Memang layak Erra Fazira diangkat sebagai ratu. Mana tidaknya, usia mencecah 50 tahun pun masih kelihatan cantik jelita! 9 Februari lalu merupakan ulang tahun kelahiran ratu cantik Miss World Malaysia 1992 ini.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek antara selebriti wanita tanah air yang menjadi pujaan ramai kerana keperibadian yang dimiliki. Malah Erra juga sentiasa ramah melayan peminat dan tak lokek senyuman.
Barangkali kerana sikap positif dan ceria Erra itulah yang membuatkan dia sentiasa nampak awet muda dan menawan pada pandangan khalayak.
Bersempena hari lahir ke-50 baru-baru ini, primadona tersebut diraikan penuh meriah kenalan rapat dan peminat. Meskipun berstatus selebriti, Erra tetap tampil ringkas dengan berkemeja biru dan tudung rona senada.
Turut kelihatan meraikan ulang tahun kelahiran Erra ialah puteri kesayangan, Engku Aleesya.
Ujar Erra, “MasyaAllah TabarakAllah wahai kalian yang dekat dalam hidup ini. Clips ini sangat menyentuh hati. Saya bersyukur dihadirkan insan-insan yang sangat prihatin dan penyayang seperti kalian.
Ads
Mungkin saya tidak sekuat ini andai mereka tidak bersama. Terima kasih sahabat, terima kasih keluarga Bersama Erra dan teman-teman semua. Saya tahu tidak semua ada dalam clips ini tapi saya tahu mereka selalu dihati.
Saya menyayangi kalian kerana Allah Taala. Moga silaturahim terus berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.
Terima kasih di atas ingatan, doa-doa yang dititip dan ada juga yang mengirim hadiah-hadiah buat saya. MasyaAllah terima kasih tak terhingga!! Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan Rahmat dan LindunganNya. Love You All!”
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra Fazira ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.
Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekilas pandang persis adik beradik. Saida Tarudin dan Nyssa Ghazali, antara pasangan ibu dan anak yang sedang menjadi sebutan ramai khususnya di laman sosial. Tidak sangka pula nama anak dara Saida yang berusia 21 tahun ini menjadi tular dek kerana kecantikan yang dimiliki.
Cukup terinspirasi dengan Saida kerana biarpun kini usianya mencecah 43 tahun namun masih awet muda dan bertenaga. Paling kagum Saida berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang langsing biarpun memegang gelaran ibu beranak empat hasil perkahwinan terdahulu.
Mungkin juga ia satu kelebihan buat Saida yang dikatakan nampak seperti sebaya dengan Nyssa kerana dia berkahwin muda iaitu ketika usianya 20 tahun. Walaupun usia anak-anak sedang meningkat belasan tahun namun Saida masih bertenaga dan aktif.
Selain mementingkan kecantikan, Saida juga aktif bersukan. Itulah yang memberikan kelebihan buat bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini. “Saya dan Nyssa umpama sahabat baik yang berkongsi suka mahupun duka. Kalau Nyssa aktif di laman sosial saya tidak kisah kerana faham kebanyakan anak-anak muda hari ini mampu menjana pendapatan sendiri melalui platform tersebut.
Begitulah yang saya harapkan dengan Nyssa agar sukses dalam apa jua minatnya. Memandangkan Nyssa sangat berbakat dalam bidang kecantikan, fesyen dan seni kreatif apa jua yang Nyssa lakukan pasti dilakukan dengan baik. Antara topik yang sering kami bualkan semestinya tentang kecantikan dan fesyen. Nyssa juga suka menjadikan saya sebagai ‘bahan’ eksperimennya,” kongsi Saida yang mengamalkan petua makanan sihat dan kerap bersukan setiap minggu bersama rakan-rakan artis.
NYSSA WARISI KECANTIKAN IBU
“Saya tidaklah menganggap diri ini terlalu cantik, mungkin kerana mewarisi kecantikan ibu dan saya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan-Nya. Saya sangat kagum dengan ibu kerana beliau bukan sahaja cantik luaran malah dalamannya juga. Ibu seorang wonderwoman. Walaupun tegas ibu seorang penyayang.
Saya obses dengan kecantikan dan fesyen kerana sejak kecil saya sering melihat Makiti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) bersolek sebelum membuat persembahan. Dari situ saya mula minat dengan solekan. Kemudian saya belajar sendiri teknik-teknik solekan di YouTube.
Apa yang saya buat ialah pinjam muka ibu untuk praktis (tertawa). Sekarang saya kerap menyolek ibu dan Makerah (Siti Saerah) untuk ke majlis-majlis,” kongsi Nyssa.
NASIHAT
“Salah satu petua awet muda yang ibu amalkan dan selalu dipesan kepada saya ialah sentiasa murah dengan senyuman yang ikhlas. Barulah kecantikan dalaman terserlah sekaligus menampakkan seseorang itu awet muda. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsikan kepada saya, selebihnya bergantung kepada diri sendiri,” ungkap Nyssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi Faz, sejak berkahwin makin berseri-seri. Tanda sedang meniti saat bahagia barangkali. Penampilannya bertambah manis bila bertudung litup kebelakangan ini. Memang terserlah keayuan Fazura.
Meskipun bukan pertama kali figura ini mengenakan hijab di khalayak, tetapi auranya tetap bersinar dan mencuri perhatian ramai. Tambahan pula ketika pelancaran koleksi Fazbulous baru-baru ini.. sedap mata memandang tatkala isteri kepada Fattah Amin ini mengenakan tudung berwarna ungu lembut. Malah, ramai peminat gembira dan mendoakan agar Fazura mengekalkan imej sebegitu kelak.
Mengamati gaya hijabnya, selebriti ini dilihat selesa menggayakan tudung jenis bawal atau square dan polos tanpa sebarang corak. Sesuai mengenakan apa jua rona hijab memandangkan mempunyai kulit yang cerah, Fazura lebih menyerlah dengan sentuhan rona pastel dan lembut seperti merah jambu, kelabu dan champagne.
Sementara itu, mengambil keberkatan Ramadan aktres cantik ini turut menitipkan mesej istimewa kepada semua peminat dan seluruh umat Islam. “Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda.
Saya juga berdoa semoga Ramadan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. InshaAllah.”
Pertama kali menyambut Ramadan sebagai isteri, Fazura sempat menikmati sahur bersama suami tercinta pada 1 Ramadan lepas. Namun terpaksa berjauhan selama beberapa hari demi tuntutan tugas di luar negara. Dengar khabar, Fazura berada di Singapura untuk bertemu peminat selain menghadiri mesyuarat di sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Sri Muhaini Zainal Abidin menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 dalam suasana bahagia dikelilingi anak dan cucu. Isteri kepada Dato’ Sri Ismail Sabri ini kekal tenang, lembut dan penuh kasih dalam menyokong keluarga di balik tabir.