Tetap Anggun & Awet Muda di Usia 55 Tahun, Keletah Comel Anak JOJIE AMINUDDIN Curi Tumpuan

Siapa yang tak kenal kakak kepada Ratu Rock Ella, Jojie Aminuddin. Kalau dahulu di mana ada Ella pasti ada Jojie yang merupakan pengurus kepada Ratu Rock ini. Jojie atau nama sebenarnya Rozita tetap cantik sehingga kini dan benar-benar kelihatan awet muda.

Foto: Instagram @jojieaminuddin
Foto: Instagram @jojieaminuddin

Jojie telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Syahrizal Ismail lima tahun lalu. Walaupun jarak usia 14 tahun tetapi pasangan suami isteri ini benar-benar kelihatan bahagia sementelah anak kecil mereka sudah membesar.

Foto: Instagram @jojieaminuddin
Foto: Instagram @jojieaminuddin

Selepas dua tahun berkahwin, Jojie dan suaminya telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Maryam Syahrizal ketika usianya 2 minggu.

Jelas kelihatan kehadiran Maryam telah menjadi penyeri hidup kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Seronok melihat foto-foto Maryam yang telah dikongsi oleh Jojie melalui laman media sosialnya.

Foto: Instagram @jojieaminuddin
Foto: Instagram @jojieaminuddin
Foto: Instagram @jojieaminuddin
Foto: Instagram @jojieaminuddin

Sebelum itu, Jojie pernah hamil di awal perkahwinannya dan mengalami keguguran ketika bayi dalam kandungan berusia 3 bulan.

Foto: Instagram @jojieaminuddin
Foto: Instagram @jojieaminuddin

Dalam perkembangan lain, Jojie terlibat secara langsung menguruskan perniagaan suaminya dalam pengurusan acara (event management). Syarikat mereka dikenali dengan nama Atlas One Events. Antara acara acara yang pernah dikendalikan oleh Atlas One Events adalah Borneo Tour iM4U, Jelajah Hidup Lebih Mudah Bersama TM, WWE Malaysia Tour, Konsert Ella 2016 dan lain lain.

Foto: Instagram @jojieaminuddin
Foto: Instagram @jojieaminuddin

Jojie juga merupakan Duta kepada Project Amal (Pertubuhan Kebajikan Projek Amal Selangor & Kuala Lumpur). Project Amal menyasarkan golongan yang tidak berkemampuan seperti anak anak yatim, golongan emas, anak anak pelarian serta sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Betul ke kalau nak kulit putih dan cantik kena pakai ni.

IKLAN
Share