Gaya Hidup

Teringin Miliki RUANG SPA Peribadi Di Rumah? Begini Caranya!

Umumnya ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu sebagai waktu bersantai mahupun istirahat bersama keluarga. Salah satu aktiviti ialah ke spa. Tahukah anda sebenarnya anda boleh membuat ruang spa peribadi di rumah?

Namun sebelum memutuskan untuk mewujudkan ruang spa peribadi di rumah, diperlukan beberapa pertimbangan dan perancangan agar ruang spa dapat disesuaikan dengan keinginan. Antaranya faktor-faktor penting ialah:

TENTUKAN LOKASI

Faktor paling penting jika anda ingin memiliki ruang spa sendiri di rumah. Jika di belakang rumah cukup luas anda boleh memilih lokasinya di situ. Atau, boleh juga menempatkan ruang spa tidak jauh dari kolam renang. Pastikan anda mengira keluasan ruang spa yang hendak dibuat.

KEPERLUAN, FUNGSI DAN BAJET

Faktor keperluan dan fungsi juga penting kerana anda dapat menentukan peralatan apa yang diperlukan. Sekaligus memudahkan anda membuat perancangan bajet bagi menghasilkan ruang spa peribadi di rumah.

KONSEP RUANG SPA

Membuat ruang spa peribadi bermakna ia menjadi salah satu ruang penting dalam rumah. Maka, menentukan konsep yang akan diterapkan juga sangat penting. Antara konsep yang boleh diterapkan ialah minimalis, moden, klasik, bohemian dan sebagainya yang sesuai dengan keinginan.

PEMILIHAN TAB MANDI

Ini kerana keselesaan dalam spa juga ditentukan oleh jenis tab mandi. Pastikan juga ia sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.

UNSUR ALAM

Memasukkan unsur alam ke ruang spa merupakan antara elemen penting, tidak kiralah macam mana cantik interior yang diterapkan. Elemen ini menjadikan ruang spa peribadi anda lebih tenang, nyaman dan hangat. Anda boleh mengaplikasikannya dalam aksen kayu atau sekadar tanaman hijau di dalam pasu. AMY MOHD

 

 

IKLAN
Share