
Genap setahun melayari alam perkahwinan di samping suami tercinta, Afifah Nasir sempena ulang tahun perkahwinan yang pertama baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua!
Memuat naik video romantis bersama suami di atas bot mewah sambil menunjukkan imbasan kehamilan, pendedahan tersebut meraih perhatian warga maya khususnya dalam kalangan peminat Afifah.
Afifah Nasir Umum Hamil Anak Sulung
Bijak menyembunyikan berita tersebut daripada pengetahuan khalayak, adik kepada Anzalna Nasir ini bagaimana pun belum bersedia memaklumkan usia kandungan.
Kongsinya, “A year ago, it was just us writing our love story, one page at a time. Now, a new chapter begins, with a heartbeat growing within me. Our little miracle, made with love.”
Tambah Afifah lagi, dia merahsiakan perkara itu sejak beberapa bulan lepas namun kini baru bersedia mendedahkannya kepada umum.
“After months of keeping it just between us, I’m happy to finally share it with you all!”
View this post on Instagram
Pemilik nama Nur Afifah Md Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz dalam sebuah majlis indah gilang-gemilang pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan melangsungkan pertunangan.
Difahamkan Syed Hariz merupakan abang kepada sahabat baiknya yang dikenali sejak sedekad lalu.
Afifah ialah anak kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
Dia juga anak keempat daripada lima adik-beradik perempuan. Selain Anzalna, kakaknya iaitu Mia Nasir juga terlibat dalam dunia lakonan.
Afifah pernah membintangi drama Bukan Puteri Lindungan Bulan dan juga berbakat dalam bidang nyanyian.
Afifah Nasir Anak Seni Berpendidikan Tinggi
Dia juga merupakan salah seorang anak seni yang berpendidikan tinggi dan memiliki dua ijazah dari Segi College Kuala Lumpur dan Upper Iowa University.
Sepanjang bergelar penuntut universiti, Afifah sering memperoleh keputusan akademik membanggakan dengan meraih CGPA 4 flat!
Artikel https://www.nona.my/ada-2-degree-pelajar-pintar-afifah-nasir-anak-seni-berpendidikan-tinggi/
Semoga selebriti jelita dan berbakat ini dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan urusan kelahiran cahaya mata sulung kelak berjalan lancar.