Dunia kehilangan seorang lagi pereka fesyen dan pencipta wangian tersohor, Paco Rabanne atau Francisco Rabaneda Cuervo. Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 3 Februari 2023 lalu pada usia 88 tahun di Portsall, Perancis.
Perkhabaran duka itu disampaikan sendiri oleh Kumpulan Puig melalui sebuah kenyataan di laman web rasminya. Tanpa menyatakan sebab kematian, Pengerusi dan CEO Puig, Marc Puig berkongsi perasaan sedihnya terhadap kehilangan lelaki asal Sepanyol tersebut.
Menurut The Guardian, Paco Rabanne terlebih dahulu menceburi bidang seni bina selama 10 tahun sebelum menyertai dunia fesyen. Lelaki tersebut merupakan siswazah lulusan seni bina dari Ecole Nationale Superieure des Beaux-Arts.
Bagi menampung yuran pengajiannya, mendiang mengambil upah mereka barangan kemas dan butang daripada couturiers Christian Dior serta menjual sketch kepada Charles Jourdan.
Mendiang mula mereka busana dan aksesori pada tahun 1966, seterusnya mencipta kemasyhuran dalam industri.
Dilahirkan pada 18 Februari 1934, Paco Rabanne dikenali sebagai seorang pereka yang suka bereksperimen.
Mendiang pernah meluncurkan koleksi perdana bertajuk Twelve Unweareable Dresses in Contemporary Materials, iaitu gaun-gaun yang terbuat daripada besi, kertas dan plastik.
Meskipun percaya tiada sesiapa pun mungkin berminat memakai rekaan tersebut, namun ia berjaya melonjakkan nama Paco Rabanne sebagai perancang busana avant garde yang memadukan teknik adi busana tradisionald dengan rekaan space-age.
Bersama Yves Saint Lauren, Paco Rabbane muncul sebagai salah satu pereka pertama yang menampilkan model kulit putih dalam peragaan busana pada 1960-an. Mendiang bersara pada 1999. Salam takziah buat ahli keluarga dan peminat pereka fesyen legenda ini.
************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
************