Tulis Semula 500 Resipi ‘Rahsia Keluarga’, RAJA PERMAISURI AGONG Ingin Puteri-Puteri Baginda Warisi Resipi Turun Temurun

Melihat keperibadian KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sememangnya terkenal dek kehebatan  baginda memasak di dapur.

Malah, baginda tidak kekok berkongsi ‘dapur’ memasak tatkala rakyat jelata berhadapan dengan masalah seperti bencana banjir dn sebagainya. Air tangan baginda tetap mengiringi rakyat jelata untuk berkongsi rezeki dengan mereka.

Malah, kedatangan bulan Ramadan juga menyaksikan baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah turut mencemar duli menyediakan hidangan bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada rakyat jelata.

Selain memasak, kegemaran Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pada masa lapang termasuklah membaca, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan meluangkan masa bersama  Paduka-Paduka Anakanda  baginda.

Baginda juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan.Baginda pernah menghasilkan sebuah buku masakan bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Buku masakan ini telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005.  Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah berkongsi tentang buku resipi milik peribadi Baginda. “Mengemas kinikan resepi secret saya, tulis semula untuk anak dara saya Afzan dan Jihan. Ada 500 resipi saya kena tulis semula. Banyak kerja kan! Doakan saya dapat selesaikan dangan cepat!,” tulis Baginda.

Beruntung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah serta puteri-puteri Baginda yang  bakal mewarisi resipi bonda tercinta.


Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah bertitah, “No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love

,” titah Raja Permaisuri Agong yang amat disayangi rakyat jelata ini.

Siapa setuju buku resipi ibu adalah harta paling bermakna dalam kehidupan seorang wanita? Ketika mereka masih ada mungkin ramai yang tidak mengendahkan peluang  belajar memasak dari ibu tersayang. Tetapi bila mereka sudah tiada, air tangan ibu paling dirindukan. Jadi, jika anda masih mempunyai ibu, jangan lupa belajar masak menu keluarga dengan ibu, ok!

 

IKLAN
Share