Ads

Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu!

Datuk Leong Mun Yee Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM
Datuk Leong Mun Yee Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM

Meskipun sudah bersara daripada arena sukan namun jasa dan pengorbanan Datuk Leong Mun Yee sentiasa dihargai masyarakat. Lebih dua dekad menabur bakti kepada negara, bekas atlet ini menikmati kehidupan selepas persaraan dengan tenang dan bahagia.

Artikel https://www.nona.my/atlet-wanita-pertama-ke-olimpik-5-kali-ada-sarjana-datuk-leong-mun-yee-kini-bahagia-bergelar-ibu/

Kehidupan Datuk Leong Mun Yee

Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu! Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu! Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu!

Kejayaan yang ditempa anak jati kelahiran Ipoh, Perak ini bukan calang-calang. Atas komitmennya dalam sukan akuatik, nama Datuk Leong Mun Yee tersenarai dalam Malaysia Book of Records apabila menjadi atlet wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak lima kali.

Lebih manis, dia berjaya menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya dwi tahunan Sukan SEA.

Bersandarkan pencapaian membanggakan itu, figura ini dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan pada Februari 2022.

Ads

Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu! Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu! Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu! Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu!

Kehidupan Datuk Mun Yee lebih bermakna apabila dia menimang cahaya mata sulung lelaki yang dinamakan sebagai Lucas pada Mei 2023. Bekas atlet ini bakal menginjak usia 42 tahun pada Disember nanti.

Meninjau perkembangan personaliti sukan ini di media sosial, jelas terserlah wajah bahagia rakan gandingan Dato’ Pandelela Rinong berkenaan menggalas tugas sebagai ibu.

Ads

Figura ini mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan yang tidak didedahkan identitinya pada pertengahan tahun 2022.

Datuk Leong Mun Yee Sukses Akademik

Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu! Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu! Terima Anugerah Alumni Tersohor UPM, Jasa Datuk Leong Mun Yee Masuk Olimpik 5 Kali Dihargai & Kini Jadi Ibu!

Ads

Tidak hanya berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia dalam bidang sukan, dia melakar kejayaan peribadi menggenggam Sarjana Komunikasi Korporat dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada November 2022.

Sempena Malam Kilauan Mutiara 30 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) pada Oktober 2025, Datuk Leong Mun Yee mencatat satu lagi momen istimewa apabila dia menerima Anugerah Alumni Tersohor UPM.

Kongsinya, “Sambutan Jubli Mutiara 30 FBMK (1995-2005) Universiti Putra Malaysia.”

Pada majlis itu, Datuk Leong Mun Yee anggun berbaju tradisi dan menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Putera Mateen Dedah Wajah Anak, Zahra Mariam Bolkiah

Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam...

Khabar gembira mengenai kelahiran cahaya mata sulung pasangan diraja Brunei, Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi bualan ramai kebelakangan ini. Pastinya ramai yang menanti-nantikan untuk melihat wajah puteri kesayangan pasangan berkenaan yang juga cucunda Sultan Brunei.