
Alhamdulillah, tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Sejak hari pertama disahkan hamil, pasangan ini cukup teruja menjadi ibu bapa dan amat menanti-nantikan kelahiran permata hati kesayangan.
Atas izin Allah, Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir selamat bersalin dan bergelar ibu pada tanggal 21 September 2025.
Menerusi perkongsian di media sosial, adik kepada pelakon jelita Anzalna Nasir ini memuat naik gambar pertama mereka usai kelahiran dengan Afifah kelihatan tersenyum bahagia mendukung bayi mereka di sisi suami tercinta.
Artikel https://www.nona.my/ada-2-degree-pelajar-pintar-afifah-nasir-anak-seni-berpendidikan-tinggi/
Afifah turut mengumumkan nama bayi lelaki yang dipilihnya dan suami iaitu Syed Armand Mateen.
Titipnya, “Made with love, blessed by Allah. Alhamdulillah, our little miracle, Syed Armand Mateen, has finally arrived in this world.”
Bagaimana pun pasangan ini belum bersedia mendedahkan wajah bayi comel mereka kepada umum.
Khabarnya, Afifah Nasir bersalin di Pantai Hospital. Kira-kira tiga bulan sebelum bersalin, dia dan suami telah pun membuat ‘survey’ di beberapa buah hospital untuk mendapatkan kemudahan rawatan bersalin.
Akhirnya suami isteri ini sepakat memilih hospital berkenaan memandangkan ia berada berdekatan dengan kediaman mereka.
Dek kerana pertama kali melalui pengalaman hamil, Afifah dan Syed Hariz tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dan melakukan ujian Non-Invasive Prenatal Testing (NIPT) ketika usia kandungan baru mencecah tiga bulan!
Afifah sah bergelar isteri Syed Hariz dalam sebuah majlis indah gilang-gemilang pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan melangsungkan pertunangan.
Difahamkan Syed Hariz merupakan abang kepada sahabat baiknya yang dikenali sejak sedekad lalu.
Pelakon ini juga ialah anak kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
Afifah Nasir, anak keempat daripada lima adik-beradik perempuan. Selain Anzalna, kakaknya iaitu Mia Nasir juga terlibat dalam dunia lakonan.
Afifah pernah membintangi drama Bukan Puteri Lindungan Bulan dan juga berbakat dalam bidang nyanyian.
Dia juga merupakan salah seorang anak seni yang berpendidikan tinggi dan memiliki dua ijazah dari Segi College Kuala Lumpur dan Upper Iowa University.
Sepanjang bergelar penuntut universiti, Afifah sering memperoleh keputusan akademik membanggakan dengan meraih CGPA 4 flat!
Semoga kehadiran Syed Armand Mateen menyerikan lagi rumah tangga Afifah dan suami tercinta.
Kesihatan para ibu lepas bersalin dan bayi amat penting. Boleh dapatkan produk ini untuk keselesaan ibu dan anak.
This website uses cookies.