Bersempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi, dUCk melancarkan koleksi Raya 2023 yang dinamakan The Ikatan dUCk.
Mengambil inspirasi daripada tikar tradisi atau lebih dikenali sebagai tikar mengkuang yang kebiasaannya didapati di kebanyakan rumah di Malaysia, koleksi istimewa ini seolah-olah mengimbau kembali kenangan indah menyambut lebaran di samping keluarga.
Setiap rekaan koleksi The Ikatan dUCk dihasilkan penuh ketelitian sekaligus menonjolkan kemewahan warisan dan budaya Malaysia.
Meskipun diilhamkan daripada produk tradisi namun dUCk tampil kreatif dengan menambah elemen moden dalam setiap rekaan bagi memenuhi gaya wanita masa kini.
Ads
Antara rangkaian produk koleksi raya dUCk 2023 merangkumi skaf, selendang, beg tangan, ready-to-wear (RTW), telekung, dan aksesori hijab. Setiap rekaan skaf memiliki motif sulaman tikar mengkuang yang terbahagi kepada Full Collection dan Minimal Collection.
Ads
Enam pilihan warna menarik bagi Full Collection ialah Abadi, Kenangan, Bersama, Sempurna, Istimewa dan Jalinan. Manakala Minimal Collection pula hadir dalam lapan variasi rona iaitu Mesra, Cinta, Manis, Akrab, Karib, Erat, Teguh dan Indah.
Tidak sekadar memasarkan produk koleksi raya, dUCk turut mengadakan sesi Ikatan Tazkirah sepanjang Ramadan yang dikendalikan Mu’allim Faizul dari Soul Digest yang disiarkan menerusi IG Live pada 28 Mac, 4 April, 12 April dan 19 April.
Ads
Bukan itu saja, raya kali ini juga dUCk tampil dengan Ikatan Billboard bagi memaparkan keutuhan hubungan silaturrahim di antara tua dan muda, dekat dan jauh, ibu bapa dan suami isteri.
Antara pasangan ikon yang menghiasi Ikatan Billboard ini ialah Datuk Chef Wan dan anak, Chef Riz; Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar; Dr Amalina Che Bakri dan Bonda Sabariah Hassan; dan Ayana Jihye Moon dan Vivy Yusof.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan anggun Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin seringkali menjadi tumpuan. Walau berbaju kurung mahupun kasual tetap terserlah kecantikan aslinya.
Penulis turut tertarik dengan penampilan Tengku Permaisuri Norashikin ketika baginda menghadiri majlis pelancaran tujuh buku terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Berkebaya songket rona biru lembut fabrik songket menyerlahkan keayuan baginda.
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norasikin bertitah agar usaha bagi memulih kembali warisan dan tekstil seni sulaman kelingkan diadakan dalam kalangan rakyat negeri ini.
Bagi tujuan tersebut, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah supaya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dapat merancang agenda untuk merakyatkan budaya dan warisan tersebut yang dahulunya pernah popular di Selangor.
“Seni sulaman kelingkan yang dahulunya tidak asing lagi dalam kalangan kerabat diraja Selangor setelah diperkenalkan oleh Tengku Ampuan Jemaah dan legasi tersebut diteruskan pula oleh Tengku Amouan Rahimah, kini ia semakin jarang kelihatan,” titah baginda di majlis pelancaran tujuh buku terbitan PADAT.
Tujuh buku tersebut adalah Sulaman Kelingkan Melayu karya Mohd Subil Musa, tiga buku ditulis Intan Salina Idrus iaitu Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor, Penyelidikan Terkini Nisan Acheh di Selangor serta Warisan Telepuk Alam Melayu, Kebaya Selangor oleh Rohayu Mohd Yunus, Permainan Wau Kapal oleh Mohd Subil Musa serta Tarian Piring Selangor oleh Allahyarham Mohd Lotfi Nazar.
Titah baginda penulisan tersebut merupakan satu dokumentasi penting yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan oleh generasi akan datang terutamanya mengenai seni warisan tekstil yang semakin dilupakan seperti sulaman kelingkan dan kain telepuk yang kini semakin sukar untuk diperoleh kerana tiadanya pengusaha yang mahir untuk menghasilkannya.
“Besar harapan saya agar kerjasama dapat dilakukan bersama agensi yang berkaitan agar koleksi buku ini bukan hanya ditempatkan di perpustakaan dalam negara, malahan dapat dipromosikan kepada perpustakaan di luar negara,” titah baginda.
