Trending Dengan Menu Sahur & Berbuka Puasa Khairulaming Makin Kreatif!

Sejak hari pertama berpuasa nama selebriti masakan yang juga influencer terkenal, Khairulaming trending di laman sosial.

Semuanya gara-gara video menu sahur iaitu Telur Mata Goreng Cili Padi dan empat menu air untuk berbuka iaitu Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici dan Coconut Shake Gula Melaka.

Setiap hari kita pasti akan tertunggu-tunggu apakah menu-menu berbuka yang bakal dikongsi oleh Khairulaming. Bukan hanya minuman, menu makanannya pun membuatkan kita terliur.

Kebanyakan menu yang dikongsi Khairulaming ringkas dan mudah disediakan. Itulah faktor utama mengapa ramai yang mengikuti Khairulaming di Twitter mahupun Instagram.

NONA kongsikan resipi ‘Soya Ais Campur’ oleh Khairulaming yang boleh dijadikan ilham buat anda yang mungkin masih buntu nak sediakan menu apa untuk berbuka nanti.

SOYA AIS CAMPUR

Bahan-bahan:
1 liter Susu Soya YEO’S
Cincau
Laici
Nata de coco
Potongan buah mangga
Potongan buah naga
Susu cair dalam tin

Cara Penyediaan:
1. Pertama sekali cari bekas kemudian isikan dengan soya.

 

2. Tutup lepas tu bekukan dalam 3-4 jam. Jangan lama sangat nanti jadi air batu. Kita nak dalam 80% beku saja.

3. Kemudian kita blend sampai jadi ice blended.

4. Cincang cincau dan letak di atas ice blended tadi diikuti dengan laici, nata de coco.

5. Nak lagi creamy tambahkan susu cair ke atasnya.

 

6. Sedia untuk dimakan,” jelas Khairulaming dalam video tersebut.

Menu ini boleh dimakan dengan bermacam-macam topping

yang ada di rumah.

Di Instagram, video tersebut mendapat 293, 160 tanda suka dengan 4, 008 komen.

Kredit Foto: Instagram Khairulaming

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share