Melayari hidup berumah tangga selama 19 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Tak dinafikan keserasian, rasa hormat, pengorbanan dan toleransi menjadi tonggak kepada perkahwinan yang berkekalan. Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 baru-baru ini, bekas personaliti televisyen Aidid Marcello titip ucapan buat isteri tercinta iaitu Norzie Pak Wan Chek.

Nama Aidid dan Norzie pernah melakar kejayaan tersendiri dalam dunia penyiaran. Kedua-duanya bertuah kerana dikurniakan bakat sebagai pengacara yang mampu menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian menyenangkan.

Bapa kepada empat anak ini sah bergelar suami kepada bekas pengacara Majalah 3 berkenaan pada 5 Mei 2005. Menyambut ulang tahun perkahwinan hampir sedekad, Aidid Marcello titip ucapan bermakna buat suri hati kesayangan atas pengorbanan yang diberikan sepanjang menjadi suami isteri.

“Dia My Bestie, Tempat Luah Macam-Macam,” Aidid Marcello Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-19!
Kredit Instagram @aididmarcello
“Dia My Bestie, Tempat Luah Macam-Macam,” Aidid Marcello Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-19!
Kredit Instagram @aididmarcello

“Dia my bestie. Tempat luah macam-macam. Orang yang tak pernah jemu bagi semangat. Penasihat yang agak garang.

Kalau bagi pandangan, aku kena tahan telinga dan sabar sebab dia akan cakap dengan ikhlas 100% tanpa jaga hati. Kalau bagus, baguslah, kalau tak bagus, dia komen panas dan bagi idea dan solution.

050505: Aku nikah dengan dia
050524 : Alhamdulillah anak 4 orang (18,16,14,11)

Sekarang semua kerja TV dia dah tinggalkan demi nak tengok dan besarkan anak-anak tersayang. Itulah bini aku yang ku sayangi Norzie Pak Wan Chek. Dah 19 tahun bersama.”

“Dia My Bestie, Tempat Luah Macam-Macam,” Aidid Marcello Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-19!
Kredit Instagram norziepwc
“Dia My Bestie, Tempat Luah Macam-Macam,” Aidid Marcello Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-19!
Kredit Instagram aididmarcello
“Dia My Bestie, Tempat Luah Macam-Macam,” Aidid Marcello Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-19!
Kredit Instagram @aididmarcello
“Dia My Bestie, Tempat Luah Macam-Macam,” Aidid Marcello Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-19!
Kredit Instagram aididmarcello

Aidid dilapor fokus menguruskan syarikat produksi miliknya sendiri. Sementara Norzie pula bersara dari dunia penyiaran demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina berusia 18 tahun, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.

Artikel https://www.nona.my/7-tahun-bergelar-isteri-pemuzik-hebat-genervie-kam-bahagia-di-sisi-hazama/

Aidid sebelum ini mencipta nama sebagai pengacara program Remaja bersama Che Puan Juliana Evans.

Manakala isterinya, Norzie pula merupakan pengacara program dokumentari popular Majalah 3 dan beberapa program temu bual lain di stesen TV yang sama.

Semoga ikatan perkahwinan Aidid dan Norzie kekal bahagia sampai syurga di samping anak-anak tersayang.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI