Dah sedia untuk musim Pilihan Raya Negeri (PRN)? Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru sahaja mengumumkan pilihan raya di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak pada 12 Ogos 2023. Khusus buat pengundi wanita, semak 10 perkara ini mudahkan proses undian.
Tarikh ini dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang akhbar khas selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRN.
Hari mengundi awal bagi PRN juga ditetapkan pada 8 Ogos, manakala hari penamaaan calon pada 29 Julai 2023.
Ia bagi mengisi kekosongan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.
Nah, kepada kaum wanita yang menjadi sebahagian daripada jumlah 9,773,571 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mengundi dalam PRN kali ini, berikut 10 perkara perlu dilakukan untuk memudahkan proses pengundian:
Ads
(1) Tarikh mengundi ialah pada 12 Ogos 2023 manakala mengundi awal adalah pada 8 Ogos 2023.
(2) Urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 15 Jun lalu.
(3) Tarikh tutup permohonan pengundi pos kategori A (petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media) ialah pada 26 Julai 2023.
Ads
(4) Permohonan kategori A boleh dibuat secara dalam talian (online).
(5) Manakala bagi kategori B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), tarikh tutup permohonan ialah pada 8 Julai 2023.
(6) Daftar pemilih yang akan digunakan adalah yang sehingga April 2023 dan dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.
Siapa yang tidak mengenali pelakon Shukri Yahaya bukan? Pelakon yang cukup berbakat besar malah jarang sekali terlibat dengan kontroversi dan gosip-gosip liar. Pelakon yang kini membintangi drama Andai Itu Takdirnya yang kini sedang hangat ditayangkan di Astro Ria nyata punya kelompok peminatnya sendiri malah sentiasa dilihat pandai menjaga diri, ‘down-to earth’ dan profesioanal.
Namun, tiada siapa yang lebih mengenali Shukri Yahaya dengan lebih mendalam lagi jika nak dibanding dengan isteri tersayangm Tya Adnan. Baru-baru ini, Tya meluahkan rasa syukur memiliki suami yang juga seorang ayah yang baik, menerusi hantaran di akaun Tiktoknya.
Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Binti Ahmad Adnan mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang banyak berkorban untuk keluarga mereka dengan hasil penat lelahnya bekerja.
Dalam video tersebut kelihatan Shukri sedang melayan kerenah anak-anaknya dengan penuh manja dan keterujaan.
“Ayah yang hebat..suami yang hebat. Terima kasih sayang atas segala penat lelah pengorbanan you untuk keluarga kecil ini… I tahu you penat sangat.
“Semoga Allah membalas segalanya.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk you. Sayang you, I doakan you always,” ujar Tya. Video berkenaan meraih hampir 3 ratus ribu tontonan dengan rata-rata memuji Shukri Yahaya kerana sentiasa mengutamakan anak-anak serta isteri.
Untuk rekap, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Putrajaya. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Di ruangan komen pula, rata-rata ramai peminat mendoakan agar kesejahteraan pasangan sama cantik sama padan ini, malah ada yang mengharapkan tiada orang ketiga yang mencuba memusnahkan kebahagiaan rumah tangga Shukri dan Tya. NONA juga mendoakan semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui ramai para selebiti kini sedang menjalankan ibadah umrah, tak terkecuali Emma Maembong yang dikhabarkan kini berada di Mekah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar serta anak lelaki mereka, Shariq Gabriel serta keluarga. Turut serta adalah adik beradik Emma antaranya Ahmad Bakti Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Meambong.
Terkini, Emma dilihat berkongsi foto di Instagram, yang memaparkan dirinya bersama suami di hadapan Kaabah berkongsi yang dia pernah berdoa di hadapan Kaabah agar dipercepatkan jodoh pada empat tahun yang lalu.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh, doa Emma nak kahwin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma. Emma kahwin dan telah dikurniakan anak dalam tahun yang sama seperti yang Emma doakan 😭.
Dan tahun ni Emma diberikan rezeki untuk datang balik ke kaabah bersama suami dan anak, ya tuhan sekalian alam, tuhan maha mendengar lagi berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️😭.” tulis Emma
Yang menariknya, hantaran Emma tersebut dibanjiri komen-komen warga maya yang memuji penampilan Emma yang sopan dan anggun sepanjang berada di Tanah Suci Mekah, malah ramai yang mendoakan agar Emma mendapat umrah yang mabrur.
Malah ada juga netizen yang mendoakan agar Emma akan menutup aurat dengan sempurna setelah sejurus kembali ke tanah air. Turut sama ialah warga maya yang memuji kecomelan dan telatah anak Emma Maembong, Shariq yang segak dan kacak berpakaian ihram.
Untuk rekap, Emma Maembong selamat menjadi isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 19 Februari 2020 dan kini merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Shariq Gabriel yang selamat dilahirkan pada 8 November lalu jam 2.38 pagi. Apa-apapun NONA mendoakan yang terbaik buat keluarga Emma.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana bahagia yang tercipta menjadi saksi lafaz ijab kabul yang termeterai. Hiduplah dua jiwa, subur dalam ikatan penuh harmoni.
Kegembiraan menyelubungi suasana majlis ijab kabul di Masjid Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Hanya dengan sekali lafaz, An-Nuura Nasuha Rasnatrazia akhirnya sah menjadi isteri kepada YM Muhammad Faez Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Pastinya ikatan suci yang terbina ini menguntumkan senyuman gembira buat ibu Faez, YAM Datuk Seri Tengku Puteri Zahariah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj atau lebih dikenali dengan panggilan mesranya Ku Yah serta ayahanda tercinta Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Majlis eksklusif ini berlangsung dengan sempurna, dihadiri keluarga, sanak-saudara dan rakan terdekat. Sebanyak tujuh dulang dan satu sirih junjung hantaran diserahkan oleh pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan.
Bagi Tengku Puteri Ku Yah, “Ini merupakan majlis perkahwinan terakhir anak saya. Jadi saya sangat gembira sehingga tidak boleh dibayangkan kegembiraan itu. Sebagai seorang ibu, pastinya saya doakan semoga Faez dan An-Nuura kekal bahagia hingga ke akhir hayat.”
Mengimbas kembali kenangan lalu, pada tahun 1991, Ku Yah pernah menulis sendiri sebuah lirik lagu khas buat anaknya FAEZ. Sebuah lagu liriknya yang menyentuh hati dan amat bermakna dalam kehidupan yang dilalui sebelum ini.
“Oh! Masih ingat dengan lagu lama itu… Semua kenangan manis itu tinggal sebagai sebuah kenangan manis. Semua mimpi itu tinggal mimpi. Yang penting saya amat bersyukur alhamdulillah, saya masih sihat dan dipanjangkan usia diberi peluang melihat anak kelima saya ini ke jenjang pelamin jua akhirnya.
Saya sangat gembira menerima seorang menantu yang baik, solehah dan pandai ambik hati Faez,” jelas Ku Yah yang tampil anggun dan jelita. Kecantikannya daripada dulu hingga sekarang tidak perlu dipertikaikan lagi. Puteri Raja yang sangat merendah diri, baik hati dan mesra.
Majalah NONA turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan Faez dan An-Nuura, doa kami semoga jodoh kalian berkekalan dan dikurniakan ramai zuriat yang soleh dan solehah, insyaAllah. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.