Sumber: Bernama
Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, nampaknya Raya tahun ini kediaman agam dan mewah milik Datuk Seri Aliff Syukri bakal ‘berwajah baharu’. Selepas hampir 10 tahun mendiami rumah berkenaan, ini kali pertama usahawan D’herbs tersebut ambil keputusan untuk mengecat keseluruhan bangunan kediaman miliknya.
Difahamkan kerja-kerja mengecat di mahligai indah Datuk Seri Aliff dan Datin Seri Shahida sudah pun bermula beberapa hari lepas. Menerusi perkongsian di media sosial, anak kepada Bonda Rozita Ibrahim ini menunjukkan perkarangan rumahnya yang sedang sibuk dengan proses mengecat.
Malah, terdapat sebuah kren di hadapan rumah bagi memudahkan para pekerja mengecat.
Jelas Datuk Seri Aliff, “Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali. Ramai tak percaya rumah saya ni hampir 10 tahun pindah dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya. Ok sini papa cerita, mungkin ramai yang tak percaya. Kos nak cat spray rumah amatlah mahal hampir mencecah RM250k.
Saya hampir tak percaya dengan yang agak mahal sebab tu pada tahun semua sebelum ni saya hanya cat sendiri saja tetapi saya tak mampu untuk cakap keseluruhannya. Saya hanya cat di bahagian bawah dan juga depan. Baru saya tahu sebenarnya kos duduk cat rumah bukan mudah seperti saya jangkakan.
Alhamdulillah tahun ni saya ada rezeki lebih saya bayar contractor dan rumah ini akan dicat buat julung kalinya seluruh bangunan selepas 10 tahun.”
Dalam pada itu, Datuk Seri Aliff Syukri turut berpesan kepada pemilik dan bakal pemilik kediaman supaya berfikir panjang untuk membina rumah supaya tidak mendatangkan beban kewangan satu hari nanti.
“Kesimpulannya sebelum beli rumah kena fikir juga maintenance tahunan sebab nak maintenance harga rumah bukan murah. Terima kasih Allah dengan atas rezeki apa yang ada ini. Dulu saya berimpian untuk ada rumah besar seperti mahligai istana, tapi saya tak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang.
Saya bukan nak merungut, tetapi sebagai pedoman dan pengajaran untuk usahawan atau anak muda di luar sana supaya tidak salah percaturan seperti saya. Masa muda memang darah berkobar-kobar nak kehidupan mewah. Perlu fikir kos luar jangka, forecast maintenance yang perlu ditanggung.
Dengar memang macam mewah, tetapi hanya yang berhadapan tahu. Besar periuk besarlah kawahnya. Tetapi saya bersyukur diberikan rezeki untuk terus menampung kos maintenance rumah saya.”
Datuk Aliff Syukri cukup dikenali sebagai usahawan yang rajin berniaga tidak kira masa dan kreatif memasarkan produk keluarannya. Malah, Datin Seri Shahida juga aktif membantu empayar perniagaan suami terutama di media sosial.
Tidak ketinggalan, anak-anak mereka turut mewarisi bakat berniaga bapa tersayang dan tidak kekok menjual barang.
Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mempunyai enam orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudhah Arshiyah dan Luqman Al Hakim.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allahuakbar, dah kena baru tahu sakitnya! Hanya mereka yang pernah kena bisul je tahu susahnya nak tidur bila karbunkel terbentuk dan berdenyut-denyut. Peritnya ibarat kalau tersentuh kain pun boleh meraung.
Itulah derita yang dialami usahawan Jamu Ratu Malaya (JRM) yang juga pengusaha pusat peranginan Rumah Hutan dan Rumah Sungai, Bonda Rozita Ibrahim. Beberapa hari lepas, penyakit bisul memaksa ibu kepada Dato’ Sri Aliff Syukri itu menyerah diri ke hospital.
“Doktor klinik kata dia pun tak boleh buat sebab akar bisul sangat dalam, lebar dan banyak pendarahan. Sebab tu dirujuk ke hospital, memang tak sangka masuk OT kena bedah tadi.
Pertama kali saya masuk bilik OT, menitik air mata gak sebab takut tak pernah dibedah. Musim COVID-19 orang tak boleh temankan, itu syarat di KPJ. Kena test COVID-19, ECG, X-Ray, blood test maklumlah bonda dah 50-an.
Sakitnya bisul ni tersentuh kena kain pun sakit apa lagi tersentuh tangan sendiri. Rasa ke hujung sum sum sakit. Masa kena bisul tu, malam-malam saya menangis sebab bisul berdenyut-denyut kumpul nanah.
