Tiba-tiba Rindu Makan BAULU GEBU, Hanya Guna 3 Bahan, Blender & Sandwich Maker, DAH SIAP

Bila lama-lama duduk rumah dan tak digalakkan keluar ke mana-mana aktiviti mak-mak biasanya keluar masuk dapur je kan? Masa ini lah macam-macam yang teringin nak makan. Nak keluar beli pula, kita hanya boleh keluar dalam radius 10 kilometer saja. Nak tak nak semua kena masak sendiri kan.

Petang-petang macam ni memang sedap makan baulu. Tekak pun teringin nak makan baulu tapi tak ada acuan yang diperbuat daripada tembaga tu, apa tah lagi nak cari sabut untuk bakar baulu. Tapi jangan risau, kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga, kan? Guna saja apa yang ada di dalam rumah seperti blender

dan sandwich maker.

Bahan-bahan;

1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila (tak ada pun tak apa)

Cara membuat;

1. Masukkan telur dan gula ke dalam blender. Kisar bahan ini sehingga kembang lebih kurang dalam 6 minit.
2. Bila telur dah kembang, masukkan esen vanila dan tepung.


3. Sapukan minyak atas pan

sandwich maker kemudian masuk adunan ke dalam acuan.
4. Bakar sehingga lampu di sandwich maker bertukar menjadi hijau atau lebih kurang 5 minit.

Dah siap untuk di makan bersama teh panas petang ini.

IKLAN
Share