Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor bakal berlangsung bermula 8 hingga 10 September 2023 bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Karnival yang mengetengahkan konsep memacu pendidikan generasi digital itu memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dan guru mengenai pembelajaran luar bilik darjah.
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan.
Para pelajar bergambar ketika menghadiri Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar.Bestari; dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
Ads
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Dalam pada itu, Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.
Ads
Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba; Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Ads
Turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat, crossword puzzle dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bakal merasmikan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat, 8 September 2023, pukul 3 petang.
“Selain guru dan pelajar, karnival ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai Untuk membawa anak mereka sekali gus menyaksikan pelbagai pameran menarik secarapercuma,” katanya.
Gaya berkebun Melania Trump ini sekali lagi mencuri tumpuan awam kerana harganya yang tidak terjangkau.
Sekali imbas, gaya First Lady Amerika Syarikat itu mungkin nampak biasa dan sederhana. Sepasang jean skinny dipadankan kemeja genggang merah dan sepatu Converse untuk acara berkebun di White House.
Namun kalau diperhatikan dengan teliti, wanita yang terkenal dengan cita rasa haute dan persalinan pereka terkemuka itu sebenarnya mengenakan kemeja Balmain yang bernilai $1,380 (Net-A-Porter) atau RM5,767, sepadan dengan sarung tangan kebun yang dipakainya.
Dalam acara yang dianjurkan Jumaat lepas, Melania bersama sekumpulan pelajar sekolah dilihat sama-sama memetik sayuran di White House Kitchen Garden yang diasaskan oleh Michelle Obama.
Meskipun bajet pakaian First Lady AS tidak ditanggung oleh para pembayar cukai, namun gaya yang beliau tampilkan jelas menjadi pertikaian rakyatnya. Pun begitu, umum mengetahui kehidupan Donald dan Melania Trump itu yang sebenarnya serba mewah sebelum dilantik sebagai Presiden lagi. So, apa pendapat anda? Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan calang-calang bakat, tuah aktres Anna Sawai pada usia 32 dinobatkan wanita Asia pertama genggam trofi Anugerah Emmy 2024.
Siri drama televisyen terbitan Disney, Shogun, berhasil melonjakkan nama para pelakonnya, termasuk bintang utama – Anna Sawai.
Anna Sawai mencipta sejarah di Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theatre, Los Angeles pada 15 September 2024 apabila diumumkan sebagai wanita pertama berketurunan Asia yang merangkul anugerah Aktres Terbaik dalam siri drama.
Dengan penuh emosi, beliau meluahkan penghargaan kepada seluruh kru penerbitan Shogun, serta ibunya.
Terharu tengok reaksi Anna di atas pentas, saksikan rakaman video di bawah…
Bintang yang juga seorang penyanyi dan penari itu menerima anugerah tersebut bagi wataknya sebagai, Toda Mariko, dalam Shogun.
Shogun menjadi pemenang drama bukan berbahasa Inggeris pertama bagi anugerah yang sangat diidamkan iaitu siri drama terbaik.
Anna ialah pelakon wanita berketurunan Asia kedua yang bersaing dalam kategori tersebut setelah Sandra Oh, yang dicalonkan empat kali bagi Killing Eve, tetapi tidak pernah menang.
“Terima kasih kepada pasukan saya dan terima kasih kepada keluarga saya – ibu, saya sayang anda.
Anda sebab mengapa saya berada di sini,” kata pelakon yang dilahirkan di New Zealand sebelum berpindah ke Jepun pada usia 10 tahun itu.
Kemenangan Sawai menyusul beberapa minit setelah Hiroyuki Sanada, yang turut beraksi dalam drama tersebut, turut dinamakan pelakon lelaki terbaik.
Sanada turut mencatat sejarah dengan menjadi pelakon lelaki Jepun pertama memenangi anugerah tersebut.
Beliau juga individu berketurunan Asia kedua untuk menang dalam kategori pelakon drama utama setelah Lee Jung-jae, yang diiktiraf dengan anugerah pada 2022 bagi wataknya dalam Squid Game.
Instagram @annasawai
“Ia adalah projek impian Timur-bertemu-Barat, dengan segala hormat,” kata pelakon utama veteran itu.
Shogun yang merupakan siri daripada FX yang dimiliki Disney dan berdasarkan cereka sejarah, James Clavell, menerima 25 pencalonanan secara keseluruhan – iaitu yang terbanyak.
Dengan penggambaran diadakan di Canada, ia menampilkan sari kata dan barisan pelakon Jepun khususnya.
Penyanyi bertaraf legenda tanahair, Ziana Zain rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Dan baru-baru ini, Ziana Zain mencuri tumpuan apabila tampil berbusana anggun dan mewah ketika memenuhi undangan Malaysia Best Business Awards 2023 baru-baru ini.
Menyarung persalinan berona hijau zamrud hasil rekaan pereka Raffiey Nasir, Ziana Zain tampak menawan sekali. Pada malam tersebut, Ziana diundang ke atas pentas bagi menerima anugerah Celebrity Entrepreneur Of The Year.
Namun turut mencuri tumpuan pada malam itu adalah plus one Ziana, iaitu anak sulung beliau. Menerusi perkongsian Ziana di laman Instagramnya, anak Ziana, Muhammad Aiman 23 tahun dilihat tampil segak mengenakan sut berwarna hitam menemani bondanya.
“My plus one” tulis Ziana Zain ringkat di bahagian kespyen gambar berkenaan.
Menurut sumber, ini merupakan penampilan pertama Aiman di khalayak ramai memandangkan sebelum ini Ziana hanya berkongsikan gambar keluarganya menerusi perkongsian foto di media sosial saja. Penampilan anak sulung Ziana yang dilihat semakin membesar dan matang itu juga membuatkan ramai yang terkejut dan pada masa yang sama teruja.
Manakan tidaknya, ramai yang memuji wajah Aiman yang saling tidak tumpah dengan wajah ibunya malah dilihat punya aura dan karismanya yang tersendiri.
Melihat pada ruangan komen, ramai peminat memuji ketampanan anak Ziana Zain itu dan ada yang menyatakan tidak terkejut sekiranya anak penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Puncak Kasih itu bakal bergelar selebriti di masa hadapan.
Untuk info, Aiman merupakan anak sulung dari empat adik beradik, hasil perkongsian hidup Ziana dengan bekas suami, Armin yang berkahwin pada 9 mei namun berpisah pada 12 Julai 2018.
Kredit foto: Instagram @iamzianazain
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.