Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Amat Mulia (YAM) Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang Tekstil dari University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom pada 10 Julai lepas.
Memetik kenyataan di akaun Instagram Kesultanan Pahang, kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja kepada keluarga Diraja Pahang tetapi juga kepada rakyat negeri Pahang.
Tahniah Tengku Puteri Jihan
Ads
Puteri bongsu Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini menamatkan pengajian
dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang kreatif dan teknikal seperti tekstil mencerminkan keazaman, kesungguhan serta dedikasi yang tinggi sepanjang tempoh pengajian.
Tengku Puteri Jihan yang kini meniti usia 23 tahun sering berkongsi dan memuat naik hasil rekaan teksil karya kreatifnya menerusi media sosial Jihan Studio. Pertengahan Jun lalu, Tengku Puteri Jihan menyertai 2025 UCA Grad Show yang memaparkan usaha gigihnya menjayakan projek bagi tahun akhir bertajuk ‘Cityscapes of the Future’.
Ads
Tenunan kain gabungan hitam dan putih rekaan puteri diraja Pahang ini meraih tumpuan dan pujian masyarakat yang mengagumi kreativitinya. Sekaligus mempromosikan seni warisan dan budaya Malaysia.
Ads
Semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja terus melakar lebih banyak kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi serta berupaya menyumbang ke arah pemerkasaan industri kreatif tanah air khususnya dalam memperkasa warisan tekstil tempatan di persada antarabangsa.
Diamond Dotz, jenama seni faset berlian terulung berasal dari Australia kini membuka gedung konsep pertamanya di dunia bertempat di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Seni faset berlian atau lebih dikenali sebagai lukisan berlian merujuk peda aproses menenangkan menggunakan berlian yang diperbuat daripada permata resin kecil pada kain pelekat yang telah dicetak.
Menurut pengasasnya, Lisa Lee berkata syarikat itu menyasarkan memperkenalkan seni kraf tersebut kepada generasi muda untuk membantu mereka menjauhi gajet kerana kraf tersebut berfungsi sebagai terapeutik dan baik untuk kesihatan mental.
“Zaman sekarang,bukan sahaja kanak-kanak yang terlalu ibses dengan gajet tetapi orang dewasa juga. Jadi kraf seperti ini memainkan peranan yang besar dalammengurangkan kebergantungan terhadap gajet, menghilangkan tekanan dan sebagainya,” katanya ketika majlis pelancaran baru-baru ini.
Sementara itu, Diamond Dotz merancang untuk melebarkan sayapnya ke pasaran ASEAN pada tahun hadapan.
“Diamond Dotz merancang untuk bertapak di beberapa negara ASEAN kerana kami menerima banyak permintaan terutamanya dari Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina,”katanya.
Menurutnya, jenama itu juga berhasrat untuk mencipta lebih banyak produk untuk memberi variasi kepada para pelanggannya dengan menggabungkan idea rekaan atau motif dari Arab dan Malaysia.
Tambahnya lagi, jenama Diamond Dotz merupakan kraf paling popular di dunia dan terjual di 37 negara termasuk benua Amerika dan Eropah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanyalah pada mana-mana wanita, sudah pasti keinginan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri pastinya ada selepas selamat diijabkabul bersama pasangan hati. Namun tidak semua wanita di luar sana dianugerakan rezeki terus ‘melekat’ dan melalui proses kelahiran yang diidamkan.
Bagi sesetengah wanita, pelbagai liku dan dugaan harus ditempuhi untuk hamil, dan akibatnya seorang wanita bisa rebah jika tidak betul-betul bersedia. Bahkan bukan dari fizikal saja, mental dan emosi juga perlu untuk melalui prosed pengesanan dan rawatan kesuburan. Namun mujurlah Madammu dikurniakan seorang suami, iaitu Muhammad Azri yang dilihat sentiasa berada di sisi pada setiap inci perjalanan IVFnya.
