“The Jewel Of July..” Ciapan Manis Nick Jonas Buat Priyanka Chopra Bersempena Hari Jadinya Ke-40

Nick Jonas is Priyanka Chopra’s biggest fan!!

Bersempena hari lahir isteri tercinta yang ke- 40 tahun, penyanyi Nick Jonas menulis ciapan istimewa buat Priyanka Chopra di media sosialnya. Pasangan serasi walau berbeza jarak usia ini adalah antara power-couple di Hollywood yang senantiasa menjadi perhatian lensa dan media.

Foto: Instagram (@priyankachopra)

Di hantaran Instagramnya, Nick Jonas memberikan penghormatan dan berkongsi kegembiraan pada malam sambutan hari jadi Priyanka. Nick sempat menyiarkan beberapa siri foto momen bahagia sepanjang beberapa tahun

Tulis Nick, “Selamat hari lahir❤️ Permata Julaiku. Saya berbesar hati dapat bersama-sama awak dalam perjalanan penuh liku, yang dipanggil kehidupan bersama awak ini. Saya sayang awak. @priyankachopra,” tulis Jonas dalam kapsyen.

“Cinta hatiku 😍,” komen boleh Chopra pada kiriman penghormatan suaminya.

Untuk pengetahuan, Jonas dan Chopra berkahwin pada 2018 dan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Malti Marie Chopra Jonas, melalui kaedah ibu tumpang awal tahun ini.

Foto: Getty Images
Foto: Instgram (@nickjonas)

Pada Hari Ibu yang lepas, kedua-duanya berkongsi foto yang sama di Instagram mereka dengan bayi yang baru lsaja dilahirkan, menyatakan betapa “teruja” nya mereka membawa pulang bayi perempuan dari NICU dan menatapkan kesyukuran untuk keluarga baru  yang telah lama dinanti-nantikan.

“Sayang, awak menginspirasikan saya dan segala cara, dan awak menggalas peranan baharu ini dengan mudah dan baik. Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi perjalanan ini bersama awak. Anda ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu. Saya sayang awak,” tulis Jonas.

Happy birthday Priyanka!!!

Cover photo credit: Instagram @priyankachopra & @divya_jyoti

IKLAN
Share