Tuah Anak Taikun Rolex & Versace Di Vietnam, Kehidupan Tien Nguyen Ibarat Puteri Kayangan!

Nama sosialit dan influencer Vietnam, Tien Nguyen yang merupakan anak billionaire Johnathan Hanh Nguyen menarik perhatian ramai apabila kehidupan mereka sekeluarga dilimpahi kemewahan.

Selain kerap ke luar negara menaiki pesawat peribadi mewah, gadis berusia 24 tahun itu juga sering berkongsi gaya hidupnya termasuk saat menjalani kuarantin kendiri di kediaman vila milik keluarga mereka di Vung Tau.

Laksana percutian di vila mewah, perkongsian Tien Nguyen sewaktu tempoh kuarantin tersebut membuatkan kehidupannya tambah dicemburui.

Sambil berenang di kolam dengan latar pemandangan lautan membiru, alangkah bertuahnya menjadi Tien Nguyen meskipun ketika dijangkiti virus COVID-19.

 

 

 

Kekayaan keluarga jutawan Vietnam ini bukanlah mengejutkan kerana bapanya terlibat dengan urus niaga membawa masuk label jenama mewah seperti Rolex, Cartier dan Versace, selain perniagaan hartanah yang banyak.

Tien Nguyen juga dikatakan memiliki sebuah rumah agam dengan seni bina diraja Perancis berhampiran Sungai Sai Gon.

Rumah agam ini juga pernah menjadi liputan media ketika ia dijadikan lokasi perkahwinan mewah aktres Tang Thanh Ha dan Louis Nguyen, iaitu anak lelaki kedua billionaire Johnathan Hanh Nguyen pada tahun 2012.

Keluarga taikun Vietnam

 

Tien dan ibu tersayang

 

Tien di hadapan mahligai keluarganya

 

Pada tahun 2017, rumah agam tersebut pernah didokumentarikan oleh syarikat penyiaran KBS News sebagai antara paparan eksklusif gaya hidup dan kerjaya Tien Nguyen.

Terpegun menyaksikan dekorasi dalamannya yang elegan, lengkap kamar pejabat, kolam renang, gelanggang tenis, bilik karaoke dan garaj luas yang menempatkan koleksi kereta mewah Tien Nguyen, termasuk Rolls-Royce Ghost dan Bentley.

 

 

 

 

Paling mengujakan, sudah tentulah ketika meninjau walk-in wardrobe gadis bertuah ini, bagaikan mimpi nyata seorang fashionista!

Gaya hidup Tien Nguyen membuktikan betapa hebatnya reputasi bapa tercinta sebagai ahli perniagaan paling berjaya di negara mereka.

Tapi walaupun hidup senang dan dilimpahi kemewahan, keluarga jutawan ini tetap rajin memberi bantuan kebajikan kepada golongan terkesan COVID-19. Syabas!

 

Sumber: Instagram Tien Nguyen (klik sini)

IKLAN
Share