Terima Penghormatan DOKTOR FALSAFAH Di Usia 52 Tahun, DR NAOMI CAMPBELL Ikon Fesyen & Aktivis Kemanusiaan

Supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell kini bergelar doktor falsafah apabila beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah University for the Creative Arts  (UCA) di atas sumbangannya dalam bidang fesyen secara global. Selain itu, beliau juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang menjadikan fesyen sebagai medium untuk membantu golongan yang memerlukan.

Tidak lengkap jika tidak melihat busana yang digayakan oleh supermodel terkenal ini tatkala menghadiri majlis graduasi tersebut. Dr Naomi hadir di majlis penuh bermakna itu ditemani ibu tercinta, Valerie Morris-Campbell, Dr Naomi memilih menggayakan persalinan jumsuit jenama Burberry rona coklat pastel sambil rambutnya dibiarkan ringkas.

 

Dr Naomi Campbell telah menerima Ijazah Kehormat tersebut pada Julai tahun lalu di mana majlis tersebut telah berlangsung di Royal Festival Hall London sambil disaksikan ratusan pelajar dalam bidang fesyen, grafik dan perniagaan kreatif.

Turut berpeluang menyampaikan ucapan di majlis tersebut, supermodel yang berusia 52 tahun ini meletakkan industri fesyen bukan sahaja sebagai pekerjaan untuk dirinya, malah ia merupakan minat yang mendalam dalam dirinya.

“Ini adalah satu pengiktirafan buat diri saya kerana saya bermula dalam industri ini ketika berusia 15 tahun dan saya tidak pernah berhenti sejak empat dekad yang lalu.”

Foto: Instagram @naomi

Untuk rekod, hampir 40 tahun berada dalam industri fesyen, Dr Naomi Campbell sering menjadi wajah yang banyak mengubah lanskap industri fesyen terutamanya dalam memperjuangkan fesyen bukan berlandaskan warna kulit dalam industri tersebut.

Tidak dinafikan, sepanjang penglibatan Dr Naomi Campbell dalam industri fesyen, beliau mendedikasikan seluruh hidupnya untuk mengubah dunia fesyen menjadi lebih baik dengan mencabar industri untuk menguatkuasakan iklusiviti di pentas peragaan dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu tempat kepelbagaian, penuh penerimaan yang positif dan kecantikan.

Sempat menitipkan pesanan untuk generasi muda yang terlibat dalam industri fesyen agar jangan membiarkan sesiapa mengubah apa yang anda rasa, mengubah perjalanan visi dan apa yang diingini untuk diri sendiri.

Naomi Campbell mempunyai seorang cahaya mata  pada usia 50 tahun. Model asal Britain itu  mula memikirkan tentang kehidupannya pada masa hadapan sehingga membuatkan dia teringin untuk memiliki sebuah keluarga bahagia.

IKLAN
Share