Sudah menjadi kelaziman, tiap kali 18 Februari tiba pasti Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak tersayang, Noah akan menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair. Kembali ke pangkuan ilahi pada tanggal 18 Februari 2020, tahun ini masuk tahun ketiga BCL hidup tanpa kelibat suami di sisi.
IKLAN
Pastinya bukan mudah bagi penyanyi terkenal kelahiran Indonesia ini untuk menjalani hidup seharian. Namun demi Noah, dia bangkit meneruskan kehidupan bersama-sama.
Hadir ke pusara suami tercinta dengan busana merah jambu dan selendang rona senada serta berkaca mata hitam, terpancar wajah penuh kerinduan Bunga terhadap insan tercintanya itu.
Turut kelihatan menemani Bunga ialah anak lelaki kesayangan, ahli keluarga dan kenalan. Taburan kelopak bunga ros warna putih dan merah memenuhi pusara Allahyarham Ashraf yang juga pelakon popular di Indonesia.
Tidak pernah sesekali melupakan tarikh-tarikh penting bersama arwah Ashraf, meskipun suami tercinta sudah kembali ke rahmatullah namun Bunga tetap mengingati hari lahir dan ulang tahun perkahwinan mereka.
IKLAN
Sambil menggengam erat tangan anak, luah Bunga di pusara arwah Ashraf, “Hey you, anaknya udah gede (sudah besar) nih.”
Ternyata perkongsian tersebut meraih hampir sejuta tanda like daripada followers Bunga Citra Lestari.
IKLAN
Pelantun lagu Wanita Terbahagia ini mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 9 November 2008. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 perkahwinan mereka.
Nama Jennie BlackPink bukan lagi asing di kalangan peminat K-Pop di seluruh dunia. Selain pernah dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Di Dunia, liuk-lentuk tariannya juga sering dipuji. Penjagaan tubuh badan yang sihat memastikan beliau sentiasa lincah dan bertenaga di atas pentas.
Menerusi hantaran beliau di media sosial, duta Calvin Klein ini kerap berkongsi foto tubuh badannya yang langsing serta digelar body goals.
Dengan perut rata, Jennie mampu menari dan menyanyi rap dengan baik. Rahsia di sebalik tubuh menawannya adalah rutin senaman dan diet sihat yang diamalkan selama ini.
Jennie
Video muzik ‘Pink Venom’ mencatat tonton lebih 90 juta dalam tempoh 24 jam
Melalui laporan South China Morning Post, Jennie rajin melakukan senaman flying yoga dan pilates untuk meningkatkan fleksibiliti tubuh. Dalam wawancara bersama Cosmopolitan Korea, Jennie mengakui bahawa beliau mudah bosan dengan satu jenis workout.
Flying yoga atau aerial yoga adalah senaman yang menggabungkan postur fizikal yoga, filsuf yoga dan seni aerial. Untuk melakukan flying yoga, ada kain atau tali khusus yang digantung. Seterusnya, senaman dimulakan dengan kaedah menggantungkan tubuh pada kain atau tali tersebut.
Jennie mampu membuat headstand
Flying yoga dan pilates mempunyai persamaan
Sementara pilates pula adalah olahraga yang menguatkan core atau otot tubuh. Gerakannya sekilas mirip yoga kerana memfokuskan pada postur, keseimbangan dan fleksibiliti.
Selain olahraga flying yoga dan pilates, latihan tarian juga membantu pembakaran kalori serta peningkatan kesihatan jantung dan paru-paru Jennie.
DIET TANPA GARAM
Berbanding tiga rakan BlackPink yang lain iaitu Jisoo, Rose dan Lisa, Jennie lebih berhati-hati soal makanan yang diambil. Contohnya ketika anggota BlackPink yang lain menikmati makanan lazat, Jennie biasanya senang memilih bubur.
Beliau juga suka menikmati jus detoks dan salad avakado. Pelantun lagu Pink Venom itu juga mengelakkan diri daripada makanan bergaram atau sodium dalam kuantiti yang tinggi.
Tubuh Jennie dikatakan mudah kembung dan membengkak ketika makan makanan tinggi garam. Justeru beliau memilih untuk menjalani diet tanpa garam pada kebanyakan masa.
Setiap orang memiliki tubuh dan keperluan gizi yang berbeza. Pola makan Jennie Blackpink mungkin sesuai dengan dirinya tapi belum tentu sesuai dengan keperluan kita!
Meniti usia 27 tahun, kematangan anak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os ini cukup menyerlah. Bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Syafiqa Hayra bukan hanya disifatkan seorang wanita cantik dan bijak bahkan memiliki keperibadian yang baik. Kalau arwah Mr Os masih ada, mesti dia bangga melihat kejayaan anak perempuannya hari ini.
Walau bergelar anak selebriti tapi Dr Syafiqa selesa jalani hidup low profile. Apatah lagi sebagai seorang doktor, kebanyakan masanya adalah di hospital. Mesra menyambut panggilan Nona, Dr Syafiqa tanpa berselindung mengakui dia seorang wanita yang ringkas. Jika tidak bekerja, dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah dengan ahli keluarga.
Kongsi wanita berjiwa besar ini, “Saya agak sibuk bekerja dan dah jarang update aktiviti di media sosial. Sekali sekala ada waktu lapang, saya suka masak-masak dan baking. Saya record dan edit video memasak untuk channel Youtube masakan saya, Intai Dapur Syafiqa Hayra. Selain itu, saya juga suka habiskan masa dengan kucing-kucing peliharaan saya.”
