
Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday
Happy birthday, Datin Emylia Rosnaida! Tanggal 21 September merupakan ulang tahun kelahiran buat suri hati kesayangan Dato’ AC Mizal ini. Meniti usia 50 tahun, ibu kepada dua cahaya mata ini memanjat kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan kepadanya selama ini. Selain menghargai keikhlasan dan kasih sayang daripada insan di sekelilingnya.
Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Emylia yang juga kakak kepada aktres Emelda Rosemila ini berkesempatan memuat naik momen sambutan hari lahir di samping suami, anak-anak dan sahabat handai.
Ujar Datin Emylia Rosnaida, “Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kesempatan untuk sekali lagi menyambut hari kelahiran diri ini.
Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan yang kadang-kadang tidak mampu untuk kita hitung satu persatu. Masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan, masih diberi kesempatan untuk bersama keluarga tersayang dan dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan ikhlas di saat hari istimewa ini.”
Tambah pelakon Anak Mami The Movie ini lagi, “Di usia yang semakin bertambah, doa saya tidak banyak. Semoga Allah terus memberikan kesihatan, ketenangan hati, rezeki yang luas dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.
Semoga Allah pelihara orang-orang yang saya sayangi, panjangkan usia mereka dalam kebaikan dan sentiasa dekatkan kami dengan perkara-perkara yang membawa bahagia dan keberkatan.
Terima kasih Ya Allah untuk setiap ujian yang mengajar, setiap rezeki yang menggembirakan, setiap kehilangan yang mendewasakan dan setiap insan baik yang Kau hadirkan dalam hidupku.
Semoga usia yang baru ini menjadikan diri ini insan yang lebih baik, lebih bersyukur, lebih sabar dan lebih dekat denganMu.”
Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Pada hujung tahun 2009, bekas anggota kumpulan 4U2C tersebut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’.
Anak sulung mereka, Reeve Damien kini menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Jerman selepas tamat pengajian Diploma in Business Study di Raffles College of Higher Education Kuala Lumpur.
Reeve sebelum ini turut aktif dalam dunia seni dan mengikut jejak ayahnya sebagai penyanyi.
Artikel https://www.nona.my/ajak-shiro-hargai-isteri-pesan-kejayaan-suami-mungkin-asbab-doa-isteri/
This website uses cookies.