
Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an ke 90an, pasti mengenali aktres Hong Kong ini terutama penggemar filem-filem kung fu lakonan Stephen Chow.
Sharla Cheung, salah seorang aktres wanita terkenal era 90-an yang memulakan karier lakonannya sejak tahun 80an. Namanya kemudian melantun selepas digandingkan dengan Stephen Chow pada tahun 90an.
Beberapa filem yang pernah dilakonkan oleh mereka berdua ialah trilogi Fight Back to School, Hail the Judge, dan Royal Tramp.
Manakala filem yang dilakonkan oleh Sharla sendiri antaranya ialah The Dragon Chronicles – The Maidens, Holy Weapon, dan Kung Fu Cult Master.
Memetik perkongsian AsiaOne, Sharla smeninggalkan dunia seni sejak 20 tahun lalu.
Setelah sekian lama tidak muncul dalam dunia hiburan, Sharla baru-baru ini kembali mencuri tumpuan orang ramai apabila menghadiri satu majlis amal di China.
Ternyata, penampilan terkini Sharla masih cantik walaupun usianya kini sudah mencecah 55 tahun.
Turut tular di media sosial, foto Sharla yang memiliki kulit yang masih tegang, berseri dan awet muda.
Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi Sharla dikenali sebagai salah seorang selebriti Hong Kong yang memiliki wajah cantik
Nona kongsikan transformasi gaya Sharla Cheung dari era 90an sehingga kini: –
Kredit Foto: Instagram @hk80s90s
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Betul Ke LEMAK IKAN Sumber Kecantikan Dan Kesihatan?

Siapa sangka ikan juga boleh memberikan kesan terbaik untuk menjadikan kulit anda tampak lebih cantik. Malah ikan juga membantu penjagaan kulit wajah dari dalam serta meningkatkan kesihatan. Perut kenyang, kecantikan dan kesihatan pun terpelihara secara alami!
Menyihatkan tulang dan menjaga otot
Ikan salmon kaya dengan protein berkualiti tinggi. Apabila anda mengalami kecederaan, pengambilan ikan salmon yang kaya dengan sumber vitamin dapat menyembuhkan luka anda dengan lebih cepat. Selain itu, ia juga menjadikan tulang anda lebih kuat dan sihat.
Menjaga kesihatan kulit.
Ikan salmon adalah salah satu sumber lemak omega-3 terbaik yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Selain itu, omega-3 juga telah terbukti dapat menurunkan risiko inflamasi, darah tinggi dan risiko terkena penyakit.
Ikan tinggi dengan sumber nutrien penting
Keseluruhannya, setiap jenis ikan sangat baik untuk kita. Ia mengandungi protein berkualiti tinggi, iodin dan pelbagai vitamin serta mineral tambah-tambah lagi ikan yang tergolong dalam golongan ‘fatty fish’ seperti salmon, sardin, tuna dan tenggiri.
Fatty fish ini tinggi dalam nutrien lemak termasuk vitamin D, nutrien yang bertindak seperti steroid hormon dalam tubuh. Asid lemak omega-3 ini penting untuk tubuh dan otak untuk berfungsi dengan baik. jadi, amalkan makan ikan dua kali seminggu untuk mendapatkan nutrien terbaik untuk tubuh.
Kurangkan risiko serangan jantung dan strok
Kedua-dua penyakit ini saling berkait rapat dan sangat digeruni. Asid lemak pada ikan memberi kebaikan kepada kesihatan jantung disebabkan kandungan omega-3. Terdapat banyak kajian menunjukkan kebaikan ikan pada tubuh manusia.
Nutrien penting untuk perkembangan
Lemak asid omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan otak dan kesihatan mata. Ini diikuti DHA yang terkandung dalam ikan. Sebab itu ibu-ibu yang menyusu atau yang sedang hamil sangat digalakkan mengambil makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Namun, perlu diingat, sesetengah ikan mengandungi bahan merkuri tinggi, ironiknya membawa kepada masalah perkembangan otak. Disarankan, wanita hamil untuk makan ikan salmon, sardin dan trout tidak lebih daripada 340gm seminggu.
Membantu kawal depresi, menjadikan anda lebih gembira
Kemurungan adalah gangguan jiwa yang sangat serius dan biasa berlaku, tambah-tambah lagi sejak akhir-akhir ini. Ciri-cirinya; emosi sering terganggu, kekurangan tenaga dan hilang minat untuk menyertai aktiviti mahupun bersosial.
