Tutup Kilang 5 Hari , KHAIRULAMING Belanja Staf Percutian Mewah! “Alhamdulillah Semua Staff Happy.”

Hebat betul penangan pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamaruzzaman dalam kehidupan staffnya! Mana tidaknya, meskipun sudah memberikan bonus dan duit raya sempena Aidilfitri yang baharu melabuhkan tirainya minggu lalu, nampaknya beliau terus ‘memanjakan’ pekerja kilang sambalnya.

Kali ini, kesemua 60 pekerjanya dibawa bercuti selama lima hari di Langkawi, Kedah.

Beliau memuat naik perkongsian di halaman Instagram @Khairulaming, usahawan berusia 30 tahun itu telah menutup operasi kilangnya selama lima hari bagi merealisasikan hasrat percutian tersebut.

“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staf bercuti di Langkawi,” tulisnya.
IKLAN
Share