Terpikat Dengan Kecomelan ‘Nadia’, LAUDYA CYNTHIA BELLA Doa Dikurniakan Rezeki Anak!

Masih ingat lagi tak penangan filem Indonesia, Surga Yang Tak Dirindukan lakonan aktres cantik, Laudya Cynthia Bella? Selain ramai yang tertarik dengan kecantikan dan bakat seni isteri Engku Emran ini, watak Nadia iaitu anak kepada Pras (lakonan Fedi Nuril) dan Arini (Bella) juga antara yang berjaya menarik perhatian penonton di negara ini. Masakan tidak, wajah kanak-kanak tersebut memang mirip muka Bella. Especially

mata dan hidung mereka.. sejuk mata memandang!

Bella yang baru-baru ini pulang ke Jakarta atas urusan kerja dan sempena menyambut ulangtahun kelahiran bapa tersayang yang ke-61 turut berpeluang bertemu pelakon kanak-kanak berkenaan sepanjang berada di sana. Nadia atau nama sebenarnya Sandrina Michelle kini berusia 11 tahun dan mempunyai darah kacukan Amerika dan Jawa. Patutlah cantik!

Menerusi foto yang dikongsikan Bella, jelas terpancar keakraban beliau dengan anak kecil ini. Malah, Bella turut meluahkan hasrat hati agar dikurniakan rezeki anak secepat mungkin.

“Jadi ini bukan untuk filem Surga Yang Tak Dirindukan 3 loh ya.. tapi ini kenyataan yang sesungguhnya. Ya Allah senang sangat sudah 4 hari di Jakarta setiap hari kerja ditemani si cantik. Terima kasih ya sayang, walaupun kita sudah lama tak ketemu tapi kaka tetap buat bonda falling in love

.

Jadi ingat waktu aku belum nikah. Aku pernah bilang ke mama & Karita ‘Bella sayang sangat sama Nadia (Shandy). Bella teringin punya anak macam Nadia’. Dan akhirnya keinginan itu aku bawa ke dalam doa. Allahualam mashaAllah Alhamdulillah doa aku termakbul. Allah pertemukan aku dengan Aleesya.

Nah, sekarang doanya.. semoga aku cepat diberikan rezeki anak yang hatinya baik seperti Nadia dan yang pasti mahu mukanya macam Nadia,”

Apa yang pasti, rata-rata peminat Bella pun mengakui kemiripan wajah mereka berdua dan berharap agar selebriti popular tersebut segera dikurniakan anak.

Sumber: Instagram Laudya Cynthia Bella & Sandrinna Michelle

IKLAN
Share