Terdapat kajian menunjukkan asid lemak omega-3 bertindak melawan depresi. Maksudnya, ikan boleh membantu membuatkan anda lebih gembira dan meningkatkan kualiti kehidupan lebih baik untuk anda. Malah asid lemak omega-3 juga membantu gangguan jiwa seperti bipolar disorder.
Sumber vitamin D
Vitamin D sentiasa mendapat perhatian dalam dunia kesihatan. Vitamin ini menjadi hormon steroid dalam tubuh lebih-lebih lagi bagi anda yang jarang ‘bertemu’ matahari. Jika anda tidak suka makan ikan, boleh juga cuba mengambil pil minyak ikan atau supplemen yang mengandungi vitamin D.
Mengurangkan risiko Type 1 Diabetes
Autoimmune disease berlaku apabila system imunisasi menyerang tisu badan yang sihat sebagai contoh penyakit diabetes tahap 1. Ia menyerang sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Baik untuk anda mahupun kanak-kanak, ikan sentiasa membantu memelihatan kesihatan anda menjadi lebih baik.
Melindungi penglihatan ketika berusia
Semakin awal anda mulakan pelan pemakanan dengan pengambilan ikan, semakin tinggi peluang anda untuk menjaga penglihatan. Walaupun sudah berusia, anda masih memiliki penglihatan yang terang dan jelas!
Meningkatkan kualiti tidur
Tidur yang cukup penting untuk menonjolkan wajah berseri dan mood gembira. Dalam kajian selama 6 bulan terhadap 95 lelaki pertengahan usia, pengambilan ikan salmon dalam setiap hidangan 3 kali seminggu membawa perubahan dalam rutin tidur mereka. Para pengkaji memberi spekulasi mungkin ia disebabkan vitamin D yang ada pada ikan salmon.
Timang Anak Ketiga, Kelahiran Mohamed Fahad Tambah Seri Rumah Tangga Erin Malek & Suami!

Tahniah Erin Malek dan suami atas kelahiran cahaya mata terbaharu mereka baru-baru ini. Pastinya kehadiran anak ketiga berkenaan menambah seri rumah tangga pasangan romantis tersebut. Difahamkan Erin selamat melahirkan bayi lelaki comel pada tanggal 11 November lepas.
Berkongsi momen istimewa menyambut kelahiran bayi tersebut, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek memuat naik gambar memaparkan wajah sisi anak ketiga.
Bagaimana pun dia dan suami belum bersedia mendedahkan wajah penuh buah hati terbaharu itu kepada umum.
Dalam pada itu, Erin turut menzahirkan rasa syukur dengan anugerah rezeki terindah ini.
“11/11/2024. Syukur alhamdulillah, our boy is here. Mohamed Fahad bin Mohamed Farriz, born on November 11th.”
Pada 15 Julai lepas, Erin Malek menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 dan ketika itu jelas kelihatan baby bump bintang filem Tentang Bulan berkenaan.
Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy yang merupakan pelumba kereta dan anak usahawan empayar MOFAZ pada 10 Oktober 2014. Memilih berkahwin pada usia muda, pasangan ini bagaimanapun berjaya membuktikan kematangan diri dalam melayari alam perkahwinan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Nak Cantik Semula Jadi Macam Wanita India, Amalkan Bahan-Bahan Ini Sebagai Petua

Kalau tengok aktres-aktres India kebanyakannya cantik-cantik belaka. Terutamanya kulit yang mulus, bersih dan sihat. Begitu juga rambut mereka yang panjang mengurai, lebat dan sihat. India mempunyai banyak petua kecantikan semula jadi yang terbukti berkesan.
Berdasarkan perubatan Ayurveda, rawatan kecantikan tradisional India menggunakan lebih banyak bahan semua jadi. Sebahagian daripadanya adalah herba yang mudah untuk diperolehi.
Berikut adalah rahsia kecantikan semula jadi wanita India yang sesuai untuk kulit dan rambut.
SERBUK CENDANA (Chandan)
Kayu cendana atau serbuk cendana ialah kayu aromatik yang dikisar halus. Serbuk ini sesuai untuk menyental. Dilaporkan oleh Boldsky, sifatnya adalah untuk membantu melambatkan penuaan serta melembutkan dan membersihkan kulit.
