THOPY, Penyebab Individu SUKAR BERJALAN! Ketahui Punca & Rawatan Penyakit Ini

Kita biasa mendengar tentang penyakit gout iaitu sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami bengkak terutama melibatkan anggota kaki hingga sukar berjalan. Namun apabila memperkatakan tentang Tophy, pasti ramai yang seakan terpinga-pinga.

Menurut Dr Abdul Rahim, Thopy adalah penyakit gout. Seperti yang sedia maklum, gout

adalah penyakit arthritis disebabkan oleh hyperuricemia iaitu plasma urate/urik asid dalam darah melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL). Asid urik ini terhasil daripada pemecahan makanan yang tinggi purin atau protein. Ia berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi serta menyebabkan rasa sakit.

Apabila gout menyerang di sendi-sendi lutut, pergelangan kaki dan lengan, siku, jari tangan dan kaki serta tapak tangan, ia akan bengkak. Pada ketika ia membengkak inilah dipanggil Thopy yang berisi garam atau kristal urik asid yang mengakibatkan anggota badan terlibat berwarna merah, panas selain amat sakit sampai tidak boleh bergerak atau jalan. Tidak dinafikan juga hingga ada yang demam!

Semuanya kerana pemendapan asid urik yang membentuk hablur / kristal garam seperti jarum yang tajam dan membuatkan sendi bengkak & sakit.

RAWATAN

  • Pesakit boleh mengambil ubat Antigout seperti Alluperinol, Zylorik dan Calchocine atau sebagainya.
  • Dr Abdul Rahim juga akan melakukan satu prosedur menyedut bahagian bengkak di sendi lutut yang membentuk hablur / kristal gout.
  • Dibedah untuk mengeluarkan asid urik. Ia akan mengeluarkan bahan seperti kapur putih. Itu adalah kristal urik asid yang cair sebelum membentuk cecair sama yang lebih keras.

 

Sumber: Facebook Dr. Abdul Rahim

IKLAN
Share