Keprihatinan dan jiwa murni yang menebal dalam diri Dato’ Dr Hartini Zainudin mendorongnya bergiat aktif dalam dunia kebajikan sejak lebih 30 tahun lalu. Tidak mengharapkan sebarang liputan dan perhatian, jauh sekali pengiktirafan terhadap kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan berdekad lamanya, Dato’ Dr Hartini bagaimana pun bersyukur Yayasan Chow Kit berjaya membantu dan memberi perlindungan kepada 10,000 kanak-kanak sejak ia ditubuhkan.
Selaku Pengasas Yayasan Chow Kit, Dato’ Dr Hartini menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), agensi kerajaan dan korporat serta beberapa NGO lain demi memastikan misi penubuhannya tercapai.
Berkongsi suka duka menguruskan badan amal itu selama 17 tahun, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Monitoring and Assessment (Education) dari Columbia University, New York ini membuka bicara.
Kredit Instagram Hartini ZainudinFoto Majalah NonaFoto Majalah NonaKredit Instagram Hartini Zainudin
“Yayasan Chow Kit adalah sebuah komuniti yang saling menjaga di antara satu sama lain dan mementingkan hubungan kekeluargaan. Saya sangat sayangkan kanak-kanak. Tak kisah walau apa pun terjadi, saya tetap sayangkan mereka.
Saya beri jaminan yang kanak-kanak di bawah jagaan kami berada dalam keadaan selamat, dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Ada yang tanya, kenapa kanak-kanak di sini tak nampak kotor dan selalu gembira. Itu bermakna kami buat kerja,” ulas Dato’ Dr Hartini sambil tertawa.
Ads
Ditanya mengapa bidang kebajikan kanak-kanak menjadi pilihan sedangkan mempunyai kelulusan tinggi dari luar negara, ini jawapan jujur Dato’ Dr Hartini. “Arwah ayah pernah tanyakan perkara sama kepada saya dulu. Jawapannya mudah, sebab saya ada peluang dan tidak pernah menyangka ada kanak-kanak terpinggir, tak bersekolah dan tak makan di Malaysia.
Saya pernah bekerja dengan United Nations (UN) yang membantu golongan kanak-kanak pelarian tapi saya balik ke Malaysia semula sebab ini cara saya untuk menyumbang kepada masyarakat. Ini juga adalah minat saya dan saya tak boleh masuk ke bidang lain walau dah cuba. Jadi, bidang ini saja yang saya mahu buat.”
Kredit Instagram Hartini ZainudinKredit Instagram Yayasan Chow Kit
Yayasan Chow Kit kini beroperasi di dua buah tempat iaitu Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dan Kuala Lumpur Krash Pad (KLKP) serta sebuah rumah perlindungan. PAKK menempatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dengan memberikan mereka persekitaran sihat untuk pembelajaran dan bermain. Sementara KLKP pula dikhaskan untuk golongan remaja berusia 13 hingga 18 tahun.
Ads
Lebih tiga dekad bergelumang dalam kerja-kerja kebajikan, pelbagai kisah menyayat hati yang disimpan kemas Dato’ Dr Hartini. Ugutan dan berselisih pendapat dengan pihak berkuasa bagaikan sudah sebati dengan dirinya sepanjang perjuangan murni ini.
“Ada seorang ayah ini cuba jual anak dan dia masuk penjara selama dua bulan. Masa dia keluar 100 kali dalam sehari dia mesej ugut dan ikut saya. Saya terpaksa dapatkan perlindungan daripada polis selama dua minggu. Sudahnya saya terpaksa sembunyikan anak-anak daripada ayah mereka dan saya tak datang kerja selama beberapa bulan.
Ads
Foto Majalah Nona
Mengulas harapan terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya andai suatu hari nanti dia tiada lagi di sisi, Dato’ Dr Hartini dalam nada sebak meluah isi hati.
“Saya suka buat kebajikan. Saya mahu kanak-kanak ini buat yang terbaik bukan saja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat. Saya tak pernah paksa mereka tapi harap-harap ada di antara kanak-kanak yang saya ajar dan jaga ini meneruskan perjuangan saya supaya tiada lagi kanak-kanak yang terpinggir, terbiar dan menderita di negara kita.”
Sepanjang pembabitan dalam bidang ini, Dato’ Dr Hartini terbuka hati mengambil enam orang kanak-kanak sebagai anak angkat. Kini mereka hidup selesa dan menginjak usia remaja selain amat menyayangi insan berjiwa murni ini yang sudah pun dianggap seperti ibu mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan. Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik ternyata menarik perhatian ramai.