Caranya, campurkan serbuk cendana dengan susu, yogurt dan air mawar, kemudian gunakan sebagai skrub muka. Masker ini berguna untuk menyejukkan kulit dan mengecilkan pori-pori. Gosok perlahan-lahan selama 2 minit, kemudian biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air sejuk.
KUNYIT (Haldi)
Kunyit sebagai salah satu ramuan rawatan kegemaran wanita India. Dilaporkan oleh The Huffington Post, kunyit mempunyai ciri anti-radang dan antiseptik yang baik. Antioksidan yang terkandung di dalamnya juga bagus untuk melawan tanda-tanda penuaan pramatang, jerawat, dan parut.
Masker kunyit digunakan secara meluas bagi merawat kulit yang terdedah kepada matahari. Muka dan badan pasangan pengantin turut dirawat dengan kunyit bagi menyerikan penampilan mereka di majlis perkahwinan. Selain diproses menjadi masker atau campuran lulur badan, kunyit juga diproses menjadi minuman kesihatan dan kecantikan.
AIR MAWAR (Gulabjal)
Bunga ros yang ditumbuk atau direndam ke dalam air mawar juga merupakan bahan semulajadi yang banyak digunakan dalam rawatan kecantikan di India. Mahkota mawar kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Ciri utamanya adalah menyejukkan dan melembapkan kulit.
Menurut pakar dermatologi, Dr. Kally Papantoniou memberitahu laman web gaya hidup Bustle, air mawar juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kering, sensitif dan jerawat. “Ia boleh melembapkan kulit, mempunyai sifat anti-mikrob semulajadi, dan mengandungi antioksidan semulajadi yang boleh membantu memulihkan dan mencegah kerosakan dan parut kulit.”
Air mawar biasanya digunakan sebagai campuran masker tradisional. Menurut blogger kecantikan India Shailja Vashisht, air mawar juga bagus untuk mencampurkan krim tangan dan mandian kaki buatan sendiri.
BUNGA RAYA
Menurut artikel yang dilaporkan oleh Vogue India, bunga raya sering digunakan untuk penjagaan kulit muka dan rambut. Bunga ini banyak dihasilkan di Kerala. Bunga ini kaya dengan Alphahydroxy Acids (AHA) dan asid amino. Kedua-dua bahan ini berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati. Kandungan vitamin C dan emolien dalam bunga raya adalah berkesan seperti botox. Selain itu, khasiat dalam bunga raya dapat melembapkan kulit sekaligus mengurangkan lebihan minyak dalam pori-pori kulit.
Khasiat dari bunga raya yang digunakan sebagai masker membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala, mengatasi keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut. Hancurkan mahkota bunga raya, kemudian gunakannya untuk mengurut kulit kepala dengan kerap.
MINYAK KELAPA DARA
Dilaporkan oleh India.com, minyak kelapa dara juga termasuk bahan semula jadi yang dipercayai wanita India bagi merawat rambut kering dan rosak. Minyak kelapa biasanya digunakan untuk mencampurkan minyak rambut atau sabun untuk pelembap badan semula jadi. Minyak kelapa tulen atau Virgin Coconut Oil (VCO) kaya dengan pelembap semula jadi yang bagus bagi merawat rambut, kulit kepala kering, siku kasar, hingga tumit merekah.
DAUN NEEM
Aktres jelita Bollywood, Anushka Sharma percaya kecantikan kulitnya dengan masker semula jadi yang diperbuat daripada neem dan yogurt. Neem sering digunakan bagi rawatan kecantikan oleh wanita India.
Buah dan biji diekstrak menjadi minyak neem. Manakala bunganya digunakan sebagai ramuan aromaterapi dan minyak urut. Daun neem segar biasanya dikisar dan digunakan sebagai bahan kecantikan tradisional. Kadang-kadang daunnya dijemur di bawah sinar matahari dan dikisar menjadi serbuk.
Neem adalah herba yang mempunyai banyak khasiat. Tumbuhan ini mempunyai ciri anti-radang, anti kulat, dan antibakteria. Ciri-ciri ini menjadikannya berkesan bagis merawat pelbagai masalah kulit. Selain itu, neem juga membantu mencegah jerawat, pigmentasi, dan kulit berminyak.
DAUN INAI
Wanita India juga menggunakan inai sebagai pewarna rambut dan kuku. Sebagai pewarna rambut, inai yang diperbuat daripada tumbuhan lebih mesra rambut dan kulit kepala. Selain itu, inai lebih sejuk pada kulit kepala dan tidak pecah seperti pewarna rambut moden.