Sejauh mana pengetahuan seseorang terhadap sesuatu produk menentukan pilihannya. The Yes List dalam senarai produk kecantikan bulan Mac ini antara pilihan terbaik Nona buat wanita yang gemarkan kecantikan sempurna!
Sebelum memilih sebarang produk penjagaan wajah atau solekan, anda harus mengenali lima jenis kulit muka iaitu:
Normal: Seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan.
2. Berminyak: Kulit tampak berminyak dan berkilat selepas beberapa jam dicuci. Pilih pencuci muka dengan pH rendah (acidic) untuk memudahkan proses penyingkiran minyak.
3. Kering: Liang roma pada kulit sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci. Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol dan minyak.
4. Sensitif: Sering merasa gatal-gatal ataupun tegang dan mudah mengalami reaksi alahan apabila terkena bahan kimia tertentu Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.
5. Kombinasi: Sebahagian wajah akan berminyak, kebiasaannya pada bahagian zon-T. Sementara bahagian lain adalah kering atau sensitif. Pilih pencuci muka yang lembut pada kulit dan bilas dengan air suam.
Dapatkan kembali senyuman mekar menawan dengan gincu ikonik Rihanna, Fenty Icon Velvet Liquid Lipstick. Koleksi edisi Showstopp’r ini melancarkan debut dalam rona kesukaan pengasasnya, Riri – rona neutral rose mauve yang lembut bak baldu. Sapuan gincu ini membias kemasan matte dan tak mengeringkan bibir.
Cartier Oud Vanille
Ads
Aroma wangian terbaharu daripada koleksi The Les Heures Voyageuses karya pencipta Mathilde Laurent. Menampilkan kelembutan vanila oud manis zaman kanak-kanak, pewangi mewah ni mampu menyerlahkan daya sensual wanita hebat berkerjaya.
Innisfree Jeju Orchid
Krim anti-penuaan yang menjadi salah satu produk kegemaran wanita. Ia diformulasi dengan khasiat antioksidan terbaik Orchidelixir 2.0 yang berfungsi untuk mengunci kemudaan wajah dan menyerlahkan wajah lebih berseri-seri. Hadir dalam rangkaian esen, losen, krim mata dan krim wajah.
Ads
Make Up For Ever HD Skin Foundation
Satu layangan untuk litupan paling sempurna! Make Up For Ever kini melintasi sempadan bedak asas biasa dengan 24 rona HD Skin Powder Foundation. Dengan formula selembut sutera, bedak asas ini menyerlahkan kompleksi flawless dengan hasil sepanjang 24 jam.
Kata Rihanna, produk Melt Awf ini paling berkesan untuk menanggalkan solekannya setiap malam. Aromanya lembut seperti di spa. Paling penting sangat efektif untuk membersihkan wajah termasuk krim sunscreen kalis air tanpa mengeringkan kulit. Infusi 9 jenis minyak mewah termasuk mentega shea bertukar dari formula gel untuk wajah yang betul-betul segar selepas dibersihkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah perut buncit terutamanya di kalangan wanita sudah pasti akan mencacatkan penampilan. Lebih memburukkan keadaan apabila ada yang menegur ‘kandungan sudah berapa bulan’. Sudah tentu terbit rasa segan dan malu apabila ada yang menegur mengenai keadaan perut yang buncit itu.
Tidak kira di kalangan kanak-kanak sehingga orang dewasa, banyak faktor yang menyumbang kepada masalah perut buncit termasuk aktiviti makan secara berlebihan, peningkatan umur dan juga pengambilan makanan yang tidak seimbang.
Senaman otot perut secara teratur mungkin salah satu cara untuk mencapai matlamat mendapatkan perut yang rata. Walau bagaimanapun, terdapat perkara yang boleh membantu menjadikan perut umpama ‘papan cuci’. Salah satu cara adalah makan makanan yang boleh membantu mengawal atau membersihkan lemak dalam badan.
Nak tahu apakah makanan tersebut?
1.Makanan Bijirin
Menurut kajian, di samping diet yang sihat, mereka yang mengambil makanan biji-bijian mampu kehilangan lemak perut yang lebih berbanding mereka yang memakan biji-bijian ditapis. Ini kerana makanan biji-bijian melambatkan penyimpanan lemak di dalam tubuh. Bijirin penuh juga membantu badan berasa kurang lapar untuk tempoh lebih lama sekali gus mengurangkan tabiat mengambil makanan di antara waktu makan sepatutnya.
2.Makanan Kekacang
Benih dan kekacang mengandungi lemak mono tak tepu yang lebih mudah untuk membakar lemak semasa latihan dan aktiviti biasa berbanding jenis lemak yang lain. Atas sebab ini juga, mereka yang makan lemak mono tak tepu lebih cenderung mempunyai perut yang kecil/leper. Lemak ini juga membantu merangsang metabolisme seseorang yang sekali lagi akan membantu membakar lemak pada kadar yang lebih cepat.
3.Sayur-Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau menyediakan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Serat dalam sayur-sayuran hijau menstabilkan gula dalam darah dan melambatkan tindak balas glisemik. Tindakan ini bekerjasama untuk menghentikan lemak daripada berkumpul di bahagian perut.
