Gaya Hidup

TOP 5 Pusat Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Selangor

Setiap hospital memainkan peranan yang sangat penting dalam merawat setiap pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Matlamat bagi pembaharuan penjagaan kesihatan mestilah berkualiti tinggi dan sejagat dengan menggunakan cara yang lebih kos efektif. Berikut dikongsikan Top 5 pusat penjagaan kesihataan terbaik di Selangor.

HOSPITAL PAKAR KPJ DAMANSARA

Terletak di lokasi elit Kuala Lumpur dan sebahagian daripada KPJ Healthcare Group, salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka yang memiliki pengalaman lebih 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan. Perkhidmatannya dianggap berkualiti setaraf dunia dalam bidang kardiologi, pembedahan bariatric

, onkologi, IVF, ortopedik, pediatrik & neonatologi, serta pemeriksaan kesihatan.

PUSAT PAKAR SUNWAY DAMANSARA (SSDC)

Memberi tumpuan kepada konsultasi pakar pesakit luar dan perkhidmatan pembedahan harian. SSCD adalah anak syarikat Pusat Perubatan Sunway (SunMed), salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia. Setiap pusat perubatan di bawah naungan Sunway dilengkapi kemudahan dan kelengkapan moden, disokong oleh satu pasukan profesional penjagaan kesihatan berpengalaman termasuk perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat berdedikasi.

HOSPITAL MATA NASIONAL TUN HUSSEIN ONN (THONEH)

Ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Perdana Menteri Malaysia ketiga, YAB Tun Hussein Onn. yang juga Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) (1975-1990). Lebih 30 tahun hospital ini membina reputasi sebagai pusat penjagaan kesihatan mata khusus yang berkualiti dalam pelbagai kepakaran dan mempunyai sub kepakaran komprehensif menggunakan teknologi terkini dalam menawarkan rawatan perubatan termaju.

HOSPITAL PAKAR AVISENA

Terletak hanya di pusat bandar Selangor dan 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. Dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan disambut oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Hospital ini sebuah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pelanggan tempatan dan antarabangsa.

HOSPITAL COLUMBIA ASIA BUKIT RIMAU

Merupakan sebuah hospital pelbagai bidang pengkhususan yang terletak di Shah Alam berhampiran dengan komuniti di Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya. Memiliki kakitangan dan jururawat berkemahiran tinggi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan terkini. Hospital ini juga meliputi pelbagai bidang perubatan seperti kardiologi, ortopedik, rheumatologi, perubatan kecederaan sukan, pediatrik, pembedahan am, radiologi dan urologi.

Setiap hospital memerlukan doktor panel yang cukup pakar dan arif dalam pelbagai bidang perubatan kesihatan. Justeru, penting bagi setiap hospital untuk merawat setiap orang pesakit dengan penuh amanah dan dedikasi.

Untuk informasi lanjut boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel

Sumber Foto: Tourism Selangor

IKLAN
Share