Gaya Hidup

Tolak ‘JEEP’ 2300 KG Dengan Tangki Minyak Penuh, Rejim Workout BRIE LARSON Dapatkan Susuk Tubuh CAPTAIN MARVEL!

Wow, boleh tahan ‘berat’ rejim senaman Brie Larson untuk menjayakan watak superwoman Captain Marvel ini! Boleh dikatakan setaraf latihan kecergasan kaum lelaki. Mana tidaknya, salah satu workout yang perlu dilakukan aktres berusia 29 tahun ini adalah menolak sebuah jip seberat 5000 paun atau hampir 2300 kilogram yang berisi tangki minyak penuh dengan seorang pemandu di dalamnya selama 60 minit! Fuh, memang luar biasa stamina Brie.

Mengambil khidmat jurulatih popular Hollywood iaitu Jason Walsh yang terkenal dalam kalangan bintang wanita terkenal seperti Emma Stone dan Alison Brie… Brie hanya mengambil masa sembilan bulan saja untuk mendapatkan susuk tubuh Captain Marvel.

Kalau kebanyakan selebriti wanita di dalam dan luar negara lebih tertarik membuat senaman yang memfokuskan kepada bahagian bawah badan seperti punggung… lain pula bagi superwoman ini. Memetik laporan Insider, rutin senaman yang diberikan Walsh kepada Brie lebih tertumpu di bahagian atas tubuh seperti bahu, pinggang, lengan, perut dan seangkatan dengannya.

Untuk memastikan bahagian tersebut fit dan menyerlahkan kegagahan Captain Marvel, Walsh merangka beberapa teknik kecergasan yang bersesuaian dengan keadaan diri Brie antaranya melalui rutin push ups

dan hip thrusts.

“Ia merupakan rutin terbesar yang perlu saya buat untuk menjayakan filem ini. Walsh sangat komited dengan tugasnya dan setiap hari dia akan berikan latihan senaman berbentuk bebanan (deadlift) yang berbeza-beza. Menariknya, bila dapat lakukan senaman berat itu… ia berjaya mengubah perspektif dan membuatkan saya lebih memahami keupayaan diri sendiri,” ujar Brie yang terkenal dengan jolokan nama Carol Denvers dalam filem blockbuster tersebut.

Bermula dengan hanya 20 rutin push ups, Brie turut dipaksa membuat tekan tubi sambil dililit dengan rantai besi yang berat di bahagian pinggangnya. Selain membuat hip thrusts

dengan beban berat 400 paun.

Meskipun sudah selesai menjalani penggambaran filem Captain Marvel pada 6 Julai tahun lalu tapi Brie masih konsisten menjalani senaman bersama Walsh di samping rakan gimnya, Alison Brie.

 

Kredit: Instagram Brie Larson

 

 

 

IKLAN
Share