TENGKU ZATASHAH Tunaikan Hajat 3 Kanak-Kanak Melalui Make A Wish Foundation, Kolaborasi Disney 100

Anakanda Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah menambah keceriaan kanak-kanak apabila menunaikan hajat tiga kanak-kanak melalui Make A Wish Foundation.

Baru-baru ini, Yang Amat Mulia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan permintaan yang diambil dari sebuah telaga buatan dikenali sebagai “Wonder of Play” Wishing Well yang terletak di Toys R Us, Mid Valley Megamall.

Lebih 100 kad permintaan dari kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal di Malaysia diletakkan di dalam perigi permintaan tersebut dari 9 hingga 12 Mac lalu untuk membolehkan rakyat Malaysia yang pemurah menderma sambil memenuhi permintaan kanak-kanak ini.

Puteri raja yang dikenali sebagai seorang yang mesra dan prihatin terhadap kanak-kanak ini telah berkenan memenuhi permintaan tiga kanak-kanak yang menyenaraikan permintaan mereka. Tampil mengenakan kebaya putih bersulam, Tengku Zatashah tampak gembira memilih beberapa permainan yang ditulis dalam sekeping kad.

 

Kali ini, Disney telah bekerjasama dengan jenama tempatan untuk membawakan “Disney100” kepada para peminat dan fashionista di Malaysia. Aktiviti Wishing Well

dilaksanakan untuk memberi sokongan terhadap Make-a-Wish® Malaysia baru-baru ini.

Ia juga dianjurkan sempena sambutan 100 tahun The Walt Disney Company di mana para pelanggan barangan Disney boleh mendapatkan pelbagai koleksi Disney100 yang istimewa dan eksklusif. Disney  juga berharap program seperti ini memberi peluang untuk masyarakat Malaysia berkongsi kegembiraan melalui permainan dengan mengetengahkan keajaiban “Wonder of Play”.

Tidak dinafikan, kebanyakan rakyat Malaysia membesar bersama jenama Disney yang menyajikan pelbagai elemen hiburan yang bersesuaian untuk seisi keluarga. Antara jenama Disney yang sebati dengan kanak-kanak Malaysia termasuklah karektor Disney, Pixar dan  Marvel.

Selain Tengku Zatashah, antara selebriti lain yang turut memeriahkan majlis tersebut termasuklah Personaliti TV dan pelakon,  Yasmin Hani bersama dua orang anaknya, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong. Selain itu, Datin Elaine Daly serta Estelle Joy turut memeriahkan majlis berkenaan.

 

 

 

 

:

 

IKLAN
Share