Tiada Lagi ‘Sticker’, NEELOFA Dan Suami Kini Terbuka Tayang Wajah Anak Kedua Abdullah Abbas

Siapa menyangka, selebriti dan usahawan popular, Neelofa buat pertama kali terbuka untuk berberkongsi wajah anak kedua mereka Abdullah Abbas, melalui hantaran di Instagram Story (IGs), malam tadi.

Biarpun hanya mendedahkan wajah anaknya itu melalui pantulan cermin, namun, tindakan mengejut Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noo berkongsi wajah puteranya membuktikan beliau berpegang teguh kepada janji untuk berkongsi wajah Abbas apabila tiba masa sesuai.

Aksi Abbas itu dirakam ketika bayi itu menjalani sesi fotografi khas dipercayai dilakukan di sebuah studio. Menerusi hantaran lain, pengacara Next To Neelofa itu turut memuat naik foto bayinya itu sedang meniarap.

Sementara itu, bekas pengacara Nona berumur 34 tahun itu turut berkongsi entri yang memaparkan suaminya, PU Riz atau nama sebenar, Muhammad Haris Ismail, 27, sedang mendukung Abbas.

Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di IG, bulan lalu, Neelofa yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot turut ‘payung’ wajah Abbas secara sipi-sipi. Ini membuatkan ramai teruja dan sudah tidak sabar ingin melihat wajah comel si kecil ini.

Malah ramai yang bergurau mengatakan tiada lagi ‘sticker’ yang dipaparkan pada foto gambar anaknya memandangkan sebelum ini Neelofa dan Haris meletakkan sticker di potret keluarganya sebelum menayangkan wajah Bilal untuk tontonan umum.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022, dan anak kedua Abdullah Abbas dilahirkan 11 Julai lalu.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share