mula bersekolah.

Foto: Instagram @imanabdullah
Foto: Instagram @greenribbongroup.my

YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitipkan kata-kata semangat buat semua ibu. “To all the incredibly beautiful and strong mummies out there, I know that as mothers, we prioritise our children.

Foto: Instagram @imanabdullah
Foto: Instagram @imanabdullah

They are our heart and soul; our number ones. They simply come first no matter what. But we must also remember to take care of ourselves too. I am constantly reminding myself that I cannot pour from an empty cup,” coret isteri kepada YM Tengku Abu Bakar Ahmad bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah ini di laman media sosialnya.

Foto: Instagram @imanabdullah

Tengku Puteri Iman Afzan juga telah berkongsi 8 tip yang patut diamalkan oleh setiap wanita yang bergelar ibu;

Foto: Instagram @imanabdullah
  • Cari peluang untuk ‘ME TIME’.
  • Usah bandingkan diri kita dengan orang lain.
  • Tak ada istilah ibu yang sempurna.
  • Apabila kadang-kadang rasa tak okay, itu adalah normal.
Foto: Instagram @imanabdullah
  • Eratkan silaturrahim.
  • Jaga makan dan dapatkan tidur yang cukup.
  • Buat sesuatu yang mengembirakan hati para ibu
  • Belajar daripada kesalahan.

Dalam pada itu, Tengku Puteri Iman bergiat aktif membantu kanak-kanak serta remaja kurang berkemampuan menerusi Yayasan J’Keb Malaysia (YJM). Selaku Penaung yayasan ini, Tengku Puteri Iman bertitah, “Saya berharap lebih ramai pihak yang prihatin akan tampil bersama-sama YJM dalam memperjuang dan memartabatkan nasib mereka ini,” titahnya.

Foto: Instagram @istana_negara

YJM ditubuhkan bagi membantu menyediakan alternatif kepada anak dari institusi JKM yang sudah tamat tempoh perintah mahkamah, namun tiada atau dipinggirkan waris, selain tidak ada hala tuju dan tempat perlindungan.

Membeli-belah kini lebih mudah hanya di hujung jari saja.

IKLAN
Share