Pernah digelar sebagai Perdana Menteri tertua di dunia, aspirasi kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, 97 tahun, terus menjadi perhatian global. Sebagai pemimpin paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, banyak kemajuan yang dibawa termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Kini jejak legasi itu mengisi ruang Metaverse sebagai khazanah terunggul buat generasi muda.
Menerima jemputan Uniquepro Meta Holdings ke acara pelancaran Metaverse Virtual Gallery di Kuala Lumpur, Nona berpeluang mencuba sendiri kecanggihan VR di sini.
Sambil mengenakan peranti Oculus, penulis menjelajah dunia maya yang menampilkan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai debut pertama syarikat tersebut.
“Hari ini kita menyaksikan satu lagi perkembangan teknologi yang dibawa oleh ekosistem Metaverse. Melihatkan semua pencapaian dan penerokaan baru oleh belia kita, saya yakin bahawa masa depan negara kita berada di tangan yang baik dan berkebolehan.” Tun Dr Mahathir Mohamad
Selain daripada penganjuran sepanduk Malaysia di peta dunia, Galeri UNIQ META World juga akan berfungsi sebagai platform pendidikan yang membolehkan generasi Malaysia yang sedia ada dan akan datang untuk mengalami detik-detik bersejarah yang penting dalam sejarah negara seperti yang tidak pernah dapat dialami sebelum ini.
Ads
Galeri tersebut akan dikemas kini di pelbagai peringkat, menggunakan koleksi imej baharu dan lampau Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, termasuk karya seni dan reka bentuk edisi terhad oleh artis tempatan yang terkenal. Inisiatif ini juga akan menyaksikan pelaksanaan pertandingan reka bentuk dan karya seni sebagai penghormatan kepada ‘Individu Ikonik & Berinspirasi di Malaysia’.
Pengalaman yang impresif, cuba bayangkan kita semua kongsi alam maya macam hidup biasa. Belajar, berniaga, bermesyuarat waima bersosial dengan kawan-kawan pun dalam alam Metaverse! Realitinya semua sedang pakai Oculus di rumah. Menarik bukan?
Jom tengok gelagat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencuba sendiri peranti VR ni, agaknya apa perasaan beliau melihat galeri jejak legasinya di Metaverse ya?
Ads
Ads
******************************
Lumrah bila terlalu lama gunakan gadget macam Oculus ni, mesti rasa tubuh lesu dan susah dapatkan tidur yang lena. Mujurlah Nona jumpa penyelesaian terbaik di alam maya, bentang je barang ni gerenti dapat rehat sepuas-puas hati. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah sangat daripada beli kat tempat lain (klik).
******************************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbeliak mata tengok nilai mata wang terkini Turkish Lira. Memang jatuh merudum.. bayangkan, 1 Lira bersamaan hanya kira-kira 63 sen duit Malaysia. Dan jika ditukar kepada Dolar Amerika, 1 Lira cuma bernilai 15 sen! Patutlah pelancong yang berada di Turki waktu ini shopping sakan. Bukan sebarangan kedai pula tu, rata-rata butik jenama mewah seperti Chanel dan Louis Vuitton diserbu penggemar fesyen dan sanggup beratur panjang. Pasti mereka yang kaki shopping tu tak senang duduk bila tahu berita ini, kan?
Khabarnya, krisis mata wang Lira bermula sejak Jumaat lepas. “Kami membeli pakaian, alat solek dan produk jenama mewah. Semua jadi murah!” ujar Fatima Ali dari Kuwait yang datang bersama dua anak perempuannya serta sebuah beg besar untuk mengisi barang pembelian. Semuanya ekoran nilai Lira yang menyusut lebih daripada 40 peratus berbanding Dolar Amerika tahun ini.
Memetik laporan Astro Awani lagi, hal ini terjadi kerana dipengaruhi Presiden Tayyip Erdogan dalam menguruskan ekonomi negaranya yang kini terkesan akibat hubungan tidak sehaluan dengan Amerika Syarikat. Erdogan bagaimana pun menyeru rakyatnya supaya melayani para pelancong sebaik-baiknya yang membawa masuk Dolar ke dalam negara itu pada waktu kritikal.
“Teruskan layanan anda kepada mereka (pelancong dan pembeli). Kerana pada masa ini, ketika sesetengah orang membawa keluar Dolar ada yang memberikannya kepada anda,” kata Erdogan kepada penyokongnya hujung minggu lalu.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah NONA ucapkan kepada pelakon Nad Zainal yang dikhabarkan sudah bernikah bersama pelakon tampan Ungku Ismail pada 23 Januari yang lepas.
Tiada angin tiada ribut Nad Zainal turut berkongsi sedutan memakai persalinan baju pernikahan sambil memegang erat tangan Ungku Ismail di hadapan sebuah tangga masjid.
Dengan hanya meninggalkan kapsyen ringkas Alhamdulillah, merujuk tarikh 23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah, ruangan komen Instagram Nad telah dihujani dengan ucapan tahniah.
“Diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan diatas tujuh tahun kami bersahabat. Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya,” tulis Seth And Luna.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nad Zainal selepas bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin selepas tujuh tahun melayari rumahtangga. Nad Zainal juga mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Di ruangan Instagram Nad Zainal, ramai rakan-rakan artis sudah mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.
Tahniah NONA ucapkan, dan semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berwaspadalah dengan tanda-tanda ini yang boleh menyebabkan strok. Jika tidak segera diberikan perhatian yang serius ia boleh menyerang sistem saraf badan seterusnya menyebabkan lumpuh. Saraf yang diserang pada bahagian otak, penyumbatan atau pecahnya pembuluh darah boleh mengakibatkan strok.
Strok boleh menyerang sesiapa saja secara tiba-tiba tetapi lebih banyak menyerang golongan yang berusia. Selain usia antara faktor lain terjadinya strok ialah genetik, serangan jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, stres berlebihan dan pola hidup tidak sihat.
Berikut tanda-tanda strok yang tidak seharusnya anda abaikan.
LEMAH DI BEBERAPA BAHAGIAN ATAU SELURUH BADAN
Ketika badan tiba-tiba terasa kaku dan lemah di beberapa bahagian badan contohnya muka, tangan, kaki atau keseluruhan badan keadaan ini merupakan gejala umum yang dialami. Ketika ini seseorang itu akan hilang kekuatan dan tidak mampu lagi merasa apa-apa.
PENGLIHATAN TERJEJAS
Waspadalah jika penglihatan anda tiba-tiba menjadi tidak jelas. Ia boleh terjadi sama ada di salah satu mata atau kedua-duanya.
SUKAR UNTUK BERCAKAP
Kemampuan untuk berkomunikasi terganggu di mana anda mungkin sukar untuk mengeluarkan kata-kata dengan jelas dan hilang fokus ketika bercakap sehingga percakapan itu tidak difahami oleh orang lain.
MUAL DAN MUNTAH
Merasa mual dan muntah bukan hanya dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung sahaja bahkan simptom ini turut dialami oleh penderita strok.
KEPALA TIBA-TIBA SAKIT
Peningkatan tekanan pada otak menjadi punca seseorang itu mengalami strok. Biasanya sakit kepala akan terasa sangat kuat dan tidak tertahan. Segeralah berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya yang sebenar.
HILANG KESEIMBANGAN BADAN
Tanda terakhir ialah kehilangan keseimbangan badan secara mendadak serta sukar berjalan, tidak dapat beraktiviti seperti biasa dan kerap merasa kebingungan. Lebih teruk ialah hilangnya kesedaran. Seseorang itu mungkin akan terbaring lemah bahkan koma. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!