Meresahkan. Mencabar. Berbeza. Mungkin inilah yang kita fikirkan tentang tahun 2020 tapi realitinya menerusi Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2020, tingkah laku kewangan rakyat Malaysia pada tahun ini tidak banyak berubah.
Sebentar tadi, pembentangan Belanjawan 2021 merekodkan perbelanjaan terbesar dalam sejarah negara iaitu membabitkan sejumlah RM322.5 billion. Ia dilihat mampu meringankan beban rakyat sewaktu berdepan impak COVID-19 yang jelas menjejaskan pertumbuhan ekonomi seluruh dunia.
Hasil tinjauan mendapati 76% rakyat Malaysia mendakwa bahawa kewangan masing-masing adalah terkawal (sedikit kenaikan daripada 69% tahun lalu).
Walau bagaimanapun, 46% responden mengakui sering membelanjakan seluruh atau lebih daripada gaji bulanan mereka. Sementara itu, 53% pula mengaku bahawa mereka tidak mampu bertahan lebih dari 3 bulan tanpa gaji dengan wang simpanan yang ada.
Golongan belia (umur 35 tahun ke bawah) lebih membimbangkan kerana 60% belia tidak mampu bertahan lebih dari 3 bulan tanpa sebarang wang simpanan.
Ads
Banyak peruntukan kali ini dikhususkan untuk tujuan pemulihan – Belanjawan 2021
“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada bulan Mac, ekonomi negara sangat terjejas. Sepanjang tempoh tersebut, ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan kukuh kerana mereka tidak boleh keluar bekerja, dipotong gaji, atau pun dihentikan kerja kerana syarikat terpaksa mengurangkan kos,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif RinggitPlus, Hann Liew.
Disebabkan wabak Covid-19, 27% masyarakat Malaysia sedar betapa pentingnya dana kecemasan. Statistik moratorium pinjaman automatik turut menyokong sentimen ini.
Menurut Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), terdapat lebih daripada 7.7 juta peminjam di Malaysia yang mengambil moratorium pinjaman. 16% responden kajian ini juga mengaku bahawa mereka masih belum mampu meneruskan pembayaran balik apabila tempoh moratorium tamat.
Ads
Di sebalik itu, pandemik ini juga telah menyebabkan satu perubahan ketara dalam tingkah laku perbelanjaan masyarakat Malaysia. 88% menyatakan bahawa mereka lebih kerap membuat pembayaran menerusi kaedah tanpa tunai atau tanpa sentuhan. Malahan, 90% responden mempunyai e-dompet dalam telefon pintar mereka.
Ads
Ini adalah kajian terbesar RMFLS oleh RinggitPlus sejak dilancarkan pada tahun 2018, dengan jumlah 10,628 responden dari seluruh negara – yang mana persampelan berstrata telah dilakukan untuk mencapai sampel yang mewakili populasi negara Malaysia.
Celik Literasi Kewangan
Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan literasi kewangan di negara ini, RinggitPlus juga mengumumkan pelancaran myRinggitHealth, satu perkhidmatan baru yang membolehkan masyarakat Malaysia mengakses dan memahami kesihatan kewangan mereka dengan segera, di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara percuma.
Pertama di Malaysia, myRinggitHealth adalah perkhidmatan integrasi di aplikasi WhatsApp yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan chatbot yang akan membantu mereka memeriksa skor kredit mereka. Apa yang menarik adalah chatbot ini juga boleh membantu membimbing pengguna dan memberikan nasihat, berdasarkan status kewangan mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia kini sedang diuji dengan banjir termasuk negeri Pahang. Situasi yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan banjir ini turut mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mengadakan lawatan mengejut kepada mereka yang terlibat dengan banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Lebih istimewa apabila Raja Permaisuri Agong yang memang terkenal kehebatan memasak di dapur telah menyediakan makanan kepada mereka yang terlibat dengan banjir di negeri Pahang.
Pada hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan dan meluangkan masa memasak bersama para petugas di PPS tersebut. Walaupun mereka yang terlibat dengan banjir ini sedang diuji tetapi beruntung kerana dapat menikmati air tangan Raja Permaisuri Agong.
Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu. Keberangkatan mengejut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mereka yang terlibat dengan banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Melayari hidup berumah tangga selama 19 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Tak dinafikan keserasian, rasa hormat, pengorbanan dan toleransi menjadi tonggak kepada perkahwinan yang berkekalan. Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 baru-baru ini, bekas personaliti televisyen Aidid Marcello titip ucapan buat isteri tercinta iaitu Norzie Pak Wan Chek.
Nama Aidid dan Norzie pernah melakar kejayaan tersendiri dalam dunia penyiaran. Kedua-duanya bertuah kerana dikurniakan bakat sebagai pengacara yang mampu menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian menyenangkan.
Bapa kepada empat anak ini sah bergelar suami kepada bekas pengacara Majalah 3 berkenaan pada 5 Mei 2005. Menyambut ulang tahun perkahwinan hampir sedekad, Aidid Marcello titip ucapan bermakna buat suri hati kesayangan atas pengorbanan yang diberikan sepanjang menjadi suami isteri.
“Dia my bestie. Tempat luah macam-macam. Orang yang tak pernah jemu bagi semangat. Penasihat yang agak garang.
Kalau bagi pandangan, aku kena tahan telinga dan sabar sebab dia akan cakap dengan ikhlas 100% tanpa jaga hati. Kalau bagus, baguslah, kalau tak bagus, dia komen panas dan bagi idea dan solution.
050505: Aku nikah dengan dia
050524 : Alhamdulillah anak 4 orang (18,16,14,11)
Sekarang semua kerja TV dia dah tinggalkan demi nak tengok dan besarkan anak-anak tersayang. Itulah bini aku yang ku sayangi Norzie Pak Wan Chek. Dah 19 tahun bersama.”
Aidid dilapor fokus menguruskan syarikat produksi miliknya sendiri. Sementara Norzie pula bersara dari dunia penyiaran demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina berusia 18 tahun, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.
jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah. Filem yang sudah bermula pengambarannya sejak Ogos 2011 tersebut bakal ditayangkan menjelang Mei 2023.
Dilakonkan oleh Farid Kamil yang memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa pula membawa watak Wan Azizah. Ketika sidang media berkenaan, Acha yang berada di Indonesia sempat berkongsi pengalamannya berjumpa dengan isteri kepada perdana Menteri Malayia tersebut.
Acha Septriasa menyifatkan Wan Azizah sebagai wanita yang mempunyai sifat keibuan tinggi. Malah beliau bersyukur dihadiahka seutas tasbih dalam satu pertemuan sebelum menjayakan karakter ahli politik berpengaruh itu dalam filem Anwar, The Untold Story, malah sempat merasai sendiri masakan yang dimasak figura politik terkemuka tersebut.
“Ketika bertemunya di sebuah hotel, dia membekalkan saya dan Farid Kamil dengan lauk-pauk yang dimasak sendiri. Azizah juga memberikan saya gelang tasbih untuk selalu mengingati Allah dan secara tidak langsung mengingati dirinya.” Jelasnya menurut sumber Kosmo.
Acha berkata demikian menerusi panggilan secara maya pada majlis sidang media filem lakonan terbaharu lakonannya berjudul Anwar The Untold Story yang berlangsung di ibu kota, semalam.
Selain Acha, filem arahan Viva Westi tersebut turut dibintangi aktor hebat lain seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Dewi Irawan, Piet Pagau dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!