Keakraban Fazura dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin makin diketahui ramai. Jika sebelum ini, Fazura menerima pemberian istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat anak tersayang, Fatima.
Kini kelibat Fazura turut kelihatan di samping DYMM Tengku Permaisuri Selangor lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis keraian.
Menerusi perkongsian terbaharu Fazura di Instagram miliknya, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini memuat naik gambar bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.
Difahamkan momen tersebut dikongsikan sewaktu Fazura dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menghadiri konsert Dewa 19 baru-baru ini.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan Baginda Tuanku dan Fazura yang kelihatan seperti ‘kembar’. Secara kebetulan, DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan persalinan kasual kemeja lengan panjang hitam yang dipadankan bersama seluar jeans biru. Seakan baju yang turut digayakan Fazura pada hari itu.
“Last night supporting Dewa 19 … Kerennnn bangettt! Twinning with my beautiful Queen,DYMM Tengku Permaisuri Norashikin and singing along with my family and friends. Fun night.”
Bertuahnya Fazura berpeluang beramah mesra dengan Tengku Permaisuri Norashikin. Pada 4 Jun lepas, Fazura menerima undangan majlis sambutan peribadi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sempena ulang tahun kelahiran baginda.
Malah, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menonton tayangan filem Mat Kilau bersama pasangan selebriti berkenaan pada Julai lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk memiliki kulit bebas minyak kini bukan masalah lagi! Sudah diketahui, masalah kulit berminyak berpunca dari perubahan hormon ketika meningkat remaja.
Namun bukan bermaksud setelah tempoh itu masalah ini akan selesai. Banyak juga wanita yang masih harus berhadapan dengan masalah kulit berminyak.
Apa penyebabnya? Tentu saja masalah stres, kitaran menstruasi, kondisi kulit serta pengaruh iklim tropika yang sudah lumrah. Jika anda mengalami masalah yang sama, kenal pasti masalah dan rawat dengan cara yang betul.
(a) TERLALU TEBAL
MASALAH:
Anda terbiasa mengaplikasikan solekan menjadi lebih tebal untuk mengelakkan solekan cepat luntur.
SOLUSI:
Menggunakan alas bedak dan bedak padat setebal mungkin untuk solekan tahan lama hanya akan membuatkan anda kelihatan seperti menggunakan topeng.
Lebih baik gunakan solekan primer setelah mengaplikasikan pelembap. Primer adalah salah satu produk kosmetik yang berfungsi sebagai alas dasar untuk membantu solekan wajah tahan lama. Pilih primer dengan kandungan bebas minyak pada kawasan berminyak terutama di zon-T wajah, kemudian aplikasikan bedak asas dan langkah solekan seperti biasa.
(b) BAZIR BEDAK
MASALAH:
Wajah kembali berminyak walau pun sudah touch up bedak padat berkali-kali.
SOLUSI:
Pada yang memiliki kulit wajah jenis berminyak, anda tidak perlu aplikasi bedak di seluruh wajah. Bedak padat yang diaplikasi akan membuat pori-pori kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Cara yang betul ialah sekadar aplikasi bedak di zon-T yang lebih berminyak sepereti dahi, hidung dan dagu. Gunakan bedak dengan formulasi matte agar wajah tidak berkilat.
(c) MASALAH BARU
MASALAH:
Pada awalnya, produk baru yang dicuba terasa serasi dengan kulit wajah. Namun, lama-kelamaan masalah baru pula muncul iaitu jerawat.
SOLUSI:
Hindari produk dengan kandungan alkohol yang membuat kulit terasa kurang berminyak di peringkat awal. Namun harus diingat, kulit akan dehidrasi kerana kandungan tersebut mengangkat minyak semula jadi yang diperlukan oleh kulit.
Barangkali anda tidak tahu, kulit juga memiliki sistem ‘pemikiran’ yang unik. Jika kandungan minyak di kawasan permukaan kulit diminima ianya seolah memberi petanda pada jaringan kulit untuk memproduksi kembali sesuai dengan permintaan, bahkan boleh jadi melebihi keperluan.
Sebaik-baiknya pemilihan produk berasaskan air adalah pilihan yang tepat. Selain membuat wajah sentiasa lembap, ia juga mampu menjaga keperluan minyak semulajadi wajah.
(d) USAH BIMBANG
MASALAH:
Ada ketika, kilatan di wajah hanya muncul di bahagian tertentu. Tidak ideal rasanya kalau perlu aplikasi semula solekan secara menyeluruh untuk kembali kelihatan prima.
SOLUSI:
Terasa lebih yakin dengan solekan matte di pagi hari? Jangan terlebih yakin. Udara panas dan aktiviti padat akan menyerlahkan bahagian kulit yang berminyak di waktu siang.
Langkah lebih selamat ialah sentiasa membawa kertas minyak sebagai penyelamat. Cukup tekap kertas minyak di wajah, diikuti gerakan memutar tanpa mengangkat kertas minyak. Hindari gerakan menyapu wajah yang membuat solekan mudah luntur.
Mengapa Wajah Berminyak
Kulit wajah yang cenderung sensitif memerlukan kandungan semula jadi yang sangat ringan. Jadi, produk dengan kandungan mineral merupakan penyelesaian terbaik. Namun anda perlu tahu kelebihan kandungan mineral dalam produk kecantikan yang berada di pasaran.
