Tinggalkan Ciri LELAKI Seperti Ini Bila Memilih Pasangan, Pesan PROF MUHAYA!

Hati-hati bila memilih pasangan. Hendak cari teman lelaki memang senang tapi hendak cari orang yang mahu berkahwin dengan kita payah. Itu bait-bait pesanan yang dititipkan kakak kepada Datuk Prof Dr Muhaya ketika beliau mula-mula masuk universiti. Berpeluang membicarakan soal teman hidup kepada pengikut setianya menerusi laman sosial, pakar motivasi ternama ini pantas berkongsi pengalaman.

Ujarnya, “All ladies out there walau sesiapa pun lelaki yang berkawan dengan you

, kalau kawan sebulan.. seminggu, no mention of getting married, tak jumpa mak ayah you, please jangan tertipu.

Sebab kita wanita masa muda macam barang perhiasan. Kalau kita bebas, boleh dibawa keluar… dia belanja kita, kita belanja dia, have fun saja, you are destroying your life. You are wasting your time and you are wasting your money because bila kita berkawan kalau tak ada tujuan untuk perkahwinan ikut sunah, memang sia-sia.

Whoever contact with you now, tengok solat dia. Is he a husband material.. is she a wife material. If not, don’t waste your time.”

Sementara itu, Prof Muhaya turut menjelaskan situasi golongan muda masa kini yang sukar mendirikan rumah tangga meskipun telah menemui pilihan hati masing-masing. Agak mengejutkan apabila beliau memberitahu antara penyebab mereka menunda perkahwinan adalah disebabkan wang.

“Ramai orang nak mendirikan rumah tangga, dah jumpa cinta tapi banyak orang saya jumpa beritahu nak simpan duit. Nak simpan duit untuk apa? Untuk belanja kahwin. Kenapa belanja kahwin? Sebab belanja yang tinggi.

Wanita yang yakin diri tak perlu mahar yang tinggi sebab dia yakin nilai diri dia pada ketakwaan bukan mahar dia. Apa kata, siapa yang lambat kahwin tu tunjuk video ini pada emak ayah. Stop plan the wedding.. plan the marriage.

Plan the marriage dengan kahwin awal sebab takut lambat kahwin banyak maksiat pergi dating.

Don’t waste your time dating. Buat istikarah, kalau betul kahwin simple majlis.. then rancang perkahwinan dan duit belanja tu kita guna untuk beli rumah dan sebagainya.”

 

 

Kredit: Instagram Prof Muhaya

IKLAN
Share