Pernah digelar aktres bermasalah, kini Lindsay Lohan makin jelita selepas bergelar ibu dan isteri, bukti wanita di tangan lelaki yang tepat.
Penampilan terkininya di karpet merah Vanity Fair Oscar Party 2025 membuat ramai terpukau. Lindsay Lohan tampil anggun dalam gaun putih Balenciaga digayakan bersama kalung zamrud dan rambut perang bergaya Soft Gloss Blonde, persis ratu filem klasik.
Kemunculannya turut menandakan kebangkitan semula dalam dunia lakonan apabila aktres ini kembali sebagai watak Anna dalam sekuel Freakier Friday, yang bakal ditayangkan pada 8 Ogos 2025.
Lindsay Lohan
Lebih bermakna kali ini, peminat bukan sahaja menyaksikan pelakon ikonik ini kembali ke layar perak tetapi juga perubahan luar biasa yang dilaluinya dari segi imej, personaliti dan kehidupan peribadi.
Masih segar dalam ingatan ramai, sekitar 2013 nama Lindsay sering menghiasi tabloid dengan kisah-kisah pahit melibatkan ketagihan alkohol dan dadah.
Karier yang bermula sejak usia tiga tahun sebagai model iklan dan melonjak naik menerusi filem-filem popular seperti Mean Girls, Freaky Friday dan The Parent Trap, hampir musnah akibat fasa gelap yang melanda hidupnya. Namun, masa dan keberanian untuk berubah membentuk Lindsay yang baharu, lebih tenang, lebih matang dan jauh lebih menawan.
Warna rambut blonde rupanya memang sesuai sangat dengan tona kulit serta personaliti Lindsay, tapi kenalah guna produk pewarna atau peluntur yang selamat. Yang nak cari pilihan tepat, boleh tekan link ni:
Segala perubahan ini mula terserlah selepas perkahwinannya dengan Bader Shammas, seorang lelaki Kuwait yang bekerja dalam sektor kewangan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga secara senyap pada 3 April 2022, jauh dari sorotan kamera dan lensa paparazi.
Setahun kemudian, mereka menyambut kehadiran cahaya mata pertama, seorang anak lelaki comel bernama Luai, yang membawa makna ‘pelindung’ dalam bahasa Arab.
Lindsay kini menikmati fasa kehidupan sebagai isteri dan ibu dengan penuh syukur. Dalam satu percutian mereka di Monaco, Bader pernah meninggalkan komen manis di Instagram, “My life. And what a blessing you are,” merujuk kepada Lindsay sebagai anugerah dalam hidupnya.
Kehidupan rumah tangga mereka kelihatan stabil, penuh privasi namun sarat kasih sayang… jauh berbeza dengan sisi liar Lindsay suatu ketika dahulu.
Apa yang lebih menyentuh, kecantikan Lindsay seolah-olah makin menyerlah sejak berumah tangga. Kulitnya tampak bersinar, tubuhnya sihat dan senyumannya memancarkan ketenangan yang sukar dilakonkan.
Bukan sekadar transformasi fizikal, tetapi juga pancaran bahagia dari dalam. Bukti bahawa wanita, apabila dicintai dengan ikhlas oleh lelaki yang tepat, akan berbunga seindahnya.
Ads
Cantiknya rambut Lindsay, boleh amalkan produk syampu dan perapi favourite dia, beli terus kat link ni dapat harga istimewa!
Daripada seorang remaja bermasalah kepada ikon wanita yang menginspirasikan, Lindsay Lohan hari ini berdiri sebagai bukti kekuatan seorang perempuan yang berani melawan takdirnya sendiri.
Dan dalam setiap langkah kembalinya ke dunia hiburan, kita tidak hanya melihat seorang bintang tetapi seorang wanita yang akhirnya menemui sinar sebenar dalam hidupnya.
Bagi mereka yang gemar menonton video masakan pastinya mengenali Chef Burak Ozdemir yang popular dengan trademark ‘tersenyum’ sambil memasak. Disebabkan trademark tersebut, namanya tular di platform TikTok dan Instagram tahun lalu.
Jejaka kelahiran Turki yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci dan berusia 27 tahun ini sangat terkenal dengan video masakan menu Timur Tengahnya yang dihasilkan dalam skala besar. Setakat artikel ini ditulis, Chef Burak mempunyai 22.4 juta pengikut di Instagram. Hebat betul auranya!
Pun begitu menerusi beberapa video terbarunya, Chef Burak tampil berbeza kerana senyumannya yang selama ini menjadi daya penarik telah ‘hilang’. Sehingga membuatkan para pengikutnya berasa janggal dan tertanya-tanya.
Chef Burak tidak melontarkan senyuman ketika memasak, sebaliknya berwajah serius sebagai tanda solidaritinya terhadap rakyat Palestin. Dalam satu video ringkas, Chef Burak turut melontarkan suara kemanusiaannya sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Yahudi terhadap penduduk Gaza.
Salah satu videonya yang memaparkan makanan yang dihasilkan diwarna mengikut bendera Palestin iaitu hitam, merah, putih serta hijau. Video tersebut meraih lebih 3 juta tanda suka.
