Tua 24 tahun Daripada Suami, Bukan Penghalang Isteri Presiden Perancis Ini Tampil Menawan

Mungkin ada sesetengah dari anda mengenali wanita anggun ini dan mungkin ada yang tidak. Isteri kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron ini sedang mencipta nama sendiri di dalam kelompok fesyen global. Walaupun Brigitte Marie-Claude Macron berumur 64 tahun, usia tidak menghalang dirinya untuk kelihatan chic dan fashion forward berbanding isteri-isteri Presiden atau Perdana Menteri negara lain.

Walaupun perbezaan umur mereka mencipta sedikit kontroversi ketika kemenangan Emmanuel, namun kini nampaknya kehadiran Brigitte sebagai First Lady negara tersebut diterima baik.

Jom kita lihat penampilan Brigitte yang cukup mengagumkan. Beliau dilihat memberikan satu dimensi baru sebagai seorang isteri ketua negara menerusi gaya yang cukup menarik yang selalu dikaitkan dengan gadis Perancis yang pandai bergaya. Siluet busana pilihannya juga tidak rigid seperti apa yang selalunya dipakai oleh First Lady

sebaliknya memilih gaya yang popular.
Brigette bersama Melania Trump, First Lady Amerika Syarikat
Ketika bertemu selebriti terkenal Rihanna
Bersama suami tercinta. Mengenakan blazer rona merah terang, cukup sempurna sebagai helaian yang memberikan penegasan gaya.

Fakta Menarik

Brigitte dan Emmanuel berkenalan sebagai seorang guru dan pelajar. Ketika itu Emmanuel baru berusia 15 tahun manakala Brigitte pula berusia 39 tahun. Namun pasangan ini hanya bercinta apabila Emmanuel berusia 18 tahun.

Percintaan ini mendapat halangan dari orang tua Emmanuel namun tiada apa dapat menghalang cinta mereka, walaupun Emmanuel telah jauh dihantar ke kota Paris bagi tujuan memisahkan mereka. Pada tahun 2007 sejurus Emmanuel tamat pelajaran di Universiti, mereka melangsungkan perkahwinan. Fiezreen Ahmad

 

IKLAN
Share