Bersempena hari lahir isteri tercinta yang ke- 40 tahun, penyanyi Nick Jonas menulis ciapan istimewa buat Priyanka Chopra di media sosialnya. Pasangan serasi walau berbeza jarak usia ini adalah antara power-couple di Hollywood yang senantiasa menjadi perhatian lensa dan media.
Foto: Instagram (@priyankachopra)
Di hantaran Instagramnya, Nick Jonas memberikan penghormatan dan berkongsi kegembiraan pada malam sambutan hari jadi Priyanka. Nick sempat menyiarkan beberapa siri foto momen bahagia sepanjang beberapa tahun
Tulis Nick, “Selamat hari lahir❤️ Permata Julaiku. Saya berbesar hati dapat bersama-sama awak dalam perjalanan penuh liku, yang dipanggil kehidupan bersama awak ini. Saya sayang awak. @priyankachopra,” tulis Jonas dalam kapsyen.
“Cinta hatiku 😍,” komen boleh Chopra pada kiriman penghormatan suaminya.
Untuk pengetahuan, Jonas dan Chopra berkahwin pada 2018 dan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Malti Marie Chopra Jonas, melalui kaedah ibu tumpang awal tahun ini.
Ads
Foto: Getty ImagesFoto: Instgram (@nickjonas)
Pada Hari Ibu yang lepas, kedua-duanya berkongsi foto yang sama di Instagram mereka dengan bayi yang baru lsaja dilahirkan, menyatakan betapa “teruja” nya mereka membawa pulang bayi perempuan dari NICU dan menatapkan kesyukuran untuk keluarga baru yang telah lama dinanti-nantikan.
“Sayang, awak menginspirasikan saya dan segala cara, dan awak menggalas peranan baharu ini dengan mudah dan baik. Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi perjalanan ini bersama awak. Anda ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu. Saya sayang awak,” tulis Jonas.
Beruntung rakyat negeri Kedah! Selepas keindahan bunga ala sakura di Alor Setar dan gelung jerami padi di Yan, Kedah mencuri tumpuan ramai serta tular di media sosial, kini negeri jelapang padi tersebut sekali lagi menjadi bualan ramai terutamanya ‘kaki selfie’ apabila satu lagi lokasi menarik didedahkan baru-baru ini.
Sekali lagi digambarkan seperti suasana di luar negara… kewujudan sebuah kawasan luas yang dihuni bunga lalang yang berada berhadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Ketil, Kedah ini mencipta fenomena luar biasa bukan saja dalam kalangan penduduk setempat bahkan pengunjung dari serata Malaysia. Sampaikan ada yang mengandaikan pemandangan di sana ibarat berada di bumi Korea!
Foto: BernamaFoto: Instagram Akmal Adzlan
Siapa sangka, dari belukar kawasan tersebut menjadi tempat menarik untuk bergambar kenangan. Lambaian bunga lalang yang mekar tumbuh di padang seluas satu hektar itu nyata berjaya menerbitkan persekitaran santai, tenang dan romantik. Patutlah ramai yang datang bergambar, termasuk pasangan mempelai yang mahu memahat memori indah berlatarbelakangkan bunga lalang.
Memetik laporan Sinar Harian, ia merupakan tanah milik orang perseorangan yang terbiar dan pernah terbakar pada Februari lalu. Selepas terbakar, lalang semakin tumbuh meliar dan baru-baru ini sahaja ia berbunga. Disebabkan tarikan bunga lalang yang berwarna putih dan kekuningan itu, ramai yang berkunjung ke sini sekitar pukul 6 petang hingga ke waktu senja untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam.
Ramai juga yang sudah memuatnaik dan berkongsi foto kenangan mereka ketika berada di Kuala Ketil ini. Memang cantik! Namun, bagi yang berhasrat untuk bergambar di sini pastikan kenderaan anda diletakkan dalam jarak yang selamat di bahu jalan agar tidak mengganggu aliran lalu lintas selain berwaspada dengan haiwan berbisa yang mungkin ada di tanah terbiar berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ternganga bila dapat tahu amalan gaya hidup mewah bintang bola sepak ternama ini ketika pandemik Covid-19 melanda ke serata pelusuk dunia. Mana tidaknya, disebabkan
mahu lebih privasi dan ruang yang luas, Cristiano Ronaldo meninggalkan rumah agamnya untuk berpindah sementara ke sebuah rumah sewa berhampiran perkampungan nelayan
yang sunyi.
The Sun UK melaporkan kediaman sewa tersebut berharga 3,500 Pound atau kira-kira RM18,854 seminggu! Itu baru seminggu, kalau sebulan… cecah lebih RM75 ribu. Bintang kelab terkemuka Juventus itu dikhabarkan memilih rumah berkenaan kerana ia memiliki halaman yang luas untuk dia menghabiskan masa bersama tunangnya, Georgina Rodriguez dan empat anak mereka yang masih kecil.
Menerusi laporan Akhbar Portugal iaitu Correio da Manha pula, Ronaldo berpindah ke rumah sewa lima bilik berdekatan perkampungan nelayan di Canical yang terletak di timur Madeira. Difahamkan rumah yang didiami mereka ini dilengkapi dengan bilik permainan, gimnasium, kolam renang dan taman bagi membolehkan anak mereka, Ronaldo Jr, Eva, Mateo dan Alana Martina bermain.
Sumber itu turut berkata, “Ronaldo memerlukan ruang dan rasa terkurung di dalam apartment. Tempat barunya ini mempunyai taman yang luas dan lebih privasi. Ronaldo juga sudah biasa menjalani kehidupan yang sunyi.”
Sebelum berpindah ke rumah sewa di timur Madeira tersebut, Ronaldo mendiami kompleks apartment tujuh tingkat yang menghadap pemandangan Lautan Atlantik di Madeira yang dianggarkan bernilai 7 juta Pound atau RM35.7 Juta. Ia juga menjadi tempat Ronaldo sekeluarga menjalani tempoh kuarantin dalam mencegah wabak coronavirus. Pemain bola sepak berusia 35 tahun ini telah diminta menjalani kuarantin diri selepas rakan sepasukannya dari kelab Juventus disahkan positif Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang terkenal dengan sikapnya yang suka menyantuni rakyat jelata. Jika sebelum ini, para petugas hadapan (FRONTLINERS) dapat menikmati sendiri air tangan Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan menyajikan hidangan istimewanya kepada petugas di hospital.
Foto: Facebook Istana Negara
Kini sekali lagi Raja Permaisuri Agong menabur budi apabila berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan Facebook rasminya memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan.
Foto: Facebook Istana Negara
“Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.
Foto: Facebook Noor Hisham AbdullahFoto: Facebook Noor Hisham Abdullah
Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan tersebut.
Foto: Facebook Noor Hisham Abdullah
Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” coret Datuk Dr Noor Hisham.
Foto: Facebook Istana Negara
Semoga rantaian pandemik COVID-19 ini dapat diputuskan dengan segara dan kita dapat melakukan aktiviti harian seperti sediakala. Buat masa ini, mari kita patuh dengan seruan kerajaan dengan #dudukDiRumah atau #StayAtHome bersama keluarga. Ambil peluang merapatkan hubungan sesama keluarga. Jika ada yang mengalami kesusahan, bantu mereka mengikut kemampuan masing-masing.
Foto: Facebook Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.