Terus Trending, SHOPEE Bakal Adakan Jualan Murah Besar-Besaran Sempena Ulangtahun Ke-2 Tak Lama Lagi!

Sempena ulangtahun kedua Shopee sebagai platform online shopping terkenal di Malaysia, Nona telah berkesempatan hadir ke sebuah majlis sambutan yang diadakan di Petaling Jaya.

Antara sebab mengapa ramai pengguna menggemari Shopee adalah kerana kemudahan penghantaran percuma, pelbagai pilihan pada harga berpatutan serta kemudahan pembayaran yang fleksibel. Malah, banyak jualan murah diadakan termasuklah sempena ulangtahun kedua ini yang bakal berlangsung dari 1 hingga 14 Disember ini.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata, “2017 merupakan tahun yang hebat bagi Shopee. Dalam tempoh dua tahun saja, kira-kira 80 juta muat turun telah direkodkan termasuk lebih daripada 180 juta senarai produk aktif oleh lebih daripada 4 juta usahawan. Malah sehingga kini, terdapat kira-kira 5,000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee,” ujarnya.

Selesai memberi ucapan dan merasmikan upacara pelancaran, majlis gilang-gemilang ini diteruskan dengan beberapa persembahan hebat termasuklah menjemput Manusia Paling Lucu Di Dunia iaitu Harith Iskander.

Tetamu juga berpeluang menebus pelbagai hadiah menarik daripada para penaja seperti Photobook, Yadah dan sebagainya. Kemuncak acara adalah pengumuman hadiah cabutan bertuah berupa sebuah telefon pintar iPhone X tajaan FPX.

Antara aktiviti sempena birthday Shopee ini juga, pelanggan boleh berbelanja di jualan kilat Shocking Sale dengan harga produk serendah RM12 yang akan berlangsung 5 kali sehari, Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi serta pelbagai lagi promosi yang mengujakan. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share