Gemar memasak sejak kecil dan bekerja di restoran kecil milik keluarganya.
2. Bakat memasak diwarisi daripada bapanya yang juga merupakan seorang Chef.
3. Terkenal dengan hidangan bersaiz besar dan gemar tersenyum ketika memasak.
4. Pemilik restoran Hatay Medeniyetler Sofrasi Aksaray yang terletak di Istanbul.
5. Selain terkenal dengan kepakarannya dalam masakan, Chef Burak juga seorang dermawan dan peramah. Bukan hanya terhadap sesama insan bahkan Chef Burak gemar memberi sumbangan kepada shelter untuk anjing dan kucing liar.
6. Merupakan ahli Bulan Sabit Merah Turki. Sering melakukan derma dalam skala besar baik sebagai ahli Bulan Sabit Merah mahupun secara peribadi.
7. Sering membantu dan menyantuni golongan kelainan upaya. Memetik kata-kata Chef Burak “Only obstacle in this life is not being loved or to love.”
Walaupun hari ini telah diumumkan bahawa pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuatkuasa awal pagi tadi, diharapkan agar detik getir ini tidak akan berulang. Semoga Palestin selamanya bebas daripada ‘gangguan’ pihak tidak bertanggungjawab itu seterusnya hidup dalam suasana aman, Insha-Allah.
Kredit Foto: Instagram @cznburak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan Shadila Halid yang dimaksudkan ini. Sebenarnya pemilik nama tersebut merupakan isteri kepada selebriti popular, Alif Satar. Shadila yang kini berusia 34 tahun dan memiliki dua orang cahaya mata perempuan nyata seorang yang cukup penyayang dan memahami kerjaya suami tercinta.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama Alif Satar pada 15 September 2014, Shadila mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pengurus jenama bagi sebuah syarikat telekomunikasi atas permintaan Alif yang mahu isterinya itu memberi tumpuan penuh kepada anak-anak dan keluarga.
Bertuah Alif dikurniakan seorang isteri yang taat dan cantik seperti Shadila. Meskipun bergelar isteri kepada selebriti namun Shadila dilihat lebih selesa tampil low profile dan kelibatnya agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan tanah air. Tapi sebaik menjadi peneman hidup kepada Alif, tentu saja dia turut terkena tempias dunia glamor dan tidak terlepas menjadi perhatian khalayak.
Apa yang menarik perhatian kami baru-baru ini, Shadila ada memuat naik kapsyen menarik tentang pengalamannya ketika hamil anak keduanya, Ariana Mecca Muhammad Alif yang menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya hari ini, 2 Februari. Sesungguhnya apa yang dikongsikan ibu muda ini sangat menyentuh perasaan dan menyuntik semangat yang hebat buat seluruh kaum wanita bergelar ibu.
“Apabila Alif beritahu mahu mengerjakan umrah, saya mengaku rasa sangat gementar sebab waktu itu saya sedang sarat hamil. Saya asyik berfikir, ‘Mampukah saya lakukan?’ dan bermacam-macam lagi. Lepas tawaf, kami mula bersaie dan pada waktu itu juga tiada lain yang mampu saya fikir melainkan anak sulung, Alisha dan bayi yang sedang dikandung.
Ariana Mecca
Pada mulanya agak susah untuk saya berjalan tapi apabila mengenangkan kembali peristiwa Siti Hajar yang berlari berulang-alik mencari air dan pertolongan untuk anaknya, saya terus bersemangat dan mampu selesaikan saie dengan mudah. Nama Ariana Mecca akan selalu mengingatkan saya tentang kejadian yang berlaku di Mekah lebih setahun yang lalu.
No matter how old you are, Ariana, please remember there is nothing I wouldn’t do for you and Kakak Alisha. Mama and Daddy promise we will give you two so much love and happiness. We will have the best time seeing you grow up! Just please be a good Muslim lady,” titip Shadila.
Hasil perkongsian hidup dengan Alif selama hampir empat tahun, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Alisha berumur 3 tahun dan Ariana Mecca, setahun.
Sumber: Instagram @shadilahalid
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling I rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk. Of course ramai kata solat je, biar je diorang main or nangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Netizen Turut Berkongsi Tip Kepada El!
NONA sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan…solat jemaah lepastu anak panjat basikal nak panjat belakang daddy dia….Allah khusyuk tu mmg mahal.
“Sama lah El,sama cm anak sy abg nyaa lagi pintar hurmm nk solat yg khusyuk mungkin hurmmm susahh tpi try laa walau susah.
“Try guna slow apparoach.. transitional bed dulu.. meaning si abang ada bed sendiri tapi dlm bilik yg sama dgn parents.. once dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri baru slowly ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Datin Sri Muhaini Zainal Abidin menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 dalam suasana bahagia dikelilingi anak dan cucu. Isteri kepada Dato’ Sri Ismail Sabri ini kekal tenang, lembut dan penuh kasih dalam menyokong keluarga di balik tabir.