Mengulas lanjut mengenai saluran Youtube Intai Dapur Syafiqa Hayra, graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Egypt ini membuka kisah di sebalik kewujudan akaun Youtube berkenaan. “Memang dah lama minat memasak, sejak kecil lagi. Kalau tengok YouTube saya, macam-macam menu masak ada termasuklah sajian Melayu, Korea dan juga Western.”
Ujarnya lagi, individu yang banyak membantu dirinya menjayakan video berkenaan ialah ibu tersayang. “Selalu memang mummy tolong sekali masak dan dia juga yang bagi resipi. Misalnya, Gulai Siput Sedut Dengan Ubi Keledek. Ni arwah abah punya favourite menu. Ikutkan Abah jarang makan makanan Western. Tapi saya pernah masak Swedish Meatball ala Ikea untuk dia dan tak sangka dia terus suka. Bila saya balik Malaysia waktu study dulu Abah selalu minta saya masakkan hidangan ni.”
Dr Syafiqa HayraKetika di Chalet keluargaKenangan sewaktu di MesirIbu tersayang Dr SyafiqaGulai Siput Sedut, hidangan kegemaran arwah Mr OsSwedish MeatballsAsam Pedas Tetel
Daripada perbualan bersama Dr Syafiqa, jelas menggambarkan kerinduan dirinya terhadap bapa tersayang. “Asam pedas Tetel ni sebenarnya Abah tak berapa gemar makan sebab arwah complain orang lain masak asam pedas mesti ceroi (cair). Tapi bila mummy masak, dia suka sebab pekat dan rasa tak sama macam orang lain masak.
Dulu Abah sampai pernah offer dekat mummy suruh buka restoran sebab mummy masak memang sedap. Tapi sayangnya mummy ada masalah tulang belakang. Dia tak boleh buat kerja-kerja berat,” terangnya.
Tahun ini merupakan tahun kelima allahyarham bapa Dr Syafiqa kembali ke rahmatullah. Jika arwah masih hidup, dia kini berusia 60 tahun. Meskipun tidak lagi berpeluang memeluk dan mencium bapa tersayang, namun segala kenangan manis bersama arwah sentiasa segar di ingatan.
“I’m a doctor now Abah. Epit dah tunaikan janji untuk jadi doktor dekat Abah. Tak pernah lupa jasa Abah beri kami sekeluarga makan yang cukup, besarkan dengan didikan yang baik, segalanya cukup. Seorang Abah yang cukup baik dan sempurna. Sepanjang hayatnya, tak pernah lokek, malah kuat bersedekah dan suka mempermudahkan urusan semua orang. Moga Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.
Abah sangat tegas dan mementingkan masa. Walau macam mana susah sekalipun dia akan sentiasa memenuhi permintaan anak-anak. Selain itu, Abah juga suka menjamu orang makan dan buat orang gembira. Dia sangat pemurah dan mudah rasa kasihan dekat orang.
Salah satu perangai Abah yang buat saya kagum ialah cara Abah menghargai ibu bapanya. Walau pun ibu bapa Abah iaitu atuk dan nenek saya sudah meninggal, Abah tetap sentiasa bersedekah bagi pihak kedua ibu bapanya. Nampak betapa Abah sangat menyayangi mereka berdua. Bahkan ketika hayatnya, even in his purse, Abah masih letak gambar ibu dia.”
Allahu, tersentuh mendengar pendedahan Dr Syafiqa mengenai arwah bapa! Selama ini masyarakat mengenali Mr Os sebagai pelawak dan penghibur tetapi di sebalik lawak jenakanya, tersimpan sisi penyayang penuh keikhlasan bekas anak seni tersebut.
Sementara itu, ditanya perancangan Dr Syafiqa untuk mendirikan rumah tangga, dengan nada mesra dia menjelaskan belum ada perancangan ke arah tersebut buat masa sekarang. “Saya tak tetapkan perancangan untuk kahwin. Soal jodoh saya letakkan di tangan Allah. Kadang-kadang kalau kita rancang pun semua yang terjadi Allah yang tetapkan. Saya percaya je pada ketentuan Allah. Apa-apa pun, saya simpan impian nak jadi specialist dan teringin nak ada klinik sendiri. Tolong doakan ya.”
Semoga segala harapan yang diimpikan Dr Syafiqa dipermudahkan dan dimakbulkan Allah. Harapan Nona agar perkongsian Dr Syafiqa menjadi pencetus inspirasi kepada kaum wanita untuk berjaya dan mengejar impian mereka.
Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.
Meniti usia 21 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.
Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga terpilih sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Kongsikan perkembangan terkini Alya
Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah turunkan, Alya kini sibuk dengan penggambaran drama dan bidang peragaan. Drama terbaharu Alya ialah Ku Punya Hati arahan Azmi Hatta. Selain itu, Alya juga sedang menjalani penggambaran untuk drama Dia Pria Terhebat arahan Pali Yahya.
Kredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimn
Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang
Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar. Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.
Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?
Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja. Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.
Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?
Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.
Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan
Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum. Dia seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.
Impian Alya yang masih belum tertunai
Dalam usia 21 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang. Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.
Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?
Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan. Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...