Saya ingatkan bisul biasa-biasa je, jadi saya tepeklah herba sejuk supaya boleh tidur.
Lepas hari ketiga, saya picit dengan jarum pada mata bisul… tak sabar saya sebab susah nak jalan, bergerak pun senget, duduk pun senget. Menyusahkan. Masa saya picit tak berapa keluar lagi matanya. Lepas tu agaknya bentan atau jarum kurang bersih, mata bisul terus tak jadi keluar.
Tiba-tiba melengkung pulak dah. Masuk ke dalam matanya. Alamak, ni drama bersiri pulak bila dia masuk ke dalam! Sakitnya makin menjadi-jadilah malam tadi.
Saya ronda-ronda Rumah Sungai. Lepas tengok ular sawa pagi tadi makan ayam, terus gi klinik, Doc cakap bisul saya sangat besar dan kena bedah. Alhamdulillah saya dah selesai bedah, bermalam di Damansara Hospital saya malam ni,” cerita bonda.
Kelmarin, bonda telah pun selamat discaj daripada KPJ Damansara Specialist. Beliau turut berkongsi beberapa info tentang bisul yang turut digelar sebagai bisul ‘Raja Satong’ itu.
“Baru saya tau ni bukan bisul biasa. Dalam banyak-banyak komen tu, saya terbaca ia adalah bisul ‘Raja Satong’ iaitu sejenis bisul dengan berbelas-belas matanya dalam satu kelompok.
Bisul kalau tak dibedah, ia akan merebak dan makan daging lain. Bahaya sebab kumannya boleh merebak dan bawa maut bergantung pada antibodi seseorang.
Apa yang saya share ni mudah-mudahan sebagai info kepada anda yang tak pernah kena bisul. Saya tak sangka teruk sebab baru empat hari ia boleh begitu serius merebak,” jelas bonda sambil berkongsi petua ubat gigi untuk redakan sakit bisul.
SEJENIS KARBUNKEL
Penyakit bisul selalu dianggap penyakit biasa sedangkan ia boleh mendatangkan komplikasi lebih serius termasuklah keracunan dalam darah.
Bakteria seperti Stafilokokus aureus (S. aureus) sentiasa mencari peluang untuk memasuki badan menerusi permukaan kulit yang luka dan merekah. Jika tidak ditangani dengan amalan kesihatan yang baik, dalam kes tertentu, bakteria daripada bisul berkemungkinan besar menjadi serius hingga menyebabkan keracunan dalam darah (septisemia) dan boleh mengancam nyawa.
Jika tidak dirawat dengan sewajarnya, septisemia disebabkan bakteria itu boleh masuk ke aliran dalam darah dan menjangkiti organ lain termasuklah tulang dan injap jantung.
Selain masalah lain seperti kerap berulang dan demam, saiz bisul yang lebih besar daripada lima sentimeter memerlukan rawatan segera oleh doktor di mana antibiotik intra-vena boleh diberikan.
Bukan setakat di punggung, tapi bisul sebenarnya boleh tumbuh di mana-mana saja termasuklah muka, namun ia lebih kerap berada di bahagian tubuh terutamanya pada kulit yang lebih mudah bergesel, mempunyai rambut dan kerap berpeluh.
Ia bermula dengan bisul nanah kecil atau boil mahupun dalam bentuk bisul kelompok nanah yang besar di bawah permukaan kulit dikenali dengan karbunkel.
Dalam kes lebih serius ialah membabitkan karbunkel yang terkumpul di tempat yang sensitif seperti pada tempat sulit kerana mengundang risiko berlakunya jangkitan kuman yang lebih agresif akibat kontaminasi daripada najis.
Tanda awal bisul seperti tanda merah kecil lebih berpotensi untuk membesar dan disusuli demam panas terutama apabila karbunkel terbentuk. Biasanya tempoh pemulihan mereka yang mengalami karbunkel lebih perlahan dan nanah besar itu akan meninggalkan parut pada bahagian terjejas.
Biasanya lelaki remaja atau dewasa lebih mudah untuk mendapat bisul berbanding kanak-kanak mahupun wanita. Malah ada juga kumpulan berisiko lain terbabit untuk menghidapi penyakit berkenaan.
Risiko komplikasi dari bisul lebih tinggi kepada pesakit berimunisasi rendah seperti diabetes, individu obes, wanita mengandung dan pesakit kanser, individu kulit berjerawat dan mereka yang mengalami masalah berkaitan kulit ekzema atau mempunyai kulit yang terlampau berminyak dan banyak berjerawat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.