Sejak hari pertama berpuasa nama selebriti masakan yang juga influencer terkenal, Khairulaming trending di laman sosial.
Semuanya gara-gara video menu sahur iaitu Telur Mata Goreng Cili Padi dan empat menu air untuk berbuka iaitu Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici dan Coconut Shake Gula Melaka.
Setiap hari kita pasti akan tertunggu-tunggu apakah menu-menu berbuka yang bakal dikongsi oleh Khairulaming. Bukan hanya minuman, menu makanannya pun membuatkan kita terliur.
Kebanyakan menu yang dikongsi Khairulaming ringkas dan mudah disediakan. Itulah faktor utama mengapa ramai yang mengikuti Khairulaming di Twitter mahupun Instagram.
NONA kongsikan resipi ‘Soya Ais Campur’ oleh Khairulaming yang boleh dijadikan ilham buat anda yang mungkin masih buntu nak sediakan menu apa untuk berbuka nanti.
SOYA AIS CAMPUR
Bahan-bahan: 1 liter Susu Soya YEO’S Cincau Laici Nata de coco Potongan buah mangga Potongan buah naga Susu cair dalam tin
Ads
Cara Penyediaan: 1. Pertama sekali cari bekas kemudian isikan dengan soya.
2. Tutup lepas tu bekukan dalam 3-4 jam. Jangan lama sangat nanti jadi air batu. Kita nak dalam 80% beku saja.
3. Kemudian kita blend sampai jadi ice blended.
Ads
4. Cincang cincau dan letak di atas ice blended tadi diikuti dengan laici, nata de coco.
5. Nak lagi creamy tambahkan susu cair ke atasnya.
Arnab melambangkan haiwan yang aktif dan cerdik, justeru masyarakat Cina percaya ia adalah satu simbol kepada kehidupan tahun baharu yang lebih bahagia serta makmur. Mengikut kepercayaan sempena Tahun Baharu Cina ini juga, masyarakat disaran agar mengamalkan diet seperti arnab iaitu mengambil lebih banyak sayuran untuk kesihatan.
Musim perayaan sudah bermula. Bagi yang mengambil kesempatan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina ini, pasti sudah dalam perjalanan ke destinasi yang dihajati. Ada juga yang pulang ke kampung atau melawat tempat-tempat peranginan untuk menenangkan fikiran.
Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Jasminder Kaur menyarankan agar Tahun Baharu Cina disambut dengan mengamalkan diet seperti arnab iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri.
Beliau berkata, masyarakat semakin mudah untuk menerima diet berasaskan tumbuhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana ia kaya dengan serat yang menyihatkan, vitamin dan mineral, bebas kolesterol serta kandungan kalori dan lemak tepu yang jauh lebih rendah.
“Ia juga kaya antioksidan yang boleh membantu melindungi diri daripada penyakit jantung serta jenis kanser tertentu dan diabetes.” Dr Jasminder Kaur
Dr Jasminder mengakui bahawa melakukan perubahan sepenuhnya pada diet adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan kesungguhan serta disiplin.
Menurutnya lagi, bagi mereka yang baru memulakan langkah ke arah tersebut, mengurangkan pengambilan produk daging secara beransur-ansur mungkin menjadi pilihan yang lebih sesuai.
“Kita bernasib baik kerana terdapat pelbagai pilihan diet berasaskan tumbuhan untuk dicuba jika merasakan amalan mengurangkan pengambilan produk daging kurang menarik.”
DIET BERASASKAN TUMBUHAN
(1) Lacto-vegetarian
Diet ini tidak mengandungi daging, ikan, ayam dan telur serta makanan-makanan yang mengandungi bahan tersebut. Namun produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan mentega dibolehkan.
(2) Ovo-vegetarian
Diet berasaskan tumbuhan jenis ini tidak mengandungi daging, ayam, makanan laut dan produk tenusu tetapi telur dibolehkan.
(3) Lacto-ovo vegetarian
Tidak mengandungi daging, ikan dan ayam tetapi produk tenusu dan telur dibolehkan.
(4) Pescatarian
Diet ini membolehkan pengamalnya menikmati protein daripada ikan tetapi bukan daripada daging, ayam, produk tenusu dan telur.
(5) Vegan
Diet paling ketat dalam kategori berasaskan tumbuhan kerana ia langsung tidak mengandungi daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu atau semua makanan-makanan yang mengandungi bahan tersebut.
BERSEDERHANA
Tidak dinafikan, dorongan nafsu makan ketika pulang ke kampung mahupun bercuti susah dikawal. Apatah lagi jika dikelilingi orang tersayang, lebih susah untuk menolak menu-menu lazat yang dihidangkan sesekali berjumpa.
Maka bermulalah alasan cheat-day. Mula-mula sehari, jadi dua hari dan terus berhari-hari!
Walaupun mengamalkan diet berasaskan tumbuhan langkah yang bagus untuk individu dewasa jika mereka ingin meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri, Dr Jasminder juga mengingatkan bahawa hanya menjadi vegetarian sahaja tidak akan menyembuhkan penyakit atau menjadikan seseorang itu sihat dalam sekelip mata.
“Untuk melihat peningkatan yang diinginkan, adalah penting bagi seseorang itu merancang dengan baik, seeloknya berjumpa dengan pakar pemakanan yang memahami keadaan kesihatan semasa anda.
Pendekatan diet berasaskan tumbuhan yang sihat bermaksud anda menyertakan sekali bahan yang kaya nutrien dan pengganti protein memandangkan anda tidak mengambil produk daging.” Dr Jasminder Kaur
Dr Jasminder berkata, bagi mendapatkan gaya hidup sihat secara keseluruhan, seseorang juga perlu aktif dan memperoleh rehat yang cukup.