Anda harus memilih produk yang bersifat non comedogenic bermaksud tidak menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan jerawat. Paling menarik, produk dengan kandungan mineral memiliki butiran yang berukuran nano partikel sehingga mudah meresap ke dalam kulit. Kebiasaannya, produk yang mengandungi mineral juga tidak mengandungi wangian sintetik, pewarna, minyak mineral dan pengawet sehingga anda boleh meminima berlakunya alahan kulit.
Beberapa doktor dan pakar kecantikan seringkali menyarankan untuk menggunakan kosmetik berasaskan mineral pada wanita yang baru saja menjalani perawatan laser, mikrodermabrasi, dan pengelupasan kimia. Namun, tidak semua kandungan mineral dapat digunakan. Berikut adalah beberapa kandungan mineral yang sesuai dan terkandung dalam sebahagian besar produk kecantikan.
(a) Iron Oxide
(b) Titanium Dioxide
(c) Kaolin Clay
(d) Zinc Oxide
Merawat Kulit Berminyak
Minyak pada kulit wajah penting untuk menjaga kelembapan kulit. Namun minyak yang berlebihan juga tidak baik untuk kulit hingga mengundang rasa tidak selesa. Tahukah anda, masalah ini antaranya berpunca disebabkan pola pemakanan yang salah. Akibatnya, kulit berminyak memerangkap kotoran membuat kulit terlihat kusam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kemeriahan menyambut lebaran, nampaknya pasangan anak jutawan terkemuka dan usahawan berjaya Chryseis Tan dan suami tersayang, SM Faliq mengadakan majlis cukur jambul untuk anak kedua mereka, SM Arman Naza bin SM Faliq yang kini berusia 3 bulan.
Tampil sopan bergaya dengan busana rona putih serta mengenakan selendang putih di majlis cukur jambul anak keduanya, penampilan Chryseis Tan dipuji para pengikutnya di laman Instagram yang ternyata senang melihat penampilan ibu kepada dua orang cahayamata itu.
Majlis cukur jambul baby Arman sememangnya mendapat sentuhan dekorasi avant garde dan meriah di mana ia dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai kedua keluarga tokoh konglomerat terkenal ini.
Mengenakan busana putih sedondon, keluarga ini mengenakan konsep dekorasi yang memukau mata setiap tetamu yang hadir. Aroma bunga-bungaan segar melatari segenap ruang majlis sekaligus mencipta ilusi mewah dan mempersona. Sekali pandang, bagi berada di alam fantasi!
Memilih konsep floral yang memukau, perjalanan majlis nampak mewah dan elegan apatah lagi diserikan dengan alunan zikir dan nasyid dari kumpulan nasyid popular tanahair.
Chryseis Tan berkahwin dengan pewaris NAZA Group, Faliq Nasimuddin pada 4 Februari 2018. Majlis persandingan gilang-gemilang pasangan ini telah diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang yang juga merupakan resort mewah kepunyaan Berjaya Group.
Chryseis Tan baru-baru ini telah dilantik selaku Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Bhd (BCorp). Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan itu yang berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayang seribu kali sayang. Wajah mulus persis bidadari malangnya ‘part’ yang tersembunyi tidak terjaga. Bahagian ketiak walaupun ‘part’ yang tersembunyi namun tetap perlu diberikan keutamaan. Sebenarnya ada banyak cara untuk memcerahkan bahagian ini dengan menggunakan bahan-bahan alami yang banyak tersedia di persekitaran kita. Masalah ketiak hitam mungkin sahaja akan menyebabkan wanita rendah diri.
Antara penyebab berlakunya masalah ketiak hitam antara ialah penggunaan deodorant yang mengandungi alkohol. Apabila terlalu lama menggunakannya maka ketiak akan menjadi hitam. Selain itu mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi kehitaman. Sebenarnya ada cara alami yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ketiak hitam.
Bahan-bahan semulajadi ini bukan sahaja murah, senang di dapati tetapi yang paling penting tiada kesan sampingan. Cubalah!
Timun
Potong timun nipis-nipis. Gosokkan di bahagian kulit ketiak. Biarkan hingga kering kemudian bilas bersih. Lakukan sehari sekali setiap hari secara konsisten. Dengan cara ini ia dapat membantu menghilangkan noda yang menghitam di bawah lengan anda.
Kunyit
Gosokkan hirisan kunyit di bahagian bawah lengan secara perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari cara ini untuk memutihkan bahagian bawah ketiak.
Betik
Gunakan betik yang masih muda. Kupas betik dan potong nipis-nipis. Kisar betik tanpa air sehingga hancur. Jadikan masker dan oleskan di bahagian ketiak. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali atau dua kali seminggu.
Kentang
Kupas kentang dan kisar tanpa air. Oleskan pada bahagian ketiak dan biarkan hingga meresap. Bilas dengan air bersih untuk mendapatkan hasil yang sesuai dengan keinginan anda. Boleh diamalkan dua kali seminggu.
Sengkuang
Dalam dunia kecantikan, peranan sengkuang sebagai pemutih kulit sudah tidak dinafikan lagi. Berbagai produk kecantikan yang dijual di pasaran hampir pasti mengandungi ekstrak sengkuang. Caranya mudah sahaja. Hanya kisar hingga halus sengkung. Sapukan pada bahagian ketika. Biarkan hingga kering kemudian bilas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.