Tuah Alam, Nama Diberi REMY ISHAK Dan Isteri Untuk Putera Sulung “Saya Mahu Ada Unsur Melayu..”

Wah uniknya nama putera sulung Remy Ishak! Ya, pertama kali mendedahkan kepada umum, selepas 3 minggu kelahiran anak sulungnya pada 27 Julai lalu, Remy dan isteri sepakat untuk menamakan cahaya mata mereka Tuah Alam.

Kata pelakon filem Cun itu, Remy menyatakan sejak bujang lagi dia mempunyai impian untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

“Masa bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu dan tiada kena mengena dengan erti kepahlawanan seperti pendapat segelintir pihak,” jelas Remy yang mendedahkan nama anaknya menerusi sebuah episod tiga  rancangan realiti Oh Baby Remy!

Tambah Remy lagi atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei “Remy” Ishak, “Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu, ini pendapat individu.”

“Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu,” ujarnya.

Untuk rekod, isteri Remy Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

IKLAN
Share