Selulit pada umumnya masalah yang dialami di kalangan wanita. Biasanya bahagian badan yang mempunyai selulit adalah pinggul dan paha.
Dahulu tubuh langsing bak supermodel dan selepas sahaja bersalin anak pertama kelihatan selulit di sana dan sini. Selulit adalah kondisi permukaan kulit yang tidak rata dan berkedut-kedut seperti kulit buah oren yang disebabkan oleh jaringan lemak di bahagian permukaan kulit dermis.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mendapat selulit:
(a) Genetik: Genetik seseorang itu berperanan menentukan metabolisme, distribusi lemak tubuh badan dan sistem peredaran darah individu.
(b) Hormon: Ketidakseimbangan hormon dalam badan akan mempengaruhi distribusi lemak pada tubuh badan, dan apabila lemak berlebihan berkumpul pada bahagian pinggul atau paha, seseorang boleh mendapat selulit.
(c) Pemakanan: Mereka yang memilih makanan yang berlemak, karbohidrat, mempunyai kandungan garam atau gula yang berlebihan akan cenderung mendapat selulit.
Ads
(d) Gaya Hidup: Selulit terjadi kepada mereka yang kurang bersenam, merokok atau mempunyai tekanan/stres yang tinggi.
Wanita lebih cenderung mendapat selulit berbanding dengan lelaki terutama bagi mereka yang obes. Walaupun selulit terjadi pada bahagian yang sulit dan adalah sejenis keadaan kulit yang tidak merbahaya untuk kesihatan, tetapi ia boleh merendahkan keyakinan daripada segi penampilan fizikal seseorang.
Terdapat pelbagai rawatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan selulit, mengikut gred selulit iaitu:
Ads
GRED 1
Tiada selulit apabila berdiri, tetapi apabila bahagian kulit dipicit/dicubit, terbentuk orange-peel-look atau selulit. Rawatan pada peringkat ini akan mendapat hasil yang lebih berkesan.
GRED 2
Selulit dapat dilihat apabila seseorang itu berdiri, tetapi hilang apabila baring.
GRED 3
Selulit dapat dilihat apabila seseorang itu berdiri dan baring.
Jenis-jenis Rawatan
Ads
Krim Selulit: Terdapat krim selulit yang mengandungi bahan seperti kafein dan carnithine yang membantu dalam pengaliran darah.
Senaman Selulit: Senaman membantu menguatkan otot-otot dan fibrous tissue yang mengelilingi lapisan lemak bawah kulit.
Mesoterapi: Suntikan yang mengandungi vitamin, minerals, asid amino dan enzim ke dalam lapisan tisu di bawah kulit dapat memecahkan lapisan lemak dan mengurangkan selulit.
Deep Tissue Massage/Shock Wave: Kaedah mengurut/shock wave (mesin getaran) dapat membantu mobilisasikan kandungan lemak dan toksin yang berada di tisu adipos ke dalam saluran sistem limfatik, ini secara tidak langsung menggalakkan pengedaran darah yang lebih elok.
Mesin Laser: Tenaga haba dari laser dapat memecahkan lemak dan fibrous band di bawah kulit dan meningkatkan produksi kolagen.
Adakah selepas rawatan selulit akan hilang selama-lamanya? Jika berat badan bertambah, dan kandungan lemak meningkat maka selulit juga boleh kembali. Maka selepas rawatan seseorang harus cuba mengekalkan berat badan yang optimum.
Langkah pencegahan masalah selulit ini adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali senaman dalam satu minggu, dan rehat yang secukupnya.
Gaya pemakanan yang sihat iaitu diet yang seimbang, lebih kepada protein dan fiber dan kurangkan makanan yang mempunyai kandungan lemak tinggi atau berkarbohidrat. Cukupkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral/masak (bukan minumam manis) setiap hari.
Tip Bijak
Anda boleh cuba menggunakan minyak zaitun. Caranya, sapu dan urut bahagian selulit dengan minyak zaitun. Walaupun cara ini mengambil masa yang agak panjang namun berbaloi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti baru semalam mendapat perkhabaran kelahiran anak sulung Rihanna dengan pasangannya Rocky atau Rakim Athelaston Mayers. Namun penyanyi paling kaya di dunia ini mengumumkan berita kehamilan keduanya ketika persembahan di Super Bowl Halftime 2023, kurang setahun daripada kelahiran pertama pada Mei 2022.
Pelantun lagu Umbrella ini mendedahkan berita gembira itu apabila dilihat menggosok perut dan menanggalkan jumpsuit merah yang digayakannya ketika membuat persembahan di pentas Phoenix sekali gus menampakkan bentuk perutnya yang membesar.
Seperti ibu hamil lain yang perlu berjaga-jaga dengan pergerakan, Rihanna juga dilihat tidak menari dengan lincah seperti biasa bersama para penari latar yang mengelilingi beliau.
Menurut People, wakil pengurusan Rihanna turut mengesahkan berita gembira itu. Untuk rekod, Rihanna dan Rocky sudah lama mengenali satu sama namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.
GINCU RIHANNA
Tidak seperti lumrah ibu hamil yang kerap mengalami alahan, penampilan segar Rihanna mencuit perhatian peminat. Rihanna atau nama penuhnya Robyn Rihanna Fenty, 35 tahun, tampil anggun dalam sampul muka depan majalah Vogue.
Menyerlahkan aura keibuan sebenar, Rihanna turut mendedahkan wajah bayi comelnya secara eksklusif. Tapi paling suka tengok kejelitaan usahawan kosmetik Fenty Beauty, Fenty Skin serta empayar fesyen Savage X Fenty ini, nampak powerful sungguh!