Artikel: Sunway Medical Centre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila tiba Ramadan, lauk-pauk kampung pastinya menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Lebih istimewa sekiranya lauk pauk kampung ini dihidangkan secara berhidang dan dinikmati oleh seisi keluarga.
Ya, jika anda inginkan suasana berbuka puasa dalam suasana penuh kekeluargaan, White N Black Kampung Heritage adalah lokasi yang perlu dikunjungi.
Restoran yang terletak di G-01, Menara M101, Dang Wangi, Ground Floor, Jalan Kamunting Dang Wangi, Kuala Lumpur ini sememangnya mempunyai lokasi yang strategik untuk dikunjungi oleh warga kota yang ingin menikmati hidangan kampung yang lazat bagaikan menikmati hidangan dari air tangan ibu yang jauh di kampung.
Sebaik penulis melangkah masuk ke dalam restoran, penulis disambut dengan gaya dekorasi ala kampung yang banyak mengimbas nostalgia. Mana tidaknya, sebuah beca turut diletakkan di satu sudut sebagai lokasi untuk anda mengabadikan gambar kenangan menjadi daya penarik untuk dijadikan memori yang indah. Di restoran ini juga anda mempunyai pilihan untuk menjamu selera samada di ruang bawah atau pun di atas.
Bercerita mengenai menu yang ditawarkan, White N Black Kampung Heritage menyediakan menu kampung secara ala carte yang dihidangkan di dalam pinggan klasik yang sekali lagi menimbas nostalgia desa.
Antara hidangan signature White N Black Kampung Heritage antaranya Siakap Sambal Petai, Daging Salai Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Pari Bakar, Pais Patin dan pelbagai menu lain yang pastinya menepati citarasa selera kampung. Lebih istimewa, harga menu bermula dari RM30 hingga RM70. Amat berpatutan, bukan!
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif White N Black Kampung Heritage, Mohd Firdaus Jamaluddin, konsep hidangan kampung yang dibawakan ini bakal memenuhi permintaan masyarakat kota yang rindukan hidangan kampung autentik walaupun berada di tengah ibukota.
“Kepada mereka yang ingin merasai masakan tradisional melayu kampung,kunjungan ke White N Black Kampung Heritage pada bulan Ramadan ini pasti tidak mengecewakan,” ujarnya ketika ditemui di majlis memperkenalkan menu berbuka puasa White N Black Kampung Heritage baru-baru ini.
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti White N Black Kampung Heritage di Instagram – white_blackheritage, Facebook – White N Black Kampong at Heritage KL dan TikTok – wnbkampongheritage.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Secawan kopi mampu mempengaruhi emosi seseorang. Kandungan kafein dan persekitaran akan membentuk mood yang mana mempengaruhi emosi.
Starbucks yang mempunyai tenaga kepakaran dikenali sebagai Coffee Master boleh membantu memperkenalkan jenis-jenis kopi yang sesuai untuk dinikmati ketika pagi, tengah hari, petang dan malam.
Terdapat juga kopi yang sesuai dinikmati berdasarkan jenis sajian yang dinikmati contohnya pencuci mulut bercoklat, buah beri atau sajian berat seperti pasta berkeju dan kari pedas.
Duta kopi dari Starbucks (Malaysia), Ayesha Dahalan memperkenalkan kopi dan sajian yang sesuai untuk dinikmati bersama.
(a) Latin Amerika
Secara keseluruhan, kopi yang berasal dari Latin Amerika amat sesuai untuk dinikmati bersama juadah bercoklat, kekacang juga karamel ringan.
Antara kopi yang berasal dari Latin Amerika yang boleh didapati di Starbucks adalah Breakfast Blend, Colombia Narino Supremo, Guatemala Antigua dan House Blend.
Kopi ini sesuai dinikmati bersama juadah seperti puding karamel, wajik, kek coklat moist, kuih kole kacang, biskut kacang gajus dan ketayap hijau.
(b) Afrika dan Arab
Kopi yang berasal dari sini amatlah unik dengan karakter yang tersendiri. Kenya adalah antara kopi dari negara Afrika atau Arabia yang boleh didapati di Starbucks.
Kopi ini menawarkan rasa unik yang sesuai digandingkan dengan hidangan berasaskan buah-buahan, beraroma flora dan sitrus.
Kopi ini boleh dihidangkan secara panas ataupun sejuk sebagai minuman petang bersama tat buah-buahan, puding koktel beri, sagu gula Melaka, kek pisang juga flan buah sitrus.
Selain dari itu kudapan goreng gorengan seperti popia, pisang dan cempedak goreng selain rojak petis juga sesuai digandingkan dengan kopi ais.
(c) Asia dan Kepulauan Pasifik
Indonesia dan Thailand adalah antara negara penyumbang terbesar kepada kopi dari kumpulan pengeluar ini. Kopi dari sini lebih bold dan beraroma.
Oleh kerana ia lebih ‘kaw’ maka makanan yang lebih berat dan dominan dalam rasa dan karakter sepadan digandingkan bersama.
Sesuai di hidangkan selepas waktu makan tengahari, kopi ini adalah penyudah selepas hidangan berasaskan daging dan berempah. Pasta mahupun pizza antara pasangan hidangan terbaik selain soto, nasi briani kari kambing dan nasi putih asam pedas berdaun kesom.
Tidak dilupakan kuih-muih pedas seperti karipap, pulut serunding, cara berlauk dan pau daging. Kini, anda sudah tahu bukan jenis kopi yang sesuai dengan hidangan yang akan dijamah? Jadi, nikmati kopi sebaiknya! Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muabellaz menerima Anugerah Tokoh Belia dalam Program Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan kosmetik dan ikon belia yang berjaya membina empayar perniagaan dari Kedah.