Tuah 4 Selebriti Ini, Raih 10 Ramadan Terakhir Di Tanah Suci, Tumpang Seronok Tengok!

Bulan Ramadan sememangnya bulan istimewa kerana dijanjikan pahala berganda apabila melakukan amal ibadat. Tuah 4 selebriti ini, pada tahun ini mereka ‘dijemput’ untuk melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Tuah 4 selebriti ini berganda kerana berpeluang meraih malam lailatulqadar ketika mengadap Masjidil Haram. Tumpang seronok melihat peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datin Fouziah Gous, Erra Fazira dan Puteri Sarah Liyana.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Dato’ Sri Siti Nurhaliza memanfaatkan 10 Ramadan terakhir ini di Tanah Suci Mekah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa, pada 27 April 2022.

Foto: Instagram @ctdk

Dato’ Sri Siti Nurhaliza memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya dalam perkongsian di media sosial milik peribadinya.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.

Foto: Instagram @ctdk

“Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia,” tulis Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Instagram Story.

Foto: Instagram @ctdk

Dato’ Sri Siti Nurhaliza dijangka kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Datin Fouziah Gous

Datin Fouziah Gous bersama suaminya Datuk Zhaf Yusof juga berpeluang menghabiskan 10 Ramadan terakhir di bumi berkah tersebut.

Foto: Instagram @fouziahgous

Tulis Datin Fouziah di laman media sosial milik peribadinya sebelum berangkat ke Tanah Suci, “10 malam terakhir di bulan Ramadan dapat kami berdua kerjakan umrah bersama. Doakan perjalanan kami serta kesihatan yang baik dan juga Allah SWT permudahakan dan menerima segala ibadah kami. Amin ya rabbil alamin.

Foto: Instagram @fouziahgous
Foto: Instagram @fouziahgous

Melalui hantaran terbaharu di laman Instagram, Datin Fouziah bakal berangkat meninggal Mekah dan menuju ke Madinah untuk menziarahi Nabi Muhammad SAW. Seronoknya!

Erra Fazira

Primadona filem Melayu, Erra Fazira turut mengambil peluang menghabiskan Ramadan tahun ini dengan menunaikan ibadah umrah.

Foto: Instagram @errafazira

Perkhabaran ini dikongsi oleh ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini melalui hantaran terbaharu di laman Instagram milik peribadinya.

Foto: Instagram @errafazira

“Assalammualaikum. Di malam-malam penghujung Ramadan ini, saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap, kekurangan serta kelemahan saya sama ada sengaja mahupun tidak, lisan mahupun perbuatan.

Foto: Instagram @errafazira

Moga segala ibadah kita diterima Allah, segala dosa diampunkan dan segala doa dimakbulkan, amiiinnn,” tulisnya.

Puteri Sarah Liyana

Seronok melihat Puteri Sarah Liyana bersama kedua-dua orang anaknya yang kini berada di Tanah Suci. Perjalanan umrah selebriti ini turut dikongsinya di laman Instagram milik peribadinya.

Foto: Instagram @puterisarahliyana

Tulis Puteri Sarah, “Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agong kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunan- Nya nescaya Allah SWT ampunkan mereka. Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya.

Foto: Instagram @puterisarahliyana
Foto: Instagram @puterisarahliyana

Baca juga; Liza Abdullah Dari Kaca Mata Anak Gadisnya, ‘Mak Leha’ Kekal Cantik Usia 58

IKLAN
Share