Rahsia Rihanna barangkali terletak pada himpunan gincu yang baru dilancarkannya iaitu Fenty Icon Velvet Liquid Lipstick: Showstopp’r Edition. Inovasi gincu ikonik dengan penutup holografik ‘football’ edisi terhad ini dijangka bakal menjadi kegilaan wanita yang menyenangi sukan tersebut. Harganya RM140.
Selain itu, Rihanna turut melancarkan glos bibir Fenty Beauty X NFL Collection.Gloss Bomb edisi terhad dalam pembungkusan NFL yang eksklusif rekaan Rihanna sendiri pastinya menjadi rahsia kecantikan beliau selama ini.
Rona baharu yang dinamakan ‘Riri’ – adunan rona mauve polos yang berkilauan mampu membuatkan bibir nampak lebih mungil dan segar. Formula tidak melekitnya terhasil daripada adunan mentega shea dan aroma pic-vanila yang harum. Memang cantik sangat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik berseri-seri wajah pengantin baharu, Nabila Razali di majlis pernikahan baru-baru ini. Memang terserlah wajah jelita penuh kelembutan pelantun lagu Pematah Hati ini saat berada di pelaminan bersama suami tercinta.
Ternyata sentuhan magis makeup artist Ady Razak berjaya menaikkan seri pengantin Nabila! Tak dinafikan, solekan pelakon dan penyanyi popular tersebut bukan hanya nampak semula jadi, bahkan juga eksklusif.
Solekan Ady turut mendapat pujian makeup artist ternama termasuklah Dato’ Alha dan Yna Sakinah.
Nama Ady Razak cukup sinonim dalam kalangan selebriti. Sebelum ini, dia pernah menata rias wajah Azrinaz Mazhar Hakim, Marsha Milan, Mimi Lana, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Pada majlis penikahan, Nabila mengenakan persalinan indah Davis Paul Lister (DPLKL) dan penata gaya Tym Fatimah.
Nabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38 tahun dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi, 18 November lalu.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti.
Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Bukan calang-calang perkahwinan! Momen hari bersejarah Tiffany Ariana Trump dengan kekasih hati pada 12 November 2022 menjadi tumpuan dunia. Bukan hanya kerana majlis yang gilang-gemilang dan serba mewah, tetapi juga kerana ia merupakan penyatuan dua keluarga ternama dan kaya di antara Amerika Syarikat dan Lebanon.
Berkonsepkan fairy tale, anak bongsu bekas Presiden Amerika Syarikat itu akhirnya menjadi milik pewaris bilionair kelahiran Lebanon iaitu Micheal Boulos. Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di hartanah mewah milik bapa Tiffany, Trump’s Mar-a-Lago di Florida.
Tiffany menyarung busana perkahwinan indah rekaan Elie Saab. Turut hadir menyerikan majlis bersejarah ini ialah adik-beradik Tiffany iaitu Ivanka, Donald Jr, Eric dan Barron.
Kredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrump
Perkarangan Mar-a-Lago dihias eksklusif dan indah dengan dekorasi bunga-bungaan segar penuh mewah dan paduan rona emas serta elemen kilauan berlian. Sekali gus menyerikan lagi majlis perkahwinan bertemakan fairy tale seperti yang diidamkan pengantin perempuan.
Suami Tiffany merupakan pewaris Boulos Enterprises iaitu syarikat pengedaran kenderaan ke Nigeria yang diusahakan bapanya, Massad Boulos.
Kredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrump
Pasangan ini dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak tahun 2018 dan mengumumkan pertunangan pada Januari 2021 selepas Donald Trump menamatkan penggalnya sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Memetik laporan portal People, ibu Tiffany iaitu Marla Maples memberitahu anak gadisnya memilih lokasi tersebut untuk melangsungkan majlis perkahwinannya kerana ia merupakan kediaman Tiffany ketika dia dilahirkan dan menikmati zaman kanak-kanak di sana.
Pada majlis itu, selain penampilan Tiffany yang menarik perhatian khalayak, kelibat ibunya juga menjadi tumpuan. Maples dikhabarkan turut bergaya dengan gaun eksklusif Elie Saab untuk majlis perkahwinan anak tersayang.
Kredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrumpKredit Instagram @tiffanytrump
Tiffany yang meniti usia 30 tahun merupakan satu-satunya anak Trump hasil perkahwinan keduanya dengan pelakon dan personaliti televisyen, Marla Maples. Berbanding adik-beradik yang lain, kewujudan Tiffany tidak mendapat perhatian meluas memandangkan media di sana lebih berpihak kepada isteri pertama, Ivana.
Empat tahun melayari perkahwinan, Trump dan Maples akhirnya bercerai pada tahun 1999. Sejak itu, Maples membesarkan Tiffany sebagai ibu tunggal dan masih berhubung baik dengan Trump demi anak gadisnya itu.
Ketika usia baru mencecah 17 tahun, Tiffany sudah bergelar penyanyi dan menghasilkan single pertamanya ‘Like a Bird’ pada 2011. Namun ramai yang mengkritik suara Tiffany dan menganggap anak bongsu Trump ini tidak memiliki bakat dalam bidang nyanyian.
Salah satu persamaan realiti yang boleh dikaitkan dengan ahli keluarga wanita dalam keluarga Trump ini adalah kesemua mereka pernah terlibat dalam bidang peragaan.
Sumber: https://www.scmp.com/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.