“I Tahu You Penat…” TYA ADNAN Syukur Ada Suami Baik, Ucapan Buat Shukri Yahaya Bikin Netizen Tersentuh

Siapa yang tidak mengenali pelakon Shukri Yahaya bukan? Pelakon yang cukup berbakat besar malah jarang sekali terlibat dengan kontroversi dan gosip-gosip liar. Pelakon yang kini membintangi drama Andai Itu Takdirnya yang kini sedang hangat ditayangkan di Astro Ria nyata punya kelompok peminatnya sendiri malah sentiasa dilihat pandai menjaga diri, ‘down-to earth’ dan profesioanal.

Namun, tiada siapa yang lebih mengenali Shukri Yahaya dengan lebih mendalam lagi jika nak dibanding dengan isteri tersayangm Tya Adnan. Baru-baru ini, Tya meluahkan rasa syukur memiliki suami yang juga seorang ayah yang baik, menerusi hantaran di akaun Tiktoknya.

Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Binti Ahmad Adnan mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang banyak berkorban untuk keluarga mereka dengan hasil penat lelahnya bekerja.

Dalam video tersebut kelihatan Shukri sedang melayan kerenah anak-anaknya dengan penuh manja dan keterujaan.

“Ayah yang hebat..suami yang hebat. Terima kasih sayang atas segala penat lelah pengorbanan you untuk keluarga kecil ini… I tahu you penat sangat.

“Semoga Allah membalas segalanya.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk you. Sayang you, I doakan you always,” ujar Tya. Video berkenaan meraih hampir 3 ratus ribu tontonan dengan rata-rata memuji Shukri Yahaya kerana sentiasa mengutamakan anak-anak serta isteri.

@tyaadnan Sayang u @Shukri Yahaya ❤️ I doakan you always….. #sorrytouchingsikit ♬ Hal Hebat – Umimma Khusna

Untuk rekap, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Putrajaya. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Di ruangan komen pula, rata-rata ramai peminat mendoakan agar kesejahteraan pasangan sama cantik sama padan ini, malah ada yang mengharapkan tiada orang ketiga yang mencuba memusnahkan kebahagiaan rumah tangga Shukri dan Tya. NONA juga mendoakan semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share