Tetap ‘Dating’ Walau Hampir 26 Tahun Kahwin, Kemesraan Edry & Milia Serta Sikap Optimis Mereka Ada Anak Istimewa Cetus Inspirasi!

Suka tengok realiti kehidupan Edry Abdul Halim dan isteri tercinta, Milia Mohamad. Seperti pasangan suami isteri lain, mereka juga tidak terkecuali berdepan suka duka sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Pun begitu, kedua-duanya cekal dan tabah lalui dugaan di samping anak-anak tersayang.

Edry bukan lagi nama asing dalam industri muzik tanah air dan merupakan salah seorang anggota kumpulan KRU bersama dua abangnya iaitu Datuk Norman dan Datuk Yusry. Pada tahun 2018, Edry berhijrah ke Manchester, United Kingdom.

Artikel https://www.nona.my/dato-dr-sheikh-muszaphar-shukor-ulang-tahun-perkahwinan/

Keluarga Bahagia Edry & Milia

Hasil perkongsian hidup bersama Milia yang dikahwininya sejak kira-kira 26 tahun lalu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata. Mereka ialah Emil yang kini berusia 24 tahun, Edylia umur 21 tahun, Emery meniti usia 17 tahun dan Elya, 14 tahun.

Umum mengetahui salah seorang daripada anak mereka iaitu Emery menghidap autism. Meskipun mencabar membesarkan anak istimewa ini namun Edry mahupun Milia tabah menempuh ujian. Begitu juga tiga lagi anak mereka yang saling membantu memudahkan kehidupan Emery.

Berkat kesabaran dan sokongan daripada ahli keluarga, penyanyi yang juga komposer ini mendedahkan anak istimewanya kini mampu menguruskan diri sendiri dengan bantuan adik-beradik yang lain. Alhamdulillah!

Terbaharu, menerusi perkongsian di media sosial, figura berusia 49 tahun ini dilaporkan sedang bercuti di Jepun bersama isteri kesayangan. Tumpang bahagia tengok kemesraan dan keakraban pasangan ini.

Tetap Luang Masa Berdua

Walau usia perkahwinan cecah 26 tahun pada 5 November depan dan anak-anak kian menginjak usia dewasa tapi kehangatan cinta mereka masih membara sampai sekarang.

Kongsinya, “Honeymoon di Jepun. Cuti visit friends di Tokyo, tour Kyoto dan Osaka this week. Kumpul idea dan recharge untuk konsert genKRU Finale next month!”

Meskipun sentiasa memikirkan anak-anak yang berada di rumah ketika ke luar negara dengan isteri namun Edry percaya mereka mampu urus diri sendiri. Misalnya ketika Edry dan Milia pulang ke Malaysia awal Oktober lepas.

First time kami travel berdua je pulang Malaysia. Sentiasa fikir anak-anak at home di Manchester tengah musim sekolah, tapi alhamdulillah adik-beradik Emery pandai jaga dia. Emil pun dah dewasa to be the man of the house.

Bagi parents anak istimewa lain, time will come bila anak kita boleh berdikari inshaAllah. Always believe.”

Difahamkan, penghijrahan Edry ke UK sebelum ini adalah kerana mahu mendapatkan pembelajaran terbaik untuk anak ketiganya iaitu Emery yang merupakan anak autisme.

Keputusan untuk berhijrah ke sana dibuat memandangkan Malaysia tiada sekolah khas bagi autism. Setelah beberapa tahun mendapat pembelajaran di UK, Emery memasuki persekolahan menengah khas dan mampu menyesuaikan diri.

Artikel https://www.nona.my/auntie-purple-pengalaman-masjid-al-aqsa/

 

 

Share
Published by
Suzi