4.Protein Tanpa Lemak
Ia penting untuk membentuk otot di dalam badan. Dikenali sebagai protein lean atau juga blok bangunan untuk otot badan. Kehadiran protein ini akan mengurangkan kewujudan lemak di kawasan berkaitan. Satu lagi manfaat besar yang diperoleh daripada protein tanpa lemak adalah ia meneutralkan paras insulin di samping meningkatkan metabolisme. Antaranya adalah ikan.
5.Minyak Zaitun
Satu pilihan yang baik untuk memasak adalah menggunakan minyak zaitun kerana ia tergolong dalam lemak mono tak tepu. Dalam kajian yang dicatatkan di dalam Jurnal Pemakanan British menunjukkan bahawa produk-produk makanan seperti minyak zaitun membantu memecahkan lemak yang disimpan di dalam badan. Setelah lemak dipecahkan, lebih mudah untuk badan melepaskan dan menghapuskan lemak. Oleh itu, ganti minyak dalam diet anda yang mengandungi lemak tepu dengan minyak zaitun untuk meningkatkan kehilangan lemak perut anda. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali pandang, macam gadis Jepun. Cantiknya Nadiah Ramli! Selamat bergelar isteri pada 21 Februari lepas, Nadiah merupakan anak perempuan kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Pernikahan Nadiah terpaksa diadakan secara sederhana ketika memandangkan situasi Covid-19 namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat yang menjadi saksi hari bersejarah dia dan suami tercinta, Taufiq Nadzri.
Berkongsi perkenalan awal dengan suami kepada followers di Instagram, Nadiah menjelaskan mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira empat tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.
Ketika itu Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah namanya ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’
Menerusi gambar-gambar di majlis ijab kabul Nadiah dan Taufiq, jelas kelihatan wajah syukur dan gembira kedua-dua mempelai. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.
Credit : @ihsansinsunCredit : @ihsansinsun
Paling mencuri tumpuan ialah wajah penuh ayu yang dimiliki Nadiah. Ternyata dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Ibu Nadiah merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Difahamkan Nadiah pernah bertugas di Universal Muzik.
Terdahulu, Nadiah mengikat tali pertunangan bersama Taufiq pada Februari 2020.
Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Hritrik Roshan adalah antara superstar di arena perfilemen Bollywood. Pasti ramai di kalangan pembaca NONA membesar dengan filem-filem lakonannya seperti Kaho Naa Pyar Hai, Kabhi Kushi Kabhie Gham, Krrish, Koi Mil Gaya dan lain-lain.
Dan baru-baru ini dunia hiburan Bollywood digemparkan apabila Hritrik dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Saba Azad tidak lama lagi. Menurut laporan Geo.TV, hubungan pasangan ini dihidu sejak beberapa bulan lalu dan sumber mendedahkan mereka dalam perancangan mendirikan rumah tangga.
Memandangkan Hritrik adalah nama besar dalam dunia Bollywood, pastinya ramai menjangkakan dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan wanita yang setaraf dan lebih menawan dari bekas isterinya, Suzanne Khan. Namun, ramai mengecam perhubungan Hritrik dengan kekasih barunya, Saba Azad memandangkan perbezaan umur yang jauh diantara mereka berdua, sehingga mereka berdua tampak seperti bapa dan anak.
Namun, Saba Azad bukanlah calang-calang orangnya. Walaupun namanya tidak segah bintang Bollywood yang lain, rupa-rupanya Saba Azad ini boleh dikatakan seorang wanita yang classy, anggun di kelasnya sendiri. NONA senaraikan antara beberapa fakta menarik tentang Saba Azad yang perlu anda tahu.
Nama sebenar Azad ialah Saba Singh Grewal.
2. Saba Azad merupakan anak saudara kepada artis teater terkenal India dan penulis drama komunis Safdar Hashmi.
3. Saba Azad memulakan kerjaya lakonannya bersama kumpulan teater arwah bapa saudaranya, Jana Natya Manch di Delhi, di mana dia bekerja dengan orang kuat industri seperti Habib Tanvir dan MK Raina.
4. Azad berpindah ke Mumbai dari Delhi dan mula membintangi drama arahan Makarand Deshpande yang dipentaskan di Teater Prithvi.
5. Filem pertamanya ialah dalam filem pendek Guroor yang diterajui oleh pengarah Ishaan Nair.
6. Dia membuat debut Bollywoodnya pada tahun 2008 menerusi filem Dil Kabaddi Anil Senior, yang turut dibintangi oleh Irrfan, Rahul Bose dan Soha Ali Khan.
7. Azad ialah seorang pemuzik dan penyanyi popular dalam industri persada muzik indie India dan merupakan ahli umpulan elektronik popular Madboy/Mink.
8. Azad membuka syarikat teaternya sendiri The Skins pada 2010 dan mengarahkan drama pertamanya Lovepuke yang ditayangkan di teater eksperimen NCPA pada September 2010. Baru-baru ini Saba Azad membintangi siri web Rocket Boys.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.