Gaya Hidup

“Thank You Sayang Tiko Aryawardhana Bikin Ulang Tahun Ini Untuk Aku,” BCL Berhijab Rai Birthday Ke-41!

Manis sungguh tengok Bunga Citra Lestari (BCL) berhijab ketika sambutan hari kelahirannya baru-baru ini. Tanggal 22 Mac setiap tahun pastinya penyanyi kesayangan Indonesia ini diraikan dengan penuh meriah. Bukan hanya dalam kalangan keluarga bahkan juga peminat.

Kembali bergelar isteri pada 2 Disember 2023 kepada kenalan lama, Tiko Aryawardhana, BCL tampil anggun berbusana rona maroon dengan hijab warna sedondon di majlis sambutan hari lahir di kediamannya.

Genap berusia 41 tahun, kelihatan ahli keluarga dan kenalan rapat hadir memeriahkan hari istimewa pelantun lagu Cinta Sejati ini.

Apatah lagi, tarikh berkenaan jatuh pada bulan penuh keberkatan bagi umat Islam iaitu Ramadan.

Kredit Instagram @itsmebcl
Kredit Instagram @itsmebcl
Kredit Instagram @itsmebcl

Istimewanya, hari lahir BCL tahun ini mencipta memori indah kerana dirancang suami tercinta, Tiko. Sweet!

Artikel https://www.nona.my/anaknya-sudah-besar-ni-bcl-luah-rindu-tahun-ke-3-tanpa-arwah-ashraf-sinclair-di-sisi/

Kongsi BCL, “Birthday celebration at home surrounded by family and friends. Grateful for the journey so far and excited for what’s to come.

Thank you sayang Tiko Aryawardhana udah bikinin perayaan ulang tahun ini untuk aku.”

Kredit Instagram @itsmebcl
Kredit Instagram @itsmebcl
Kredit Instagram @itsmebcl
Kredit Instagram @itsmebcl

Selain memotong kek hari lahir, turut diadakan ialah majlis doa selamat di kediaman BCL. “41 chapters of life’s twists and turns, lost and love, each one shaping me into who I am today.

Thank you for every gift, flowers, cakes and well wishes from all of you. Hope the same kindness will return to you all. Here’s to embracing each day with courage, kindness and sprinkle of adventure ahead.“

Artikel https://www.nona.my/tetap-romantis-dah-47-tahun-kahwin-rezeki-dida-sinclair-ada-suami-penyayang-sihat-usia-72/

Kredit Instagram @itsmebcl
Kredit Instagram @itsmebcl

Terdahulu, BCL mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia iaitu Ashraf Sinclair pada 9 November 2008 dan turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang bakal berusia 14 tahun.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020. Pun begitu, BCL masih jalin hubungan baik dengan keluarga mentua di Malaysia.

 

IKLAN
Share