Paling mencuri tumpuan, gaya tudung Sultanah Nur Zahirah sejak Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13. Dari dulu hingga kini tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah ketika bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.
Di samping DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal AbidinSultanah Nur Zahirah bersama KDYMM Raja Permaisuri Agong
DYMM Sultanah Nur Zahirah ketika berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-17
Berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-17 pada 16 November tahun lalu, Sultanah Nur Zahirah yang lengkap menyarung persalinan jubah konvokesyen berwarna merah jambu turut memakai jenis tudung kegemaran baginda dalam rona senada.
Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, bersantai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996.
Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sumber: Instagram Terengganu Royal Family & Royal Terengganu Songket
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Idris dilahirkan sebagai bayi pra-matang. Untuk menguruskan anak pra-matang bukan mudah. Doktor sendiri menyarankan supaya Idris mendapat sepenuh perhatian sekurang-kurang setahun kerana antibodi tubuhnya belum matang.
Selama setahun juga kami tidak menjejak kaki ke pusat membeli-belah kerana udara yang tidak sesuai untuk Idris. Fokus saya ketika itu hanya untuk membesarkan Idris dengan baik dan alhamdulillah setelah dua tahun empat bulan, Idris menunjukkan perkembangan yang sangat positif,” luah Misha.
“Jika awal dahulu saya sangat mudah cemas apabila sesuatu berlaku kepada Idris. Hospital umpama rumah kedua kami kerana tahap kesihatan ketika itu sangat lemah. Baru-baru ini saya diuji dengan situasi di mana Idris terjatuh dan muntah non-stop. Saya pula berada dalam recording I Can See Your Voice. Menyanyi berkait rapat dengan emosi dan dalam keadaan memikirkan keadaan Idris membuatkan fokus saya terganggu.”
“Saya jarang dapat ‘me’ time. Kalau ada pun, sekarang saya lebih suka membeli groceries dan itulah ‘me’ time yang saya ada. Adam pun dah boleh diharap untuk menjaga adik jadi saya ambil kesempatan itu untuk ke kedai. Minum teh tarik di kedai mamak pun dah seronok. Barang-barang yang tersusun cantik di kedai juga boleh memberi kepuasan kepada saya,” katanya.
Selepas bersalinkan Idris, suara saya tak seperti dulu. Jadi, saya berjumpa dengan cikgu Syafinaz Selamat untuk belajar vokal semula. Apabila saya dapat lagu Sampai Bila, ramai pula yang suka dan mahu saya kembali dalam bidang nyanyian. Peminat menganggap kita sebagai warrior jadi saya perlu kembali.
Selagi saya mampu untuk menyanyi, masih larat untuk melangkah kaki dan masih boleh diterima peminat, saya akan teruskan bidang nyanyian. Saya sayangkan dunia nyanyian dan saya juga sayangkan keluarga saya. Saya perlu belajar untuk seimbangkan keduanya,” akhiri Misha.
Kempen Nona Superwoman yang dibawakan oleh Majalah Nona, terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd sampai ke kemuncaknya semalam dengan penganjuran Nona Superwoman Award 2018. Malam anugerah tersebut bertujuan meraikan wanita-wanita yang banyak memberi inspirasi serta mempunyai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa antara wanita inspirasi yang menerima anugerah pada malam tersebut dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah iaitu Nona Legend Award & Nona Influencer Award (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award (Neelofa).
Sebanyak 36 anugerah diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini termasuk satu anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018, yang diterima oleh Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah binti Aziz.
Selain daripada Nona Superwoman of The Year, antara anugerah-anugerah lain yang diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini ialah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Motivator Award (Prof Dr Muhaya), Nona Charity Award (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah), Nona Royal Award (YM Tunku Kaiyisah), Nona Active Award (Datuk Nicol David), Nona VIP Award (Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina), Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).
Penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini turut mendapat sokongan daripada jenama perbankan , Affin Bank Berhad selaku penaja utama. Selain itu, malam anugerah ini juga turut dikilaukan oleh Swarovski dan diserikan oleh Max Factor X selaku penaja bersama.
Tahniah Nona ucapkan kepada para penerima Nona Superwoman Award 2018. Terima kasih juga kerana teruskan sokongan anda kepada Majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun. Diharapkan kepada semua penerima anugerah ini dapat memberi inspirasi kepada wanita lain di luar sana untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing juga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.