Gaya Hidup

Terlalu MERINDUI Kekasih Sebab Hubungan Jarak Jauh, Buat Tip Ni Supaya Hubungan Kekal Sampai Kahwin!

Long Distance Relationship atau LDR sememangnya amat sukar untuk dijaga dan bukan perkara yang mudah untuk dipertahankan. Ini kerana pasangan yang dicintai berada jauh dan bukan di depan mata. Betapa sukarnya menanggung rindu untuk menatap wajah insan tersayang secara langsung di depan mata, melihat senyumannya, menggenggam tangan dan merasai kehadirannya di sisi.

Ada sebahagian orang menganggap pasangan yang menjalin LDR ni kurang bahagia berbanding pasangan yang tinggal berdekatan. Mungkin tanggapan itu meleset apabila banyak kajian membuktikan kepercayaan dan kesetiaan terhadap pasangan adalah sama atau lebih tinggi dalam hubungan jarak jauh. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana telah ramai pasangan telah berjaya mengharungi dugaan LDR. Bahkan, mereka juga mengakhiri ikatan dengan perkahwinan.

Ini Nona kongsikan beberapa tip untuk anda mengharungi hubungan cinta jarak jauh bersama pasangan.

 

1. KOMUNIKASI

Komunikasi adalah sangat penting dalam hubungan cinta jarak jauh kerana cara ini saja yang dapat membuatkan anda terus kekal berhubung walaupun jarak memisahkan. Tanpa komunikasi hubungan anda tidak akan bertahan lama. Selalu luangkan masa untuk berkomunikasi dengan kekasih walaupun hanya untuk beberapa minit.

2. PERCAYA

Tanpa ada rasa percaya setiap hubungan percintaan tidak akan berjaya berakhir dengan perkahwinan. Jadi, cuba terapkan sikap percaya antara satu sama lain dalam perhubungan dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Elak ada perasaan cemburu yang berlebihan dan berprasangka buruk kerana dua sifat ini akan mengeruhkan hubungan anda bersama pasangan.

 

3. SETIA DAN JUJUR

Menjalin hubungan cinta jarak jauh bukan tiket untuk anda berlaku curang dengan pasangan. Banyak hubungan yang kecundang kerana kecurangan. Mereka jatuh cinta dengan orang lain yang berada dekat dan sentiasa ada menemani ketika pasangan jauh dari mata. Perhubungan yang jujur, ikhlas dan tanpa ada pihak ketiga akan berakhir dengan bahagia.

4. CARI MASA UNTUK BERTEMU

Walaupun sibuk dengan kerja seharian, jangan jadikan hal tersebut sebgai alasan untuk tidak bertemu bersama pasangan. Kalau ada peluang dan masa, melawat dan luangkan masa bersama pasangan dan lakukan aktiviti kegemaran bersama-sama untuk menyemarakkan lagi rasa sayang dan rindu itu.

 

5. PENUHKAN HARI DENGAN AKTIVITI

Bukan bermakna berada dalam LDR anda tidak boleh terus begantung harap dengan pasangan anda. Ada kalanya, tidak setiap masa pasangan dapat menemani dan anda bosan sendirian tidak dapat bersama kekasih yang sedang sibuk. Jangan berasa tertekan dengan keadaan ini. Ini lah masanya untuk anda meluangkan masa untuk diri sendiri dan bersama rakan-rakan. Cari hobi yang baru seperti mendengar muzik, membaca buku atau manjakan diri di salon!

Semua perhubungan perlukan usaha untuk berjalan lancar dan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kedua-dua belah pihak juga memaikan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan hubungan yang positif. Jangan jadikan jarak sebagai alasan atau masalah dalam perhubungan.

IKLAN
Share