Bagi Madammu, selepas hampir 7 tahun mendirikan rumahtannga, sudah pasti keinginannya untuk hamil dan melahirkan sudah lama berbekas walaupun kehidupannya dikira ada sisi tuahnya dimana beliau dapat menumpang kasih pada ketiga anak tirinya. Sejak mengumumkan perjalanan IVFnya, ramai yang mengikuti perkembangan semasa dirinya apabila dia disarankan untuk menjalani rawatan prosedur In Vitro Fertilization atau IVF.
Bagaimana perjalanan IVF Madammu? Ujar Editor Pengurusan NONA kepada Madammu. “IVF merupakan satu journey yang saya gelar I-berusaha, di mana ia melibatkan emosi dan kesihatan. Kalau ada rezeki ada, kalau tiada kita berusaha lagi. Alhamdulillah, saya dapat menguruskan semua dengan sokongan suami”.
Dan kini, selepas hampir beberapa tahun mencuba, baru-baru ini Madammu mengumumkan kehamilannya sudah memasuki 5 minggu. Tahniah Madamu. Akhirnya selepas usaha tidak putus, khabar gembira ini dikongsikan Madammu dan suami. Tahniah NONA ucaapkan, dan diharapkan Madammu dapat menjada kandungannya baik-baik.
Untuk pembaca NONA, saksikan temubual eksklusif kami bersama Madammu memintanya berkongsi jatuh bangun empayarnya, serta misinya dalam membesar dan melahirkan zuriatnya sendiri menerusi pautan di bawah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, produk makanan sejuk beku terkenal sering menyajikan kemunculan artis-artis popular sebagai strategi pemasaran produk mereka dan ternyata strategi tersebut menjadi apabila ia berjaya menarik minat ramai untuk mencuba produk makanan yang disensasikan oleh selebriti kesayangan mereka.
Malah ramai menganggap content jenama terkenal kambing perap sejuk beku itu disifatkan sudah berada di tahap ‘another level up’.
Selepas menampilkan pelawak dan pengacara Big Stage dari seberang, Rina Rose bercakap loghat Utara di samping bakat cilik, Adik Haziq berbahasa Indonesia, terbaharu ditampilkan pula gabungan pelakon hebat, Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy.
Yayan merupakan pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Indonesia digandingkan buat kali pertama dengan Beto Kusyairy sekali gus mengembalikan memori kolaborasi mereka dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan terbaharu mereka turut berlakon dalam filem The Original Gangster. Kedua buah filem itu diarahkan Syamsul Yusof.
Gandingan Yayan dan Beto itu juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap yang ditawarkan pada harga yang amat berpatutan.
Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.
“Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.
“Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.
“Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.
“Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu,” kata Nurina Izz.
“Ada yang anggap gandingan dua bakat serumpun itu sebagai isyarat PMW akan tembus ke negara jiran. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu kami pasti teruja.
“Namun, sejujurnya, belum ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat. Tapi kami anggap ia permulaan untuk kami terus terbang tinggi dan ‘next level’ selepas lebih empat tahun memperkenalkan makanan sejuk beku atau frozen.
“Paling utama, kami mahu terus mengukuhkan legasi jenama makanan ini yang terkenal dengan tagline Citarasa Hotel, Harga Warong. Inisiatif kami itu tak pernah ternoktah. Harga mampu milik, tapi kualiti premium. Kita mahu sajikan hidangan makanan enak tanpa mengira kasta, kaum dan pangkat,” kata Nurina Izz.
Sebelum ini jenama berkenaan kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Beto, Lisa Surihani, Tomok, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi.
Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.
Menampilkan jalan cerita yang menarik apatah lagi mengubah karektor Beto menjadi watak jahat atau antagonis, pengakhiran drama pendek tersebut mempunyai mesej yang baik khususnya meletakkan wanita sebagai inspirasi nombor satu!
Ternyata, dalam apa jua keadaan, hati lelaki pasti akan cair jika wanita yang dicintainya menginginkan sesuatu. Dalam senario ini, jelas makanan menyatukan jiwa dan rasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!