Tiada Tradisi Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-95, Ratu Elizabeth II Masih Berkabung

Tanggal 21 April biasanya merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Britain kerana mahu melihat tradisi sambutan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II. Tradisi seperti kibaran bendera di bangunan kerajaan dan perarakan kereta kuda yang kebiasaannya menjadi pelengkap hari istimewa itu. Sambutan ulang tahun kelahiran disambut meriah dengan tembakan hormat.

Foto: Instagram @queenelizabethiiuk

Namun, sudah dua tahun acara ini tidak dijalankan. Pada tahun lalu sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-94, Ratu Elizabeth II telah membuat keputusan tidak mahu meneruskan acara tradisi ini kerana menghormati situasi negara yang tidak stabil akibat pandemik COVID-19. Keputusan ini pertama kali berlaku selama 68 tahun pemerintahannya.

Foto: Instagram @queenelizabethiiuk

Tahun ini pula, sekali lagi Ratu Elizabeth II bertindak tidak mahu meneruskan acara tradisi tersebut kerana berkabung dan masih lagi bersedih dengan kehilangan suami tercinta, Putera Philips yang dikebumikan pada 17 April lalu. Duke of Edinburgh itu telah meninggal dunia pada 9 April lalu di usia 99 tahun.

Foto: Instagram @queenelizabethiiuk

Dalam pada itu, Ratu Elizabeth II ini telah mencipta sejarah dunia apabila menjadi raja pemerintah tertua di dunia iaitu selama 66 tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Ratu England pada 2 Jun 1953 ketika berusia 25 tahun. Seperti yang kita tahu, Putera Charles merupakan pewaris takhta kerajaan ini.

Foto: Instagram @queenelizabethiiuk

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II gembira dengan pengumuman Putera Harry dan Meghan Markle yang bakal menimang cahaya mata kedua. Baginda telah menzahirkan perasaannya melalui jurucakap Istana Buckingham kepada portal T&C. Bayi kedua Putera Harry dan Meghan Markle akan menjadi cucu ke-10 atau ke-11 Ratu Elizabeth II bergantung kepada tarikh bersalin seorang lagi cucu banginda, Zara Tindall, yang sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Disember lalu.

Foto: Instagram @queenelizabethiiuk
Foto: Instagram @queenelizabethiiuk
IKLAN
Share