Jerawat umpama ‘musuh tradisi’ terutama bagi wanita. Kemunculan jerawat sering membuatkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Parut jerawat pula boleh meninggalkan kesan hitam dan tekstur kasar pada kulit.
Selebriti Hollywood tidak terkecuali. Mereka juga mengalami masalah jerawat. Biarpun tidak boleh hilang begitu sahaja, cara selebriti-selebriti ini boleh dijadikan panduan.
KENDALL JENNER
Kendall Jenner sendiri mempunyai cara untuk menangani masalah jerawat dan mengekalkan kesihatan kulit wajahnya setiap hari. Kaedahnya sangat mudah dan semula jadi.
Ads
Kendall kerap melakukan senaman ringan, makan makanan yang sihat, mengelakkan gula-gula, dan minum banyak air. Bagi Kendall, untuk mendapatkan wajah yang sihat dan cerah adalah dengan minum banyak air.
VICTORIA BECHKAM
Victoria Beckham percaya, untuk memiliki kulit yang cantik adalah menyuburkannya dari dalam. Selebriti dan model terkenal ini mengamalkan makan salmon setiap hari. Hasilnya, kulit tidak mengalami masalah jerawat yang serius.
Ads
Victoria memulakan tabiat sihat ini selepas berjumpa dengan pakar dermatologi, Dr Harold Lancer yang turut menguruskan keluarga Kardashian. Salmon kaya dengan asid lemak omega-3, yang dapat membantu menyuburkan kulit, membersihkan pori-pori dan mengurangkan keradangan.
MILEY CYRUS
Penyanyi ‘Wrecking Ball’ ini memilih makanan organik untuk kesihatan dan kebersihan wajahnya.
Bukan itu sahaja, Miley juga mengambil ubat daripada doktor bagi menghilangkan jerawat di mukanya.
Ads
NATALIE PORTMAN
Sejak menjadi vegan, Natalie mengakui kulit wajahnya tidak pernah berjerawat. Jika anda ingin mencubanya, lakukan perlahan-lahan.
Bila sudah terbiasa, anda boleh ke peringkat seterusnya iaitu menjadi vegetarian. Kemudian menjadi vegan seperti Natalie Portman.
Kredit Foto: Instagram Ru
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun pemakaian pelitup muka efektif untuk menghindari jangkitan COVID-19, namun ia didakwa boleh mengakibatkan masalah kulit khususnya di sekitar bibir. Bibir juga kelihatan kering apabila kita tidak menggunakan produk penjagaan bibir yang sesuai.
Bagi yang mengalami masalah bibir, boleh amalkan petua yang disyorkan oleh pakar dermatologi ini.
(1) Elakkan pakai pelitup muka selepas mekap
Pemakaian mekap seperti bedak asas, gincu dan pemerah pipi di sebalik pelitup muka boleh menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus mencetuskan jerawat maskne.
(2) Sapu pelembap muka dan bibir
Sentiasa gunakan pelembap muka yang bersesuaian dengan jenis kulit dan juga pelembap bibir sebelum anda memakai pelitup muka.
(3) Buka pelitup muka empat jam sekali
Amalkan membuka pelitup muka setiap empat jam sekali selama 15 minit di tempat yang tidak sesak. Ini penting agar kulit dapat bernafas dengan baik.
TIP BIBIR RANUM
Skrub bibir 2 x seminggu untuk buang sel kulit mati.
Jangan jilat bibir agar kulit tak bertambah kering.
Gunakan balm bibir dengan kandungan shea butter, jojoba oil dan sunflower oil.
Kerap minum air.
Tanggalkan gincu sebelum tidur.
Gunakan gloss bibir.
PRODUK PILIHAN NONA
Fenty Beauty Gloss Bomb
Untuk bibir berkilau bak sentuhan kaca, oleskan Fenty Beauty Gloss Bomb edisi terhad sempena musim percutian ini. Didatangkan dalam empat warna baru, Cake Shake, Baby Brut, Taffy Tease dan Ruby Milk yang sesuai untuk semua warna kulit. Saiz mininya juga sesuai dijadikan hadiah buat wanita tersayang.
Milani Keep It Full Lip Plumper
Bayangkan mekap berkelas tinggi tanpa tag harga yang tinggi. Olesan Milani Lip Plumper ini bukan saja melembapkan bibir malah menjadikan ia lebih mungil dan ranum. Tidak hairanlah begitu ramai beauty guru dan influencer terkemuka cukup menggemarinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar usahawan kecantikan, isteri jelita Saharul Ridzwan diberi pengiktirafan atas kejayaannya mengemudi bisnes kecantikan iaitu Qaabila Skincare. Selaku pengasas bersama dan Pengarah Kreatif jenama tersebut, Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir selayaknya menerima pengiktirafan berkenaan kerana kualiti produk yang kian mendapat tempat di hati pelanggan.
