Dari awal kemunculan dalam industri muzik sampai sekarang, penampilan Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman atau mesra di sapa sebagai Anis Suraya macam tak berubah. Kekal langsing dan cantik macam zaman anak dara.
Hakikatnya, Anis yang merupakan kerabat diraja Terengganu ini sudah pun mempunyai lima orang anak! Memang kagum tengok cara pelantun lagu popular Cinta Tersimpul Rapi ini menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
Walau agak menyepi dari dunia glamor namun Anis masih mementingkan penampilan. Iyalah, nak cantik bukan semata-mata untuk raih perhatian tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri.
Hanya tertawa saat ditanya petua sihat dan ramping yang diamalkan, Anis tanpa berselindung berkongsi tip. “MashaAllah.. mana ada ramping. Kalau nak dibandingkan dahulu, ketika awal kemunculan Anis dalam industri, berat Anis hanya 40 kg sahaja.
Sekarang dah 64kg. Namun mungkin sebab saya agak tinggi jadi tak nampak sangat ‘perkembangannya’. Anis juga ade amalkan senaman fizikal seperti berjalan keliling taman tempat saya tinggal ni, sit up, menari dan amalkan minuman detox. Anis akan amalkan selang sehari.
Ads
Kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang malam bergantung kepada waktu anak-anak kecil berjaga. Senaman ni pun memang dari dulu lagi mama selalu ajar betapa perlunya aktifkan diri, bersenam, banyakkan minum air kosong dan berusaha keluarkan peluh.”
Potret keluarga tersayangDi samping puteri sulung
Sementara itu, menjawab pertanyaan bagaimana Anis membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga, dia yang juga Pegawai Kebudayaan di sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu tenang menyusun kata.
Ads
“Alhamdulillah suami Anis seorang yang rajin membantu buat kerja-kerja rumah, memasak, mengemas termasuklah mandikan anak-anak. Rutin kerja rumah banyak kami lakukan sama-sama. Sepanjang kami duduk rumah sendiri, kami tak pernah ambil pembantu rumah.
Sekiranya masing-masing bekerja, anak-anak akan kami hantar ke tadika transit supaya hari mereka terus terisi dengan aktiviti belajar dan kemahiran.”
Bersama suami tercinta
Ads
Tambahnya lagi, meskipun kerjaya sebagai anak seni tidak serancak dahulu tapi jiwa seni masih mengalir deras dalam diri personaliti ini. Malah, Anis memasang impian untuk mempunyai akademi sendiri suatu masa nanti.
“Antara impian Anis yang belum tercapai adalah untuk memiliki sebuah akademi seni yang menyalurkan ilmu dan melatih kemahiran seni, di samping memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni Terengganu untuk berkongsi pengalaman.
Seterusnya menghargai bakat seni mereka. Semoga tidak mati ditelan zaman sebab ternyata ramai anak Terengganu yang berjaya mencipta nama di negeri orang namun mereka tidak berpeluang untuk menabur bakti di negeri sendiri. Apabila ada akademi ini, sekurang-kurangnya bakat mereka tidak dilupakan.”
Yang pasti, kehidupan Anis sebagai ibu lebih bermakna dengan kehadiran Puteri Elisya Farzana yang berusia 14 tahun, Muhamad Fariz Putra, Muhamad Baihaqi Putra, Muhamad Adam dan Puteri Eryna Sofia meniti usia setahun 4 bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seri wajah pelakon Gerak Khas, Sheera Iskandar begitu terserlah apabila berada di samping suami yang merupakan anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani. Tanggal 18 April lalu genap 40 tahun usia pelakon popular tanah air ini.
Berkongsi momen ketika meraikan hari lahir baru-baru ini, Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar bertuah kerana suami tercinta memberi kejutan dengan membawa keluarga kecil mereka menyambut hari istimewa tersebut di sebuah restoran mewah di ibu negara.
Sheera Iskandar Cecah Usia 40 Tahun
Sheera yang tampil dengan busana rona coklat kelihatan ceria di samping suami dan anak perempuan.
Sebagai suami, Mohd Halim tidak melepaskan peluang menitip ucapan romantis buat isteri kesayangan. Romantik!
“Selamat Hari Lahir, isteriku. Hadiah tak mampu tanding kasih sayang dan pengorbananmu. Terima kasih kerana hadir dalam hidup I, melengkapkan segalanya. Cinta ini takkan pernah cukup dihuraikan dengan kata-kata, tapi akan I buktikan setiap hari, sampai hujung nyawa.”