Bukan hanya bijak menguruskan empayar niaga, Deena juga dikagumi kerana merupakan seorang isteri dan ibu berdikari serta bertanggungjawab.
Bahkan sebelum berkahwin dengan aktor kacak tersebut lagi, dia sudah pun mempunyai legasi sendiri dan pemilik Wrap Boutique House.
Baru-baru ini Deena berkongsi kejayaannya menerima penganugerahan daripada sebuah organisasi.
Turut menemani wanita cantik ini ialah suami tercinta, Saharul Ridzwan yang segak mengenakan tuksedo.
Ujar Deena yang kelihatan elegan dalam persalinan glamor, “MasyaAllah alhamdulillah. Here’s to another beautiful and blessed night.
Congratulations Qaabila Skincare’s team. Let’s fly high! Thank you Niaga Times for the opportunity given.”
Isteri jelita Saharul Ridzwan ini berketurunan Melayu-Arab dan menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 pada Januari lalu. Sepanjang pembabitan Deena dalam perniagaan, dia pernah menjual busana Muslimah termasuk tudung.
Beruntungnya Saharul Ridzwan dikurniakan isteri yang bukan je taat tapi pandai berniaga. Deena Emir ni memang lambang wanita muslimah berjaya dan patut dijadikan inspirasi. Bahkan penampilan Deena yang cukup sopan dan menjaga aurat sebagai wanita juga sejuk mata memandang.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 16 September 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahra dan Khadijah Alkubraa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang stres kalau memiliki kulit kering. Lebih-lebih lagi kalau di ofis duduk dalam bilik berpendingin hawa dan tidur malam pun dalam bilik pasang pendingin hawa. Kulit kering ini bukan sahaja punca solekan berkuping malam membuat kulit tidak bermaya. Jika ada tergolong dalam zon kulit kering, jangan berlengah lagi. Ini adalah solusi pilihan krim pelembap yang wajib ada!
Shiseido Essential Energy Moisturizing Cream
Wanita di ambang awal 30an bergelut dengan kerjaya, keluarga dan keperluan peribadi yang tiada tara. Kebiasaannya pada usia begini wanita sudah mula mengabaikan kepentingan penjagaan kecantikan kulit akibat kesuntukan masa. Lantas Essential Energy Moisturizing Cream daripada Shiseido ini memenuhi keperluan yang didambakan oleh setiap wanita. Mengangkat visi agar generasi akan datang terus memelihara kulit walau dipagut usia dan dikejar oleh waktu. Keupayaan krim ini memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit menjadi igauan setiap wanita.
Setelah penat bekerja seharian kulit menjadi letih akibat terdedah kepada suhu yang tidak menentu dan juga akibat pendingin hawa yang keterlaluan serta solekan yang terlalu lama di atas permukaan kulit. Ketika di malam hari adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan kulit dan membenarkan nutrisi terpenting meresap masuk. Sothys telah memperkenalkan sebuah krim malam yang mampu merawat kulit di waktu malam demi kesejahteraan dan kecantikan kulit secara semula jadi. NO₂ctuelle™ Detox Resurfacing Overnight Cream adalah krim malam yang diperkaya dengan vitamin C yang kaya dengan antioksida dan merangsang penghasilan kolagen baharu.
Estee Lauder Perfectionist Pro
Estee Lauder telah mengambil pendekatan holistik dalam rejim penjagaan wajah dengan memperkenalkan Perfectionist Pro Rapid Firm + Lift Treatment Acetyl Hexapeptide-8 terbaharu. Menjanjikan kulit anjal di tiga daerah kritikal iaitu pipi, tulang rahang dan garisan senyum yang degil. Hanya dalam tiga hari pasti sudah menampakkan perubahan yang diidamkan oleh setiap wanita.
Lancôme Advance Génifique Eye
Daerah mata merupakan pandangan pertama terlihat oleh pandangan. Mata juga adalah refleksi diri yang gembira, sedih atau penat. Oleh itu menjaga kulit di sekitar daerah mata perlukan penjagaan ekstra. Lindungi kulit mata dengan Advance Génifique Eye yang berkuasa melalui konsentrasi ultra probiotik dan kandungan ikonik aktifnya. Justeru kulit bawah mata lebih kuat dan terlindung daripada kesan yang tidak diingini.
Swiss Line Cell Shock Luxe-Lift
Siapa kata penuaan tidak boleh ditangguhkan? Melalui bidang sains anti penuaan digabungkan bersama-sama dengan bibit-bibit kemewahan melalui paparan lembut Swiss line Cell Shock Luxe-Lift. Koleksi krim yang terbaik demi kekal kelihatan muda. Formula Cell Shock Luxe-Lift telah diperkaya dengan Kolagen Marin, satu bentuk kolagen tulen yang boleh dilarutkan; dan asid-asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam sutera, untuk memberikan output maksimum dalam pembinaan protein kolagen itu, dan seterusnya melembap dan memberi kesan-kesan penghalusan garisan kepada kulit itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.