Sheera Iskandar dan Mohd Halim sah disatukan sebagai suami isteri pada 3 Mei 2021.
Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, anak kepada pelakon Aznah Hamid ini pernah mendedahkan kepada Nona yang dia mula rasa keserasian dengan suami saat pertama kali berkenalan.
“Kami kenal masa 2019, masa itu saya shooting Gerak Khas di Labuan. Masa sampai di sana, jumpa dengan suami dan dia tegur kata ada DM saya di IG. Saya ingatkan dia memang peminat Gerak Khas atau nak berlakon dalam Gerak Khas.
Jadi, saya beritahu dia kalau nak berlakon jangan buat baik dengan saya. Buat baik dengan Datuk Yusof Haslam. Rupa-rupanya dia serius hendak kenal dengan saya dan bukan sebab hendak berlakon.
Istimewanya suami, dia ibarat best friend dan saya rasa senang berbual dengan dia. Suami pula waktu itu start jadi agen Tomasoap.”
Dedah Sheera lagi, “Selain tertarik dengan peribadi dia, saya juga selesa dengan cara keluarga suami menghargai saya. Walau mereka tahu status saya sebagai janda waktu itu, tapi mereka tak kisah dan mahu kami cepat-cepat berkahwin.”
Mengamati perkongsian Sheera di media sosial, jelas membuktikan betapa suaminya menghargai dan menggalas tanggungjawab terhadap keluarga dengan sebaiknya.
Lebih bermakna apabila mereka dikurniakan anak perempuan comel diberi nama Puteri Long Harissa pada 22 Mei 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat penampilan Puteri Diraja Brunei, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ini pasti khalayak terus teringat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim! Tak dinafikan makin menginjak dewasa, makin terserlah persamaan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dengan ibunda tersayang.
Ini diakui sendiri oleh Azrinaz yang melahirkan rasa teruja dan gembira melihat anakanda tersayang kian meningkat usia remaja serta menjadi gadis penuh elegan.
Lebih istimewa, ibu jelita berusia 44 tahun tersebut memuat naik video yang memaparkan kelibat Puteri Ameerah sewaktu menghadiri sebuah majlis dalam persalinan kasual serba hitam.
Akui Azrinaz, “MasyaAllah that’s how I look like when I was younger. You have my physique and cara jalan pun sebiji. Ini bukan self claim tau. Miss you everyday and love you lots.”
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi followers kesayangan Azrinaz dan rata-rata mereka turut memuji keanggunan anakanda puteri kesayangan Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Memiliki rambut hitam panjang mengurai dan keperibadian Puteri Ameerah yang tak lekang dengan senyuman membuatkan sesiapa saja terpikat dengan anakanda bekas personaliti televisyen tersebut.
Pada 28 Januari lepas, YTM Puteri Ameerah genap berusia 15 tahun. Menatap wajah terbaharunya, gadis ini saling tak tumpah mewarisi rupa paras ibunda tersayang.
Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kini menginjak usia remaja.
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw kini kelihatan semakin langsing setelah menjalani pembedahan gastrik atau bariatrik.
Pelantun lagu ‘Maybe’ ini dikatakan mengambil langkah drastik adalah untuk menurunkan berat badan yang telah gagal diusahakannya selama 12 tahun.
Penampilan Melly Goeslaw yang dahulu.
Pun begitu, Melly terpaksa berhadapan dengan kesan daripada pembedahan yang dilakukannya akibat memotong organ pencernaan. Melly tidak dapat menghadam makanan seperti orang biasa.
Memetik perkongsian Melly Goeslaw dalam podcast bersama Melaney Ricardo baru-baru ini, dia kini hanya boleh makan satu sudu besar nasi atau makanan dan terus merasa kenyang.
Menurutnya, satu sudu nasi itu perlu dihabiskan dengan mengunyah secara perlahan-lahan dan lama.
Pun begitu, kata Melly dia sebenarnya boleh memaksa diri untuk makan dua sudu nasi. Cuma, selepas itu dia tidak boleh minum.
Melihat perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikut Melly di media sosial. Kebanyakan mereka bimbang dan berpendapat Melly hanya menyeksa diri.
“Menyeksa diri sendiri, Tuhan telah menciptakan manusia dan organ mereka menjadi yang terbaik dan paling sempurna.”
“Ya Allah, betul-betul menyeksa diri. Salah satu nikmat yang Allah beri ialah makan.”
Didoakan agar Melly Goeslaw baik-baik sahaja dan kekal sihat, langsing serta cantik.
Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.